Waktu Bandar Utama

Ahad, 4 November 2018

Karnival mini sempena ADDM

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Nov – Sempena memperingati Hari Pengurusan Bencana ASEAN (ADDM) 2018, Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) telah menganjurkan karnival mini di Pusat Pelajar, Universiti Brunei Darussalam (UBD), hari ini.
Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan perasmian karnival mini tersebut ialah Pengarah NDMC dan Pemangku Pengarah Bomba dan Penyelamat, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kol (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said.
Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan kerajaan, mahasiswa dan mahasiswi, agensi-agensi berkepentingan daripada sektor kerajaan dan bukan kerajaan termasuk syarikat-syarikat swasta.
NDMC dalam kenyataannya menyatakan, ADDM pada lazimnya diperingati oleh negara-negara anggota ASEAN pada 13 Oktober setiap tahun dengan membawa tema yang berbeza.
Ia bertujuan untuk mewujudkan dan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan mengambil inisiatif pengurangan risiko bencana dalam kehidupan seharian.
Tema sambutan pada tahun ini ialah Mengukuhkan Perkongsian Awam Swasta’ yang menekankan pentingnya jalinan kerjasama atau perkongsian antara pihak kerajaan dan pihak-pihak berkepentingan termasuk sektor swasta dalam usaha mengurus dan mengurangkan risiko bencana.
Sebagai pengisian karnival mini berkenaan, NDMC telah menjemput agensi-agensi berkepentingan daripada sektor kerajaan dan bukan kerajaan untuk menyertai Pameran Perkongsian Awam Swasta (PPP).
Agensi-agensi tersebut ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Takaful Brunei, Insurans Islam TAIB, Perkhidmatan Ambulans Perubatan Kecemasan (EMAS), CAE MPTC, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Persatuan Bulan Sabit Merah Brunei Darussalam, WeCare (Kami Prihatin) BN, Brumedic Enterprise, BT Forwarding Sdn Bhd, Daikyo Industrial Gas Sdn Bhd, AES Engineering Sdn Bhd, Say Cookies, SCG Cafe Loklok, KopiRoti.BN dan Red Bull Brunei.
Selain daripada Pameran PPP, pelbagai aktiviti telah disusun bagi menjayakan dan memeriahkan lagi acara tersebut termasuk pemberigaan aplikasi Safety Guide NDMC, Kaji Selidik Kesedaran Awam, kempen sumbangan Sulawesi, permainan dan kuiz-kuiz berkaitan bencana.
Turut dianjurkan ialah taklimat insurans bertajuk ‘Kepentingan Perlindungan Takaful’ yang menjelaskan tentang kepentingan perlindungan takaful dalam membantu menangani musibah yang tidak dijangka, sama ada melalui pampasan atau tuntutan jika berhadapan dengan risiko situasi yang tidak dijangkakan seperti berlakunya kejadian bencana.
Karnival mini tersebut juga merupakan satu wadah bagi agensi-agensi berkenaan mempromosikan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) masing-masing dari perspektif pengurusan bencana.
- Media Permata Online.

Rabu, 19 September 2018

BDRCS marks World First Aid Day 2018 with awards ceremony

|     James Kon     |
THE Brunei Darussalam Red Crescent Society (BDRCS) observed World First Aid Day 2018 with the announcement of several prestigious awards to its members, at the Ministry of Health’s Al-‘Afiah Hall yesterday.
The prominent Henry Dunant International Humanitarian Award of 2018 was presented to Sheikh Haji Abdul Kadir bin Abdullah, who has been the BDRCS Secretary General since 2013.
The international recognition is for his active involvement in humanitarian missions, both regionally and internationally.
Sheikh Haji Abdul Kadir told the Bulletin, “I am proud to receive the award on behalf of the Brunei Darussalam Red Crescent Society. The award is not so much for me as a person, but for the Brunei Darussalam Red Crescent Society, which has contributed to the development of humanitarian advocacy.”
Director of the National Disaster Management Centre Colonel (Rtd) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said, the guest of honour presented the awards.
Photo shows Director of the National Disaster Management Centre Colonel (Rtd) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said presenting promotion of ranks and letter of promotion to a recipient
Director of the National Disaster Management Centre Colonel (Rtd) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said at the event
Colonel (Rtd) Pengiran Haji Maiddin presents the award to a recipient. – PHOTOS: BAHYIAH BAKIR

BDRCS President Haji Mohd Suhaimi bin Haji Ibrahim delivers his speech
Senior Officer from the International Federation of the Red Cross and Red Crescent Suparlan Lingga delivers his keynote address
BDRCS members during the event
The other recipients were Deputy President of Government Communications from the BDRCS Haji Morni bin Haji Damit, who received the Henry Dunant Long Life Service Award of 2018; National Director of the BDRCS Haji Mohd Hilhamd bin Haji Johari, who received the Henry Dunant Young Leaders Award of 2018; Director of Public Emergency and Services Ahmad Akbal Adi Yusa bin Haji Mohd Yussof, who received the Henry Dunant First Aid Instructor Excellent Service of 2018; and BDRCS President Haji Mohd Suhaimi bin Haji Ibrahim, who received the Henry Dunant Award for Emerging Leaders.
Meanwhile, the Henry Dunant Volunteers Excellence Service Certificate was presented to Mohd Yusri bin Haji Dzulkifli, Mohd Nizar bin Minggu, Talib bin Budin and Awangku Amiruddin bin Pengiran Jafaraddin.
Colonel (Rtd) Pengiran Haji Maiddin also presented the promotion of rank and the credentials of promotion to several recipients.
Pengiran Dato Paduka Haji Md Yusoff bin Pengiran Haji Bahar and Amirulrizal bin Makmun both received the rank of two stars, while Pengiran Yura Saiful Bahrin bin Pengiran Yura Laila, Talib bin Budin, Zaini bin Haji Abang, Sarkawi bin Haji Salleh Mohammad and Mohd Rosdi bin Haji Ruslan all received the rank of one star.
Faizal bin Gurie and Johani bin Haji Suhaili each received one crown and two PIPs.
In the Lifelong Appreciation category, Haji Islami bin Kassim received a one star rank, while the presentation of one crown and two PIPs went to Hajah Asmah binti Haji Omar, Haji Mohd Rafee bin Haji Saffar, Haji Salleh bin Othman, Mohd Musa bin Johari, Penghulu Haji Bahrun bin Talib, Datin Matron Hajah Jaliha binti Haji Momin, Jalil bin Haji Mohd Yassin and Haji Ali Ahmad bin Haji Said.
The keynote address was delivered by Senior Officer from the International Federation of the Red Cross and Red Crescent Suparlan Lingga on the importance of first aid knowledge in the workplace and at home.
World First Aid Day is celebrated on the second Saturday of September every year, with the main aim of promoting more awareness on how first aid can prevent injuries and save lives in everyday situations.
This year’s celebrations are observed under the theme ‘I Do Not Need a Licence to Save Lives’.
- Borneo Bulletin Online.

‘Tidak perlu sijil selamatkan nyawa’


Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Sept – Kita tidak perlu mempunyai pensijilan yang diiktiraf atau menjadi seorang pakar pertolongan cemas untuk membantu menyelamatkan nyawa seseorang yang terancam oleh apa jua bentuk kemalangan, kecederaan dan sakit secara tiba-tiba.
Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Negara Brunei Darussalam, Haji Mohd Suhaimi bin Haji Ibrahim berkata, pelbagai usaha dilaksanakan untuk menggalakkan masyarakat mempelajari asas pertolongan cemas bukan sahaja semasa darurat atau bencana tetapi juga semasa keadaan aman, terutama dalam berdepan situasi kecederaan kecil dan sakit kronik seperti serangan jantung.
“Dalam hubungan itu, PBSM Negara Brunei Darussalam menerusi Akademi Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam yang ditubuhkan pada 2016 telah berjaya untuk melatih hampir 3,000 orang dalam pelbagai pensijilan pertolongan cemas,” kata Haji Mohd Suhaimi pada Majlis Sambutan Hari Pertolongan Cemas Sedunia di Kementerian Kesihatan, hari ini.
Beliau menerangkan Akademi PBSM Negara Brunei Darussalam menawarkan pelbagai modul latihan dan sukatan pelajaran pembelajaran pertolongan cemas yang mengikut standard dan piawaian antarabangsa serta diiktiraf menerusi garis pandu Pusat Rujukan Pertolongan Cemas Global di Paris.
Beliau turut menyatakan hasrat jangka panjang persatuan menerusi wawasan 2020 untuk melatih seramai 5,000 orang first aider pada 2020 dan membudayakan keselamatan dalam masyarakat menjadi satu keutamaan untuk melahirkan sekurang-kurangnya seorang first aider dalam sebuah rumah pada 2020.
Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin semasa menyempurnakan perasmian Majlis Sambutan Hari Pertolongan Cemas Sedunia di Kementerian Kesihatan, kelmarin.
Sehubungan dengan itu, Haji Mohd Suhaimi berkata bahawa PBSM sentiasa mengalu-alukan orang ramai untuk tampil sama ada menerusi majlis perundingan mukim dan kampung, badan-badan bukan kerajaan, kelab-kelab sekolah dan institusi pengajian tinggi serta orang perseorangan tampil untuk menganjurkan bersama program latihan pertolongan cemas untuk memperkasakan keselamatan umum.
Pada 2018, Akademi PBSM telah memperkenalkan satu modul baharu iaitu pertolongan cemas untuk anak damit dan kanak-kanak.
Modul itu termasuk tentang cara memberikan rawatan pertama dalam kecederaan dan kemalangan yang sering berlaku pada kanak-kanak seperti tercekik, asma dan rawatan suhu badan.
Pada peringkat kanak-kanak sekolah pula, jelasnya, persatuan juga sedang dalam kemas kini akhir modul dan sukatan latihan Program Sekolah Selamat yang akan dilancarkan pada 2019.
Program itu bukan sahaja meliputi aspek pertolongan pertama atau rawatan kecemasan tetapi ia juga merangkumi aspek kesedaran pengurusan bencana dan musibah dalam sekolah serta di sekeliling sekolah.
“Pelajar sekolah akan diketengahkan dengan pelbagai pengetahuan utama seperti ‘mapping hazard’ dan menjadi pemantau kepada kesan bencana yang mudah berlaku di persekitaran sekolah seperti banjir, tanah runtuh dan kebakaran hutan.”
Haji Mohd Suhaimi menyatakan lagi bahawa menjadi keutamaan kepada PBSM untuk aktif dan sepadu dalam menyokong hasrat serta agenda keselamatan yang digariskan oleh institusi kerajaan yang berkepentingan di negara ini.
Oleh itu, persatuan berkenaan akan sentiasa melibatkan diri sebagai pembantu kepada kerajaan, jelasnya lagi.
- Media Permata Online - 17 September 2018

PBSM punya keupayaan


Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Sept – Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Negara Brunei Darussalam dengan pengalaman dan ahli yang terlatih mempunyai keupayaan untuk menghulurkan bantuan serta menyokong usaha melatih masyarakat dalam memberikan pertolongan cemas.
Dalam kejadian kemalangan, masa 15 minit pertama itu amat kritikal kepada mangsa dan jika ia dapat diberikan kepada mangsa dalam tempoh kritikal berkenaan, setentunya ia mampu menolong mangsa kemalangan berkenaan.
Perkara itu dinyatakan oleh Pengurus Kesihatan Persekutuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (IFRC), Suparlan Lingga dalam ucaptama bertajuk ‘Pentingnya Pengetahuan Pertolongan Cemas di Tempat Kerja dan di Rumah’ semasa Majlis Sambutan Hari Pertolongan Cemas Sedunia yang berlangsung di Kementerian Kesihatan, hari ini.
Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan perasmian majlis sambutan berkenaan ialah Pengarah Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC), Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said.
Suparlan turut menyatakan bahawa pertolongan cemas atau pertolongan pertama terbukti dapat membantu mengurangkan kesakitan, mempercepat kesembuhan dan seterusnya boleh menyelamatkan nyawa seseorang.
Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin yang menghadiri Majlis Sambutan Hari Pertolongan Cemas Sedunia.

Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin menyampaikan anugerah kepada para penerima Anugerah Henry Dunant semasa Majlis Sambutan Hari Pertolongan Cemas Sedunia Kementerian Kesihatan, kelmarin.

Di antara yang menghadiri Majlis Sambutan Hari Pertolongan Cemas Sedunia.
Dalam hubungan itu, mempelajari dan mengetahui secara dekat cara dan bagaimana pertolongan pertama diberikan bukanlah sesuatu yang sukar atau sulit untuk dipelajari.
Pada majlis sambutan berkenaan, Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin turut menyempurnakan penyampaian peralatan pertolongan cemas sumbangan daripada PBSM cawangan Daerah Brunei dan Muara kepada cawangan Daerah Tutong, cawangan Daerah Belait, cawangan Daerah Temburong dan Pasukan HADRAT (Humanitarian Aid & Disaster Response Team).
Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin turut menyampaikan Anugerah Hendry Dunant kepada beberapa orang penerima iaitu Anugerah Perkhidmatan Sepanjang Hayat 2018 kepada Timbalan Presiden Perhubungan Kerajaan, Haji Morni bin Haji Damit, Anugerah Pemimpin Muda 2018 kepada Pengarah Kebangsaan, Haji Mohd Hilhamd bin Haji Johari, Anugerah Perkhidmatan Jurulatih Pertolongan Cemas Cemerlang 2018 kepada Pengarah Perkhidmatan Kecemasan Awam, Awang Ahmad Akbal Adi Yusa bin Haji Mohd Yusof dan Anugerah Pemimpin Baharu 2018 kepada Presiden PBSM, Haji Mohd Suhaimi bin Haji Ibrahim.
Di samping itu, empat orang juga menerima Anugerah Perkhidmatan Sukarelawan Cemerlang Henry Dunant 2018 iaitu Awang Mohd Yusri bin Haji Dzulkifli, Awang Mel Nizar bin Minggu, Awang Talib bin Budin dan Awangku Amiruddin bin Pengiran Jafaraddin.
Hari Pertolongan Cemas Sedunia disambut setiap tahun dalam minggu pertama dan kedua September dan sambutan pada tahun ini merupakan kali ketiga ia diraikan oleh PBSM semenjak 2016.
Sambutan Hari Pertolongan Cemas 2018 dengan tema ‘Saya tidak perlukan persijilan untuk menyelamatkan nyawa’ amat signifikan kepada pergerakan kemanusiaan sebagai asas utama kepada usaha, peranan dan visi PBSM Negara Brunei Darussalam untuk melahirkan sekurang-kurangnya seorang first aider (Pemberi Pertolongan Cemas) dalam sebuah rumah menjelang 2020.
- Media Permata Online - 17 September 2018

Rabu, 11 Julai 2018

Mantan PBSM edisi tahun 70 an dan 80 an eratkan silaturahim

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 9 Julai. - Bagi mengeratkan silaturahim sesama Mantan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) edisi tahun 70 an dan 80 an, persatuan tersebut mengadakan Majlis Reunion Kali Ke-2 dan diselajurkan dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1439H / 2018M. Majlis diadakan di Dewan Riadah Pusat Belia.

Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan doa selamat diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Majlis.

Majlis diserikan dengan persembahan dari ahli jawatankuasa majlis dan persembahan karaoke termasuk cabutan bertuah pertukaran hadiah.  Lebih 150 jemputan hadir bersama ahli keluarga di acara tersebut.

 Sebahagian mantan ahli PBSM edisi tahun 70an dan 80an bergambar ramai

Berita dan Foto: Ihsan Haji Othman Haji Aliassan

Pelita Brunei Online

Rabu, 13 Jun 2018

Brunei to have ‘first-aider’ for each family by 2035

|     James Kon     |
THE Brunei Darussalam Red Crescent Society (BDRCS) yesterday marked World Red Cross and Red Crescent Day 2018 with the launching of its ‘Building a Resilient Community towards Vision 2035’ programme, at The Centrepoint Hotel.
The launching was officiated by Minister of Communications Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof.
The programme outlined four-long term initiatives to be achieved: first-aid for the community, a road safety culture, a safe school programme and establishing safety culture within the community.
In his speech, President of the BDRCS Haji Mohd Suhaimi bin Haji Ibrahim, said, “The Brunei Darussalam Red Crescent Society will be carrying out a basic first-aid training programme in all mukims across the country, to train the public on the importance of basic first-aid for saving lives. The long-term goal is to accomplish the objective of having a ‘first-aider’ for each home or family by 2035.”
On the second initiative, “It is about empowering and generating a road safety culture, especially among youths in schools. Addressing the importance of such a culture can help reduce the risk of road traffic accidents, while helping to reduce and lower fatality rates.”
Minister of Communications Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof hands over Road Safety Pledge stickers to a bus driver
Minister of Communications Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof in a group photo with officials and members of BDRCS. – PHOTOS: BAHYIAH BAKIR
The BDRCS will implement the road safety programmes through seminars, workshops and awareness camps for youth, students and village residents.
Through this initiative, said Haji Mohd Suhaimi, “A basic first-aid programme will also be conducted for the benefit of car drivers, cyclists, motorcyclists and members of the public who use the road for recreational activities such as jogging.”
He also disclosed that the BDRSC has set a long-term target for achieving the remaining two initiatives.
Yesterday’s proceedings also saw the minister presenting badges and certificates to the executive members of the BDRCS, including the association’s Lifetime Honorary President, Datin Hajah Siti Hajar binti Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof.
Certificates were also presented to BDRSC members who responsible for organising fundraisers and overseeing special projects.
-Borneo Bulletin Online

PBSM komited fokus keselamatan masyarakat



Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jun – Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Negara Brunei Darussalam memainkan peranan utama dalam membantu kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam hal ehwal keselamatan masyarakat.
Menyedari akan tanggungjawab itu, PBSM Brunei Darussalam melancarkan satu program jangka panjang dalam pengupayaan isu-isu keselamatan, kesejahteraan dan kesihatan di kalangan masyarakat menerusi pembudayaan kesedaran keselamatan diri dalam Program Memperkasa Masyarakat Berdaya Tahan Menuju Wawasan 2035. Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam, Haji Mohd Suhaimi bin Haji Ibrahim berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Perasmian Projek Memperkasa Masyarakat Berdaya Tahan Menuju Wawasan 2035 dan Majlis Pelancaran Kempen Berhemah di Jalan Raya 2018 yang berlangsung di Hotel Centrepoint, Gadong, hari ini.
Hadir selaku tetamu kehormat serta menyempurnakan perasmian projek dan kempen berkenaan ialah Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof.
Haji Mohd Suhaimi dalam ucapannya lagi menyatakan bahawa menerusi program itu, persatuan mengambil dua langkah utama jangka pendek daripada empat inisiatif jangka panjang iaitu keselamatan dalam masyarakat, keselamatan di jalan raya, keselamatan di sekolah dan membudayakan keselamatan dalam masyarakat. Mengulas lanjut mengenai inisiatif keselamatan dalam masyarakat, beliau berkata membudayakan kemahiran dalam memberikan pertolongan cemas dalam setiap rumah atau keluarga akan dapat membantu mengurangkan risiko kecederaan dan kematian akibat kemalangan atau sakit secara tiba-tiba.
“Pihak persatuan akan menjalankan Program Latihan Asas Pertolongan Cemas di mukim dan kampung di seluruh negara untuk melatih masyarakat akan pentingnya pengetahuan asas pertolongan kecemasan untuk menyelamat nyawa.
Yang Berhormat Awang Abdul Mutalib ketika sesi bergambar ramai di akhir Majlis Perasmian Projek Memperkasa Masyarakat Berdaya Tahan Menuju Wawasan 2035 dan Majlis Pelancaran Kempen Berhemah di Jalan Raya 2018 yang berlangsung di Hotel Centrepoint, Gadong, kelmarin.





Yang Berhormat Awang Abdul Mutalib menyampaikan poster dan pelekat ‘Keselamatan di Jalan Raya’ kepada salah seorang pengguna jalan raya.

“Sasaran jangka panjang ialah untuk merealisasikan hasrat satu rumah atau satu keluarga seorang first aider dapat dicapai pada tahun 2035,” jelasnya.
Sementara itu, mengulas mengenai inisiatif keselamatan di jalan raya, beliau berkata ia adalah untuk memperkasa dan menjana budaya berhemah di jalan raya terutama dalam sasaran kepada golongan remaja dan belia di peringkat sekolah.
Ia juga adalah untuk menerangkan betapa pentingnya memupuk sikap berhemah di jalan raya boleh membantu mengurangkan risiko kemalangan sekali gus dapat membantu mengurangkan dan menurunkan kadar kematian akibat kemalangan di jalan raya.
Beliau juga berkata bahawa menanam sikap bertanggungjawab untuk mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya di samping memupuk kesedaran dan kepekaan terhadap kecuaian yang disengajakan boleh mengakibatkan kehilangan dan kerugian harta benda dan nyawa.
“PBSM Negara Brunei Darussalam akan melaksanakan Program Kesedaran Berhemah di Jalan Raya menerusi seminar, bengkel dan kem kesedaran di kalangan pelajar sekolah, belia dan kaum wanita serta masyarakat kampung,”tambahnya.
Pada majlis berkenaan, Yang Berhormat Awang Abdul Mutalib menyempurnakan pelancaran Kempen Berhemah di Jalan Raya dan mengagih-agihkan poster dan pelekat ‘Keselamatan di Jalan Raya’.
Poster dan pelekat itu diserahkan kepada wakil-wakil NGO dan sektor korporat untuk diedarkan kepada orang ramai terutama sekali dalam menyambut perayaan Aidilfitri yang tidak lama lagi.
Terdahulu dalam majlis berkenaan, Yang Berhormat Awang Abdul Mutalib telah menyempurnakan penyampaian tauliah pangkat dan sijil lantikan kepada Presiden Kehormat Sepanjang Hayat, Datin Hajah Siti Hajar binti Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof dan seterusnya menyempurnakan Majlis Tauliah Pangkat dan Lantikan Jawatan Ahli Majlis Kebangsaan bagi Sesi 2018-2020 serta Jawatankuasa Kebangsaan bagi Sumber Dana dan Projek Khas PBSM Negara Brunei Darussalam yang dibentuk dan dianggotai oleh ahli-ahli sukarelawan korporat.
- Media Permata Online -