Waktu Bandar Utama

Sabtu, 18 Januari 2025

38 ahli Platun Bulan Sabit Merah UNISSA terima sijil

Siaran Akhbar dan Foto : Universiti Islam Sultan Sharif Ali





BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 16 Januari. - Seramai 38 orang ahli Platun Bulan Sabit Merah, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), telah menerima sijil mengikut kategori masing-masing dalam acara yang berlangsung di Dewan Auditorium, UNISSA, baru-baru ini.


Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Sekretari Jeneral Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam, Awang Haji Suhaimi bin Haji Ibrahim. Turut hadir ialah Pengarah Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa UNISSA, Dr. Awang Haji Supri bin Haji Sudin berserta jemputan khas dari Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam.


Seramai dua orang ahli Platun Bulan Sabit Merah UNISSA telah dinaikkan pangkat kepada Sarjan, seorang ahli dinaikkan pangkat kepada Koperal, dan selebihnya dinaikkan kepada pangkat Lans Koperal.


Antara tujuan majlis diadakan ialah untuk meraikan dua orang mantan ahli Platun Bulan Sabit Merah UNISSA iaitu Awang Muhammad Syafiq bin Iskandar dan Dayang Nur Amal Afiqah binti Mohamad Nor Risman yang menerima sijil kecemerlangan atas peranan dan perkhidmatan mereka yang sangat berharga sebagai Ketua Platun dan Penolong Ketua Platun Bulan Sabit Merah UNISSA bagi Tahun 2023 hingga 2024.


Ketua Platun pada tahun ini, Sarjan Awang Khairul Hafizhan bin Kamis di dalam ucapan alu-aluannya selaku pengerusi majlis menjelaskan, Platun Bulan Sabit Merah UNISSA bukan sahaja terlibat untuk mewakili dalam acara universiti atau kebangsaan sebagai badan beruniform sahaja, tetapi juga telah dilatih dalam kemahiran asas pertolongan cemas yang menjadi aset berharga pada masa kini dan juga selaras dengan visi Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam iaitu 'One First Aider For Every Household By 2035'.


Majlis turut menyaksikan penyampaian sijil keahlian bagi 21 orang ahli platun pengambilan ke-5 bagi bulan Ogos 2024 yang telah menyelesaikan pembelajaran Modul Latihan Utama Bulan Sabit Merah.


Sijil penghargaan juga disampaikan kepada 15 orang ahli platun yang telah meneruskan perkhidmatan mereka selama setahun, sejak kemasukan para platun pada bulan Ogos 2023 yang lalu.


Majlis turut diikuti dengan bacaan ikrar taat setia oleh ahli-ahli Platun Bulan Sabit Merah UNISSA untuk menanamkan nilai-nilai tulen yang berasaskan tujuh prinsip Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa.


Majlis ini diadakan adalah untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan sumbangan atas kerja keras ahli platun, untuk memupuk minat dan meningkatkan kecenderungan mahasiswa dan mahasiswi untuk sering bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum di dalam dan di luar kampus sebagai badan beruniform, serta mengeratkan silaturahim di antara ahli Platun Bulan Sabit Merah UNISSA bersama dengan ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam.


- Pelita Brunei Online. (Sabtu, 18 Januari 2025)

Jumaat, 17 Januari 2025

38 Platun Bulan Sabit Merah terima sijil

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JAN – Seramai 38 ahli Platun Bulan Sabit Merah, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menerima sijil mengikut kategori masing-masing dalam majlis yang berlangsung di Auditorium, UNISSA.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Setiausaha Agung Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam (PBSM), Haji Suhaimi bin Haji Ibrahim.

Turut hadir Pengarah Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa UNISSA, Dr Haji Supri bin Haji Sudin berserta jemputan khas daripada PBSM.

Menurut kenyataan daripada UNISSA, seramai dua ahli Platun Bulan Sabit Merah UNISSA telah dinaikkan pangkat kepada Sarjan, seorang ahli dinaikkan pangkat kepada Koperal, dan selebihnya dinaikkan pangkat Lans Koperal.

Sementara itu, majlis juga meraikan dua orang mantan ahli Platun Bulan Sabit Merah UNISSA iaitu Awang Muhammad Syafiq bin Iskandar dan Dayang Nur Amal Afiqah binti Mohamad Nor Risman yang menerima sijil kecemerlangan atas peranan dan perkhidmatan mereka yang sangat berharga sebagai ketua dan penolong ketua Platun Bulan Sabit Merah UNISSA bagi tahun 2023 hingga 2024.

Ketua platun pada tahun ini, Sarjan Awang Khairul Hafizhan bin Kamis, dalam ucapan alu-aluannya selaku pengerusi majlis menjelaskan bahawa Platun Bulan Sabit Merah UNISSA bukan sahaja terlibat untuk mewakili acara universiti atau kebangsaan sebagai badan beruniform, tetapi juga telah dilatih dalam kemahiran asas pertolongan cemas yang menjadi aset berharga pada masa kini dan juga selaras dengan visi PBSM.

Majlis turut menyaksikan penyampaian sijil keahlian kepada 21 orang ahli platun pengambilan ke-5 bagi bulan Ogos 2024 yang telah menyelesaikan pembelajaran Modul Latihan Utama Bulan Sabit Merah.

Sijil penghargaan juga disampaikan kepada 15 orang ahli platun yang telah meneruskan perkhidmatan mereka selama setahun, sejak kemasukan para platun pada bulan Ogos 2023.

Acara diteruskan dengan bacaan ikrar taat setia oleh ahli-ahli Platun Bulan Sabit Merah UNISSA untuk menanamkan nilai-nilai yang berasaskan tujuh prinsip Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa.

Sesi bergambar ramai ahli-ahli Platun Bulan Sabit Merah UNISSA semasa majlis itu. – GAMBAR SERAHAN UNISSA

- MEDIA PERMATA ONLINE.

Sabtu, 24 Februari 2024

Ambulance donated to BRC

An ambulance was donated to the Brunei Darussalam Red Crescent Society (BRC) by the Jerudong Park Medical Centre (JPMC) to support the organisation’s work at a handover ceremony at JPMC on Thursday.

Permanent Secretary at the Ministry of Health Haji Maswadi bin Haji Mohsin, who is also a Board member of JPMC, was the guest of honour.

The ambulance, equipped with state-of-the-art medical equipment, will enhance the BRC’s ability to respond to emergencies and ensure fast, life-saving medical care, said JPMC in a statement.

“As a healthcare institution, we recognise the critical importance of fast and effective emergency care,” said JPMC Acting Chief Operating Officer Bun Pei Ling.

“We recognise the invaluable role that the Brunei Darussalam Red Crescent Society plays in providing vital medical assistance to people in need, especially in times of crisis and emergencies.”

Permanent Secretary at the Ministry of Health Haji Maswadi bin Haji Mohsin during the handover ceremony. PHOTO: JPMC

JPMC Acting Chief Operating Officer Bun Pei Ling. PHOTO: JPMC
- Borneo Bulletin Online.


Khamis, 22 Februari 2024

30 ahli Platun Bulan Sabit Merah terima sijil

Oleh Salawati Haji Yahya –

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 FEB – Seramai 30 orang ahli Platun Bulan Sabit Merah dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menerima sijil mengikut kategori masing-masing dalam acara yang berlangsung di Dewan Auditorium, UNISSA, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan sijil keahlian platun, sijil penghargaan dan sijil kecemerlangan kepada peserta ialah Sekretari Jeneral Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Negara Brunei Darussalam, IR Simon KA Leong.

Antara lain tujuan majlis diadakan untuk meraikan dua orang mantan ahli Platun Bulan Sabit Merah UNISSA iaitu Awangku Muhammad Arshrul Wa’ie bin Pengiran Amirrulzam dan Awang Muhammad Amir Faiq bin Haji Amir Hisham yang menerima sijil kecemerlangan atas dedikasi yang sangat cemerlang, sifat aktif dalam beberapa acara dan majlis di peringkat universiti dan kebangsaan, serta sumbangan dan bantuan yang berharga dalam pengurusan hal ehwal platun sepanjang perkhidmatan mereka sebagai komandan dan Penolong Komandan Platun Bulan Sabit Merah UNISSA dari 2022 hingga 2023. 

Majlis turut menyaksikan penyampaian sijil keahlian kepada 20 orang ahli platun pengambilan baharu semester Ogos 2023 yang telah menyelesaikan dan lulus penilaian dalam kursus pertolongan cemas asas.

Sijil penghargaan juga disampaikan kepada enam orang ahli platun yang telah meneruskan perkhidmatan mereka selama setahun lagi sejak kemasukan mereka pada Ogos 2022. 

Sijil kecemerlangan dan sijil penghargaan merupakan satu jenis pengiktirafan kepada mahasiswa UNISSA yang bukan sahaja aktif dalam pergerakan kemanusiaan menerusi Platun Bulan Sabit Merah tetapi juga keupayaan mereka bagi mengimbangi aktiviti badan beruniform dan pengajian akademik mereka. 

Majlis turut diikuti dengan bacaan ikrar taat setia oleh ahli-ahli Platun Bulan Sabit Merah UNISSA untuk menanamkan nilai-nilai tulen yang berasaskan tujuh prinsip palang merah dan bulan sabit merah, serta membentuk disiplin dalam kalangan pelajar, menumbuhkan semangat patriotik dan kesiapan untuk berkorban demi agama, bangsa dan negara dalam diri pelajar.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, UNISSA, Dr Supri bin Haji Sudin dan pegawai-pegawai dari pusat tersebut berserta jemputan khas dari PBSM Negara Brunei Darussalam.

Salah seorang peserta menerima sijil keahlian daripada IR Simon KA Leong. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA

- MEDIA PERMATA ONLINE

Khamis, 21 September 2023

One first aider for every household by 2035

Brunei Darussalam Red Crescent Society’s (BRC) Community First Aid programme aims to train at least 1,000 individuals comprising mukim and village residents within a year.

BRC Deputy Secretary-General Wardatul Zahirah binti Abdul Razak said this during a speech at the programme’s launch at Annajat Complex yesterday.

The programme, organised in collaboration with the Ministry of Home Affairs (MoHA), will be implemented by mukim and village institutions to provide first aid skills to save lives and manage emergencies.

Wardatul Zahirah said the skills will also be helpful to ensure safety and well-being at home and during accidents. The programme is part of BRC’s efforts to realise the Ministry of Health’s vision to have a first aider in every household by 2035. BRC previously collaborated with MoHA in implementing the Community-Based Disaster Relief Management (CBDRM) programme and Disaster Preparedness Course (DPC).

Minister of Home Affairs Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, the guest of honour, presented first aid logos to representatives from the four districts.

The minister also launched BRC Knowledge Hub and BRC National Emergency Operation Hub.

The knowledge hub is a learning and reference centre for first aid knowledge.

The event also saw a memorandum of understanding (MoU) signed with ‘Friends of BRC’ Atha Sdn Bhd, Ashcore Sdn Bhd, Biovitality Medical Supplies Sdn Bhd, Trane Aire Sdn Bhd and Ting Sii King Sdn Bhd. BRC Acting President Simon Leong Kian Ann signed the MoU which is part of a partnership to develop Global and International Humanitarian Cooperation Project. – Rokiah Mahmud

Minister of Home Affairs Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman and guests at the event. PHOTO: RAFI ROSLI

ABOVE & BELOW: Brunei Darussalam Red Crescent Society Deputy Secretary-General Wardatul Zahirah binti Abdul Razak; and the minister with representatives from the four districts. PHOTO: RAFI ROSLI
- Borneo Bulletin Online, September 21, 2023

Isnin, 15 Mei 2023

BRC Hosts Diamond Jubilee International Friendship Dinner (Video)


The Brunei Darussalam Red Crescent Society (BRC) hosted its Diamond Jubilee International Friendship Dinner recently.

The dinner also commemorated its 75th anniversary as an auxiliary to humanitarian engagements in the country.

- Borneo Bulletin Online.

Brunei Red Crescent marks diamond jubilee (News)

Lyna Mohamad

The Brunei Darussalam Red Crescent Society (BRC) hosted its Diamond Jubilee International Friendship Dinner last night.

The dinner also commemorated its 75th anniversary as an auxiliary to humanitarian engagements in the country.

BRC’s international friendship dinner is an annual event hosted for foreign diplomats to foster closer working relationships with foreign mission offices in the country.

This includes cooperation for humanitarian deployment within the region, with the goal of providing humanitarian assistance during natural disasters.

“Engagements in humanitarian aid and voluntary assistance is the key fundamentals that BRC are looking forward to develop in the regional and international mandate,” said the organisation in a statement.


Minister of Culture, Youth and Sports Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad at the dinner with Brunei Darussalam Red Crescent Society officials and members of the Diplomatic Corps. PHOTO: LYNA MOHAMAD

The dinner also saw the presentation of the distinguished BRC Henry Dunant Award to three emerging young leaders and BRC Henry Dunant Award in Humanitarian to one participant.

Meanwhile, the Distinguished Friends of BRC Award 2023 was presented to Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (Perbadanan TAIB) as one of the emerging Corporate Partners in supporting BRC humanitarian engagements.

Minister of Culture, Youth and Sports Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad was the guest of honour.

Also present were BRC President Pengiran Dato Paduka Haji Mohd Yussof bin Pengiran Haji Bahar and BRC Vice-President Haji Mohd Yusri bin Haji Wahsalfelah.

The BRC was established in 1948 as the British Red Cross Society (Brunei Branch) under the auspices of the British High Commissioner at the time. The BRC remains the only national society in the world that functions without paid staff or grants from the authorities to manage and run its humanitarian aid.

Its operations are dependent on donors’ contributions. “Nonetheless BRC must keep up the pace to face tremendous challenges in carrying out our humanitarian action in a world beset by uncertainty and many complex crises,” said BRC.

“With almost 1,000 registered volunteers, youth, school cadets, community and corporate platoons, the BRC family is at the forefront of humanitarian assistance for those who need it the most.”

- Borneo Bulletin Online.