Waktu Bandar Utama

Selasa, 5 November 2013

Ulangtahun Tindakan Kemanusiaan Ke 150

Pada tahun 2013 ini genaplah 150 tahun tindakan kemanusiaan yang dipelopori oleh Sir Henry Dunant yang membawa kepada penubuhan sebuah institusi kesukarelawan yang dinamakan Jawatankuasa Bulan/Palang Merah Antarabangsa atau International Comittee of Red Cross/Crescent (ICRC) yang mana setakat ini mempunyai 187 buah negara sebagai ahli berdaftar. Selaku ahli ICRC, PBSM NBD sentiasa bersedia menghulurkan bantuan kemanusiaan dari masa ke semasa kepada masyarakat di negara ini khasnya dan di luar negara amnya tanpa mengira latar ugama, bangsa dan negara.

Sebagai langkah permulaan, PBSM NBD telah mengadakan jalinan hubungan kerjasama serantau dengan beberapa rakan strategik seperti Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Palang Merah Singapura, Bulan Sabit Merah Indonesia dan akan bergerak ke arena antarabangsa dengan kerjasama pihak ICRC Cawangan Asia di Thailand. Pergerakan PBSM NBD adalah bergantung kepada sokongan masyarakat di negara ini selain dari sokongan pihak kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

PBSM NBD mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak kerajaan khususnya KKBS yang telah memberikan sebuah bangunan yang telahpun dijadikan sebagai Ibu Pejabat Kebangsaan PBSM NBD pada Ogos lalu. Pemberian ini Insya-Allah dapatlah dijadikan sebagai penanda aras atau batu loncatan ke arah pergerakan PBSM NBD ke peringkat serantau dan antarabangsa.

Jika biskita berhasrat untuk memberikan bantuan sama ada berbentuk kewangan atau barangan atau ingin menjadi ahli PBSM NBD (tetap/beruniform atau sukarelawan), biskita bolehlah datang ke alamat-alamat yang tertera di bawah blog ini.

Sokonglah kami untuk membantu awda!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan