Bandar Seri Begawan, Khamis 14 Ogos 2014 - Bersempena dengan Hari Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke enam puluh lapan, PBSM NBD sepertimana lazimnya telah menyertai Istiadat Barisan Kehormatan hari ini.
PBSM NBD diketuai oleh Pengiran Haji Yura Saiful Bahrin bin Pengiran Haji Yura Laila manakala penolongnya ialah Nora Shahfitri binti Abdul Wahid. PBSM NBD diletakkan di bawah Pasukan Pertubuhan Awam yang diketuai oleh Pegawai Pengawas Pasukan Pertubuhan Awam, Inspektor Mohd Kenny Safwan bin Abdullah Yawang dan penolongnya Inspektor Abd Hafizazuddin bin Haji Abd Wahab dari pasukan Polis Diraja Brunei.
KDYMM membalas tabik dari pasukan-pasukan yang terlibat. (Gambar: Infofoto)
Kenderaan khas yang membawa KDYMM melintas pasukan pertubuhan awam termasuk PBSM NBD (Gambar: Infofoto)
Selain dari menyertai istiadat barisan, PBSM NBD juga menyediakan pasukan kecemasan perubatan bagi membantu pasukan perubatan Kementerian Kesihatan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Walaupun jadual latihan bagi istiadat ini padat dengan Kejohanan Bolak Sepak Belia ASEAN Piala Hassanal Bolkiah di sebelah malam namun ahli-ahli PBSM NBD yang terlibat tetap mempamerkan semangat kenegaraan yang tinggi.
Pihak Blogger PBSM NBD merafa'kan ucapan Semoga Allah Subhanahu Wa Taala Melanjutkan Usia Baginda Dalam Iman dan Taqwa. Daulat Kebawah Duli Tuan Patik!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan