Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 23 April – Dalam usaha membantu serta meringankan bebanan keluarga yang kurang berkemampuan, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Negara Brunei Darussalam Cawangan Daerah Brunei dan Muara akan mengadakan Projek Ikhlas 11.0 pada 28 April ini.
Menurut PBSM, melalui projek yang diadakan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas bermula pukul 9 pagi hingga 4 petang itu, pihak persatuan mengalu-alukan sumbangan dan mengumpul sumbangan atau sedekah jariah makanan asasi daripada orang ramai sempena kedatangan bulan Ramadan 1440 Hijrah yang akan diagih-agihkan kepada kumpulan asnaf fakir miskin dan asnaf mualaf yang tidak berkemampuan di Daerah Brunei dan Muara.
Kenyataan menyatakan lagi bahawa makanan asasi yang diperlukan seperti beras, gula, minyak masak, tepung, makanan dalam tin, mi segera, biskut, minuman kordial dan barangan makanan lain yang sesuai.
Dalam hubungan itu, orang ramai dialu-alukan untuk sama-sama menyumbangkan bantuan makanan asasi untuk meringankan bebanan dan kesulitan kumpulan asnaf fakir miskin dan asnaf mualaf serta daif yang tidak berkemampuan dalam bulan Ramadan yang mubarak ini.
- Media Permata Online.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan