Waktu Bandar Utama

Sabtu, 29 Mac 2014

Ahli Lembaga Eksekutif PBSM, Pegawai HADRT Terima Tauliah

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 23 Mac. - Seramai 20 pegawai kanan yang dilantik menjadi Ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam (PBSM) dan 13 pegawai kanan dan rendah Skuad Khas Bantuan Kemanusiaan dan Pengurusan Bencana HADRT menerima sijil pertauliahan mereka pagi ini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian sijil kepada penerima pangkat berlangsung di Kompleks Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, di sini ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah.

Juga hadir ialah pegawai-pegawai kanan kerajaan, Presiden PBSM, Awang Haji Julaini bin Haji Abdul Latip dan Timbalan Presiden PBSM, Chai Yum Fatt serta ahli-ahli PBSM.

Terdahulu, Upacara Pertauliahan Pangkat kepada semua penerima pangkat pertauliahan Ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan PBSM diadakan di kawasan letak kereta stadium berkenaan.

Pada upacara tersebut, tetamu kehormat diiringi oleh Komandan Upacara, Sheikh Haji Abdul Kadi bin Abdullah menyempurnakan pertauliahan kepada kepada 20 pegawai kanan yang dilantik menjadi Ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan dan kepada 13 pegawai kanan dan rendah Skuad Khas Bantuan Kemanusiaan dan Pengurusan Bencana HADRT.
 
 
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyempurnakan pertauliahan kepada salah seorang Ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam.



Majlis juga diselajurkan dengan penyerahan sumbangan sebuah kereta Ambulans PBSM oleh Pengurus Pemasaran, Syarikat NBT (Brunei) Sendirian Berhad, Awang Muhammad Clovien Abdullah Tim Poh kepada Presiden PBSM, diikuti Majlis Menepung Tawar didahului oleh tetamu kehormat.

PBSM Negara Brunei Darussalam ditubuhkan pada tahun 1948 dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Negeri Brunei (PPMNB).
 
 
Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menepung tawar kereta Ambulans sumbangan Syarikat NBT (B) Sdn Bhd.


Diasaskan oleh Al-Marhum Pengiran Temenggong Sahibul Bahar bin Pengiran Haji Mohammed, penubuhan persatuan berkenaan adalah bagi menyokong salah satu keputusan Persidangan Perubatan di Cannes, Perancis yang bersidang pada 5 Mei 1918 dan menyeru agar lebih banyak Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah ditubuhkan di seluruh dunia.

PPMNB telah diiktiraf di dalam Perlembagaan Negeri Brunei 1959 yang mana pada tahun 1977, ia diterima menjadi ahli yang ke-170 Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC).

Setelah berada di bawah seliaan Persatuan Palang Merah British (British Red Cross Society) sehingga tahun 1984, PBSM terpisah daripada seliaan Palang Merah British setelah Negara Brunei Darussalam merdeka daripada naungan British dan pada tahun 1991 persatuan berkenaan didaftarkan secara rasmi di bawah Seksyen 83 (3) Akta Pertubuhan-Pertubuhan sebagai sebuah bantuan sukarela yang tertakluk di bawah syarat-syarat Konvensyen Geneva.

- Pelita Brunei Online - 24 Mac 2014.
 

Rabu, 26 Mac 2014

Red Crescent sets up team on humanitarian aid and disaster relief

Syazwana Souyono
BANDAR SERI BEGAWAN
 
Monday, March 24, 2014

A HUMANITARIAN Aid and Disaster Relief Team (HADRT) was launched yesterday with the appointment of its first 13 members.

The squad, under the Brunei Red Crescent Society (BDRCS), comprised members from higher institutions, government and private agencies.

Members who are already working make up the frontline team and will lead medical services in disaster situations and humanitarian projects, said the BDRCS Director of Communications Ya-Aneta Hj Mohd Yusuf.

She is also one of the senior officers of the newly-launched team.

All members are above 18 years old and have been identified as those who are committed to the cause, Ya-Aneta said.

Each of them have undergone various training programmes carried out by the society. They will undergo more theory and practical training to enhance their knowledge and skills, she added.

The launching of the HADRT squad was held simultaneously with the Rank Commissioning Ceremony for 20 national executive board members of the BDRCS.

Present as the guest of honour was the Minister of Culture Youth and Sports, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Hj Hazair Hj Abdullah.



Minister of Culture Youth and Sports YB Pehin Dato Hj Hazair (L), fastening the rank insignia to one of the members of the Humanitarian Aid and Disaster Relief Team in a ceremony at the Hassanal Bolkiah National Stadium yesterday. BT/Saiful Omar

The event also featured the presentation of a Toyota INNOVA, a donation from NBT Sdn Bhd to BDRCS to be used as an ambulance.



 
Minister of Culture Youth and Sports YB Pehin Dato Hj Hazair (R), presenting the mock key to President of the BDRCS, Hj Julaini Hj Abd Latip (L), during the Rank Commissioning Ceremony for 20 national executive board members of the Brunei Red Crescent Society (BDRCS) and 13 official members of the Humanitarian Aid and Disaster Relief Team (HADRT) at the Hassanal Bolkiah National Stadium. BT/Saiful Omar

The newly-appointed president of the BDRCS, Hj Julaini Hj Abd Latip, in his welcoming remarks said that the society is currently in discussion with the Co-curriculum Department at the Ministry of Education about opening a unit of the Red Crescent Society for primary schools.
 
 
 

Currently, 90 per cent of the society is made up of youths studying in secondary and higher institutions.

The president also commended the synergic dynamics between the new executive board and the members since their appointment in December, with the aid offered to the National Disaster Management Centre during the recent floodings in Tutong and Belait District and the medical services provided during the 30th National Day Celebration.

The BDRCS has actively participated in activities hosted by the International Committee of the Red Cross (ICRC) and the International Federation of the Red Cross and Red Crescent Societies (IFRC).
 
Brunei will play host to the 13th South-East Asia Red Cross and Red Crescent Leaders Meeting in 2016.
 
 
Some of the red crescent members attending the ceremony yesterday. BT/Saiful Omar

The Brunei Times
 

Red Crescent promotes members

Billah Hasan
BANDAR SERI BEGAWAN
 
Monday, February 17, 2014

THE Brunei Darussalam Red Crescent Society (BDRCS) yesterday held a promotion ceremony for 11 members of its Brunei-Muara division.

The ceremony saw a mixture of promotions for both commissioned and non-commissioned officers of BDRCS.

The oath reciting was led by Mohd Rosdi Hj Ruslan, one of the newly appointed commissioned officers.

 
Newly promoted members of Red Crescent Society take their oath during the ceremony that took place yesterday. BT/Billah Hasan
 
 
Guest of honour, Sheikh Hj Abdul Kadir Abdullah, Secretary General of Brunei Darussalam Red Crescent Society during yesterday’s ceremony. BT/Billah Hasan

Present as the guest of honour was Secretary General of the association, Sheikh Hj Abd Kadir Abdullah.

In an interview with one of the newly promoted commissioned officers, Norashafitri Abdul Wahid said that the promotion ceremony was to honour new members of BDRCS which comprised of youths from various education institutions in the Brunei-Muara district.

“We hope that more students from their respective schools will join as a member of the Brunei Darussalam Red Crescent Society to help save lives.

“Some of the newly appointed members today are from Rimba Secondary School, Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri, Sekolah Ugama Arab, Maktab Duli, Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal, Seri Begawan Religious Teachers University College and Institut Tekno logi Brunei,” said Norashafitri.

She said that youth who wanted to join as first aiders too are welcomed to contact the Public Relation Unit of BDRCS, Siti Muna Mahirah Hj Mohamad at 8200793 or add their Facebook account (Brunei Darussalam Red Crescent).

The event concluded with a national flag handover ceremony from National Youth Director Hj Suhaimi Hj Ibrahim to Mohd Rosdi Hj Ruslan, followed by a recitation of ‘doa selamat’ led by Abdul Mu’iz Azizi Zulkifli.

 
Abdul Mu'iz Azizi Zulkifli, one of the newly promoted commissioned officers, recites the doa selamat. BT/Billah Hasan

The Brunei Times
 

Red Crescent Society Up And Ready For Regatta Brunei Darussalam 2014

 
March 3rd., 2014 - Bandar Seri Begawan: 84 members of the Red Crescent Society Brunei Darussalam were stationed accordingly in the Dermaga DiRaja, BSB to be on standby and ready to assist in any emergency situations that may occur during the blazing heat throughout the event.
 
Aneta Yusuf, Communication Director of Red Crescent Society said that the weather condition yesterday was very hot, thus making the public who were present to witness the event vulnerable to heat injuries such as heat stroke, where a person can suffer from severe hyperthermia and also in the case of the rowers involved in the races, they may be suffering cramps.
 
Offering their help were volunteers from schools such as IGS, the private sector and individuals qualified in first aid.
 
Individuals who are interested in volunteering for the Red Crescent Society Brunei Darussalam can contact Aneta Yusuf at 8689987.
 
- via BruDirect
 

Sabtu, 22 Februari 2014

Bendera negara berkibar di perkarangan KUPU SB

Oleh: Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 10 Februari. - Sebagai salah sebuah institusi perguruan agama yang unggul di Negara Brunei Darussalam, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) tidak ketinggalan untuk terus memantapkan semangat patriotik para graduan kolej berkenaan sempena menjelangnya sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan negara ini pada 23 Februari depan.

Bagi sama-sama membarigakan sambutan berkenaan, kolej tersebut pagi tadi turut mengadakan Upacara Menaikkan Bendera Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-30 di hadapan Bangunan Pentadbiran, KUPU SB, di sini.
 

RA'ES Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) , Dayang Hajah Masnon binti Haji Ibrahim
menyerahkan bendera negara untuk dinaikkan. (Foto : Azmah Hj. Ahad)


 
Hadir selaku tetamu kehormat dalam upacara ini ialah Ra'es KUPU SB, Dr. Hajah Masnon binti Haji Ibrahim.

Juga hadir ialah pegawai-pegawai kanan, pensyarah-pensyarah dan kakitangan kolej tersebut.

Lebih 600 menyertai upacara yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan dikelolakan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2013/2014.

BENDERA negara berkibar di perkarangan Bangunan Pentadbiran, Kolej Universiti Perguruan
Ugama Seri Begawan (KUPU SB). (Foto : Azmah Hj. Ahad)


 
Terdahulu, upacara dimulakan dengan perbarisan lalu lapan orang Pasukan Pengibar Bendera Negara Brunei Darussalam berserta dengan lapan pembawa bendera negara bagi mewakili pusat/fakulti/bahagian dan diikuti oleh Pasukan Kadet Bomba KUPU SB, Pasukan Bulan Sabit Merah, sukarelawan dan mahasiswa serta mahasiswi KUPU SB.

Upacara diteruskan dengan bacaan Asma'ul Husna dan Surah Al Faatihah yang dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Keugamaan dan Ta'mir Surah, KUPU SB, Awangku Haji Muhammad Firdaus bin Pengiran Haji Rusman diikuti dengan upacara menaikkan bendera dan penyerahan bendera besar Negara Brunei Darussalam yang diiringi dengan Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan'.
 
PERBARISAN lalu Pasukan Pengibar Bendera NBD berserta dengan 8 pembawa Bendera Negara bagi mewakili
Pusat/Fakulti/Bahagian dan diikuti oleh Pasukan Kadet Bomba KUPU SB, Pasukan Bulan Sabit Merah,
sukarelawan dan mahasiswa serta mahasiswi KUPU SB. (Foto : Azmah Hj. Ahad)


 
Laungan takbir 'Allahuakbar' sebanyak tiga kali menyusul kemudian dilaungkan oleh Dekan Pelajar KUPU SB.
 
Aktiviti tersebut bertujuan untuk menyemarakkan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Ke-30, di samping memohon keselamatan, kesejahteraan serta keberkatan dari Allah Subhanahu Wata'ala agar negara ini sentiasa aman damai, makmur dan sejahtera.
 
- Pelita Brunei Online. Selasa. 11 Febuari 2014.
 
 

Bendera negara terus berkibar megah

Oleh: Nooratini Haji Abas

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 14 Februari. - Bendera Negara Brunei Darussalam terus bersemarak dan berkibar megah di setiap bangunan-bangunan kerajaan, sektor swasta, institusi-institusi pendidikan, sekolah-sekolah menengah dan rendah, rumah-rumah persendirian di seluruh negara.
 
Sehubungan itu, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan mengadakan Upacara Menaikkan Bendera Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-30 Hari Kebangsaaan negara ini berlangsung di Sekolah Sukan, Kampung Pulaie, di sini.
 
 MENAIKKAN bendera negara oleh Pasukan Kadet Tentera yang diiringi dengan Lagu Kebangsaan ‘Allah Peliharakan Sultan’.
(Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali)

Upacara Menaikkan Bendera dimulakan dengan penyerahan bendera negara oleh Pengarah Kebangsaan PBSM, Awang Haji Murni bin Haji Awang Damit selaku Pengerusi Majlis dan kemudiannya diserahkan kepada Pemangku Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Pengiran Suhaimi bin Pengiran Haji Bakar.

Selepas itu, diikuti dengan menaikkan bendera negara oleh Pasukan kadet Tentera yang diiringi dengan lagu kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' dan diteruskan dengan penyerahan bendera kepada pengarah-pengarah PBSM di keempat-empat buah daerah.

PENTAULIAHAN Pangkat kepada Pegawai Kanan PBSM terdiri daripada Pemangku Pengarah Pendidikan Kokurikulum,
Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Pengiran Suhaimi bin Pengiran Haji Bakar disempurnakan oleh Presiden PBSM,
Awang Haji Julaini bin Haji Abdul Latif. (Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali)

Terdahulu majlis didahului dengan Pentauliahan Pangkat kepada tiga Pegawai Kanan PBSM terdiri daripada Pemangku Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Pengiran Suhaimi bin Pengiran Haji Bakar, Pemangku Penolong Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Awang Roslin bin Haji Suhailee dan Pegawai Penyelaras PBSM, Dayang Hajah Izat binti Haji Tuah disempurnakan oleh Presiden PBSM, Awang Haji Julaini bin Haji Abdul Latif.

- Pelita Brunei Online. Sabtu, 15 Febuari 2014.
 

Sabtu, 15 Februari 2014

PBSM Volunteer To Reach Out For Tutong Flood Victim


Tutong: To ease the difficulties faced by the flood victims, the Red Crescent Society of Tutong District (PBSM) recently volunteered to help out. Haji Salleh bin Othman, the Director of (PBSM) and Assistant Director of the Brunei Darussalam Red Crescent Society (BDRCS); and Haji Malik bin Haji Imbran, Assistant Director of PBSM and the Director of Disaster Management who was leading the team.

On duty officers and members of the association coordinated the relief efforts with the District Disaster Management Centre between January 23 and February 1 at the Community Hall of Tanjong Maya and Tanjong Maya Religious School.

This was aimed for assisting other agencies which includes the Royal Brunei Armed Forces, Fire and Rescue Department, Community Development Department, as well as cooperating with other volunteer organization such as Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) and Gemilang.

The contributions included bottled water, meal packs and basic dry food to the residents of Mukim Tanjong Maya and Mukim Ukong.

When floodwaters began decreasing, volunteers continued to help out by cleaning the houses of the victims including Cikgu Jamil bin Kassim of Kg Sebakit Bawah and Yahya bin Haji Musa. ©BRUDIRECT.COM