Waktu Bandar Utama

Sabtu, 6 Mei 2023

Commemorating World Red Crescent Day

 Lyna Mohamad

The Brunei Darussalam Red Crescent Society (BRC) held a religious ceremony to mark the World Red Cross and Red Crescent Day as well as the Diamond Jubilee of BRC yesterday held at the Ash-Shaliheen Mosque.

Present as the guest of honour was BRC President Pengiran Dato Paduka Haji Mohd Yussoff bin Pengiran Haji Bahar.

The event began with a mass Sunnat Hajat prayer followed by recitation of Surah Al-Fatihah led by the president followed by the Surah Yaasiin, Tahlil and Doa Arwah ceremony.

The ceremony was concluded with a mass Asar prayer and Doa Kesyukuran.

World Red Cross and Red Crescent Day celebrates the spirit of humanitarianism and recognises individuals who make a difference in their communities and are often the first ones to step up and support those in need around them.

It is celebrated annually on May 8 in commemoration of the birthday of its founder, Henry Dunant, and this year’s celebration is themed ‘Everything we do comes #fromtheheart.’

Members of the Brunei Darussalam Red Crescent Society in a group photo. PHOTO: LYNA MOHAMAD

- Borneo Bulletin Online, May 6th, 2023

Sabtu, 8 Oktober 2022

Bincang pergerakan palang merah, bulan sabit Merah di Asia Tenggara

 October 7, 2022

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 OKT – Pemimpin-pemimpin Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dari Asia Tenggara, Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) dan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) telah bersidang untuk membincangkan isu-isu yang menarik minat pergerakan di Asia Tenggara pada Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Asia Tenggara (SEA RC/RC) ke-19.

Dianjurkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Brunei Darussalam, mesyuarat berlangsung selama dua hari bermula hari ini, dengan majlis perasmiannya diadakan di Hotel dan Apartmen Wafa.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi merasmikan mesyuarat tersebut ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.

Turut hadir ialah ahli Lembaga Pengarah IFRC dan Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Yang Teramat Mulia Dato Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah; Pengarah Serantau Asia Pasifik IFRC, Alexander Matheo; Ketua Delegasi Serantau ICRC, Omar Odeh; Presiden PBSM Brunei Darussalam, Pengiran Dato Paduka Haji Mohd Yussof bin Pengiran Haji Bahar serta pemimpin Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dan wakil-wakil dari Asia Tenggara.

Setiausaha Agung PBSM Brunei Darussalam, Sheikh Kadir Abdullah dalam ucapannya menjelaskan, pertemuan berkenaan merupakan mesyuarat tahunan yang menghimpunkan pemimpin-pemimpin persatuan kebangsaan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dari Asia Tenggara, IFRC dan ICRC untuk membincangkan dan memutuskan isu-isu kepentingan kepada pergerakan dalam ahli persatuan kebangsaan Asia Tenggara.

Yang Berhormat Menteri Kesihatan bersama hadirin lain pada majlis perasmian tersebut.

Setiausaha Agung PBSM Brunei Darussalam semasa menyampaikan ucapannya.

“Ia juga merupakan platform untuk membincangkan dasar dan isu kerja Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dalam kalangan persatuan kebangsaan, sekretariat IFRC dan ICRC serta bersetuju dengan tindakan dan tindakan susulan yang sewajarnya,” ujarnya.

Beliau menambah, mesyuarat itu juga digunakan untuk mengambil kira kemajuan hala tuju strategik pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dan untuk membangunkan dan melaksanakan tindakan utama melalui kerjasama dan rangkaian serantau dalam kalangan persatuan kebangsaan, sekretariat IFRC, ICRC, dan Sekretariat ASEAN serta Pusat AHA.

Mesyuarat tersebut turut menyaksikan pembentangan dan dialog termasuk Sesi Dialog Pemimpin SEA RC dan Pemimpin Belia SEA dengan tema SEA RC Youth Ready and Challenges as the Future Leaders; IFRC & ASEAN Memorandum of Understanding-The Way Forward; SEA Engagement in Ifrc Governance; SEA Pandemic Preparedness; Working Towards the First Aid Vision 2030; dan lain-lain.

Turut diadakan pada majlis tersebut ialah penandatanganan memorandum persefahaman (MoU) bagi perkongsian pintar antara PBSM Brunei Darussalam dengan Palang Merah Singapura.

Menandatangani bagi pihak PBSM Brunei Darussalam ialah Pengiran Dato Paduka Haji Mohd Yussof manakala Palang Merah Singapura diwakili oleh Setiausaha Agung, Benjamin William.

Terdahulu, Setiausaha Agung PBSM Brunei Darussalam dalam ucapannya menjelaskan, MoU itu akan memberi peluang untuk kerjasama dalam program latihan dan pembangunan kapasiti, pendidikan kemanusiaan, penglibatan global dan penempatan, sokongan sosial kesihatan mental, pertolongan cemas dan program pembangunan belia.

Sheikh Kadir Abdullah juga berterima kasih kepada Palang Merah Singapura atas inisiatif dalam merapatkan peluang itu dengan PBSM Brunei Darussalam dan berharap kerjasama itu akan meningkatkan lagi penglibatan kapasiti dalam kedua-dua organisasi.

- Media Permata Online.

Jumaat, 7 Oktober 2022

Dasar, isu palang merah, bulan sabit merah dibincangkan

 Oleh : Nooratini Haji Abas / Foto : Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid

GADONG, Khamis, 6 Oktober. - Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam (BRC) buat julung kalinya menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Asia Tenggara Kali Ke-19, yang diadakan selama dua hari hingga 7 Oktober 2022.

 

Mesyuarat yang berlangsung di Hotel Wafa, antara lain membincangkan mengenai dasar dan isu palang merah dan bulan sabit merah terlibat dalam kalangan masyarakat persatuan berkenaan.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya merasmikan mesyuarat tersebut ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.

 

Terdahulu, Setiausaha Agung BRC, Sheikh Kadir Abdullah dalam ucapannya berkata, mesyuarat tahunan ini adalah bagi menghubungkan kedua-dua pemimpin, iaitu palang merah dan bulan sabit merah dari Asia Tenggara, IFRC dan ICRC, dalam membincangkan dan memutuskan mengenai isu kepentingan gerakan dalam ahli masyarakat Asia Tenggara.

 

Tambahnya, mesyuarat ini juga mewujudkan peluang untuk memastikan, bahawa rangkaian dan forum persatuan kebangsaan serantau bertanggungjawab terhadap Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Asia Tenggara.

 

Ini diikuti dengan ucaptama daripada Pengarah Serantau Untuk Asia Pasifik, Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah, Alexander Matheou.

 

Sejurus selepas itu atur cara diteruskan dengan Penandatanganan Memorandum Perjanjian Persefahaman Perkongsian Pintar Bersama Palang Merah Singapura dalam Bidang-bidang Pendidikan Kemanusiaan, Pengurusan Bencana, Pertolongan Cemas dan Pengrusan Pandemik, di rantau Asia Tenggara.

 

Mewakili bagi BRC ditandatangani oleh Presiden BRC, Pengiran Dato Paduka Haji Mohd. Yussoff bin Pengiran Haji Bahar dan Timbalan Presidennya, Awang Haji Muhd. Suhaimi bin Haji Ibrahim, manakala dari Palang Merah Singapura diwakili oleh Setiausaha Agung / Ketua Pegawai Eksekutif Palang Merah Singapura, Benjamin William dan Pengarah / Global Engagement, Charis Chan.

 

Pada majlis itu, diselajurkan dengan Penyerahan Peralatan Latihan Pertolongan Kecemasan (First Aids Training Equipements), disampaikan oleh Setiausaha Agung / Ketua Pegawai Eksekutif Palang Merah Singapura, Benjamin William kepada Presiden BRC, Pengiran Dato Paduka Haji Mohd. Yussoff.

 

Turut berangkat, Yang Teramat Mulia Tunku Temenggong Kedah Brigedier Jeneral Dato' Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Al-Marhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

 

Juga hadir, Pemimpin-pemimpin Palang Merah dan Bulan Sabit Merah, terdiri daripada BRC, Persatuan Palang Merah Kemboja, Palang Merah Indonesia, Palang Merah Laos, Palang Merah Malaysia, Palang Merah Myanmar, Palang Merah Filipina, Palang Merah Singapura Palang Merah Thailand, Palang Merah Timor-Leste dan Palang Merah Viet Nam.

 



​



- Pelita Brunei Online

Khamis, 22 September 2022

Platun Bulan Sabit Merah UNISSA dirasmi

 Oleh Syahmi Hassan & Mu’min Karim

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 SEPT – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) kini mempunyai Platun Bulan Sabit Merah susulan majlis perasmian yang berlangsung di Auditorium, UNISSA, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan perasmiannya ialah Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal.

Terdahulu, acara dimulakan dengan majlis kenaikan pangkat yang disempurnakan oleh Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Negara Brunei Darussalam, Pengiran Dato Paduka Haji Mohd Yussoff bin Pengiran Haji Bahar, diikuti dengan bacaan ikrar taat setia oleh ahli-ahli Platun Bulan Sabit Merah UNISSA.

Pemangku Pengarah Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, UNISSA, Dr Hajah Ummi Faizah binti Haji Abdul Rahman dalam ucapan alu-aluannya selaku pengerusi majlis menjelaskan bahawa UNISSA kini mempunyai 276 orang pelajar terdiri daripada enam pasukan yang terlibat aktif dalam pasukan beruniform.

Beliau turut mengongsikan faedah daripada mengikuti badan beruniform antaranya menyemai nilai-nilai murni, memupuk sikap patriotik dan sifat kepimpinan di samping membentuk sahsiah dan disiplin pelajar.

Dr Haji Norarfan semasa menyaksikan pameran pada majlis itu.
Ahli platun berikrar taat setia pada majlis perasmian Platun Bulan Sabit Merah UNISSA di Auditorium UNISSA, kelmarin.

“Penglibatan aktif pelajar UNISSA dalam aktiviti kokurikulum adalah selaras dengan visi Kementerian Pendidikan iaitu melengkapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran abad ke-21 untuk menjadi generasi future ready,” tambah beliau.

Beliau turut menekankan bahawa penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum bukan menjadi penghalang untuk membantutkan prestasi mereka, bahkan melalui penglibatan tersebut mereka perlu bijak membahagi masa dan komited dalam tugasan akademik.

Tetamu kehormat kemudiannya menyampaikan ucapan perasmian sebagai tanda pelancaran Platun Bulan Sabit Merah UNISSA.

Majlis turut menyaksikan penyampaian Sijil Keahlian dan Sijil Kecekapan Pertolongan Cemas kepada ahli-ahli Platun Bulan Sabit Merah UNISSA oleh rektor UNISSA.

Turut disampaikan ialah Anugerah Hadiah Buku Bulan Sabit Merah bersama wang tunai $500 kepada Dayang Nazifa Nabila binti Drs Haji Ismuhadi yang merupakan Sukarelawan COVID-19 PBSM Negara Brunei Darussalam dan Ahli Platun Bulan Sabit Merah UNISSA dengan mendapat kepujian Kelas Pertama, Sarjana Muda Tahfiz dan Qiraat bagi sesi akademik 2022

Beliau juga merupakan penerima Biasiswa Kementerian Hal Ehwal Ugama Sesi 2019-2020 dan penerima Anugerah Dekan Semester 1 & 2 sesi pengajian 2018-2019, 2020-2021: Semester 1, Sesi 2021-2022, menerima Hadiah Buku Sesi Pengajian 2018-2019.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Presiden PBSM Negara Brunei Darussalam.

Anugerah Hadiah Buku Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam diwujudkan sebagai pengiktirafan kepada mahasiswa institusi pengajian tinggi dan universiti yang menjadi ahli berdaftar kepada PBSM Negara Brunei Darussalam dan aktif dalam pergerakan kemanusiaan menerusi Platun Kadet Bulan Sabit Merah di institusi pengajian tinggi dan universiti mereka.

Ia juga mengiktiraf mahasiswa yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam akademik dan kokurikulum di institusi pengajian tinggi dan universiti masing-masing; dan mahasiswa yang telah menerima pingat dan hadiah buku daripada institusi pengajian tinggi dan universiti dalam dan luar negara.

- Media Permata Online.

Selasa, 30 Ogos 2022

Platun Korporat Bulan Sabit Merah BIBD Ditubuhkan


Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) mencatatkan mercu tanda yang amat membanggakan dengan penubuhan Platun Korporat Bulan Sabit Merah BIBD yang merupakan platun korporat pertama di Negara Brunei Darussalam.

- Media Permata Online.

Khamis, 11 Ogos 2022

First aid training for mosque youth

 Adib Noor

McDonald’s Brunei and the Brunei Darussalam Red Crescent Society (BRC) are working together to reach out and provide emergency assistance to 13 mosques and one religious centre in the Temburong District as part of their First Aider@ Masjid project.

A total of 84 certified emergency first aiders will provide assistance and essential emergency training to mosque youth in the Temburong District.

The training, slated to begin next month, will include basic first aid and basic life saving skills.

The project is aimed at ensuring that mosques and religious centres are a safe environment for all and is equipped to handle any situation.

“This is our first project with BRC and we hope to work with other societies in the future. We are setting our sight in the Temburong District and will definitely reach out to other districts as well,” said Marketing Lead of McDonald’s Brunei Noor Hafilah binti Haji Mohd Salleh.

The collaborative project is part of McDonald’s Brunei’s goal to foster the community. “Our goal is not just about feeding the community but also to nurture the community as well,” she added.

- Borneo Bulletin Online.

Isnin, 9 Mei 2022

Penyampaian Anugerah Henry Dunant sempena Hari Palang Merah, Bulan Sabit Merah 2022

 Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad / Foto : Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman

GADONG, Ahad, 8 Mei. - Bersempena Sambutan Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah 2022, Persatuan Bulan Sabit Merah Brunei Darussalam (BRC) mengadakan majlis penyerahan empat kategori Anugerah Henry Dunant, di The Centrepoint Hotel.





 


Semasa majlis anugerah penghargaan tertinggi, BRC Henry Dunant Humanitarian diberikan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah juga selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut.





Penyampaian anugerah disempurnakan oleh Presiden BRC, Pengiran Dato Paduka Haji Mohd. Yussoff bin Pengiran Haji Bahar dan De Boer, Perwakilan ICRC Geneva.

 

Sementara itu, Anugerah Henry Dunant Leaders diberikan kepada Mantan Presiden BRC, Awang Haji Julaini bin Haji Abdul Latip; dan Anugerah Henry Dunant Excellent Service diberikan kepada Naib Presiden Sumber Dana dan Projek Khas, Pengiran Haji Mashor bin Pengiran Haji Jaya; serta Naib Presiden Sumber dan Mantan Presiden BRC, Awang Haji Mohd. Suhaimi bin Haji Ibrahim.

 

Anugerah Henry Dunant Volunteers pula diberikan kepada Dayang Hajah Noor Monasalieana @ Suzie binti Haji Mohd. Salleh.

 

Kesemua penyampaian anugerah disempurnakan oleh tetamu kehormat.

 

Majlis diselajurkan dengan penyerahan BRC Medal of Honor COVID-19 kepada 90 penerima dan penyampaian Friends of BRC kepada rakan korporat persatuan tersebut, iaitu Progresif Sdn. Bhd.; Abdul Razak Holdings Sdn. Bhd.; dan Kumpulan Sukarelawan Malam Minggu Pusat Belia (MMPB).


- Pelita Brunei Online