SERASA, Ahad, 11 Mei. - Sempena Sambutan Hari Palang Merah (Red Cresent) dan Bulan Sabit Merah (Red Cross), Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam dengan kerjasama
Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha
(RIPAS) menganjurkan kempen derma darah, bertempat di Times Square,
Berakas, di sini.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan
Perubatan, Kementerian Kesihatan, Dr. Haji Zulaidi bin Haji Abd Latif.
Dengan adanya kempen seperti ini adalah diharapkan agar dapat
menyumbang kepada simpanan stok darah di Hospital RIPAS yang boleh
menyelamatkan nyawa para pesakit-pesakit yang memerlukannya dengan
menetapkan sasaran kutipan darah sebanyak 100 pain darah.
Turut hadir pada majlis pagi ini ialah,
Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah, Haji Julaini bin Haji Abd Latif,
ahli-ahli persatuan Bulan Sabit Merah dan pegawai serta kakitangan Pusat
Pendermaan Darah.
- via Pelita Brunei Online. Wednesday, 14 May 2014.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan