Waktu Bandar Utama

Ahad, 4 Mei 2014

Ahli PBSM perlu mempunyai komitmen, kesabaran


Oleh:  Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad 


TUTONG, Sabtu, 19 April. - Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Cawangan Daerah Tutong telah mengadakan Malam Gala Penghargaan persatuan berkenaan buat julung kalinya bertempat di Dewan Kemasyarakatan Serambangun, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat, Pegawai Daerah Tutong, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali.

Dalam ucapannya, beliau antara lain menyatakan adalah difahami tugas yang diamanahkan kepada ahli-ahli persatuan bukanlah mudah kerana sebagai seorang ahli persatuan hendaklah mempunyai komitmen, kesabaran dan pengetahuan yang tinggi apatah lagi jika dalam keadaan-keadaan tertentu yang melibatkan bantuan dan menyelamat nyawa seseorang.


fila 3-mkn mlm 190414
PEGAWAI Daerah Tutong, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali ketika berucap semasa Malam Gala Penghargaan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Cawangan Daerah Tutong. (Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman)

"Malam Gala tersebut amat sesuai diadakan lebih-lebih lagi dalam konteks sesebuah pertubuhan dan persatuan untuk mengumpulkan semula kesemua ahli-ahli yang ada sejak penubuhan PBSM di Daerah Tutong dan menghargai jasa serta sumbangan yang pernah dihulurkan dan disumbangkan oleh pegawai-pegawai dan kadet-kadet demi mengaktifkan, meningkatkan dan memajukan persatuan berkenaan," ujarnya.

Majlis diselajurkan dengan penyampaian sijil-sijil kenaikan dan pentauliahan pangkat ahli Sekretariat dan Kadet-Kadet PBSM Cawangan Daerah Tutong 2014, penyampaian anugerah-anugerah penghargaan kepada jabatan-jabatan kerajaan dan penyampaian Anugerah Khas Pegawai PBSM.

fila 1-mkn mlm 190414
 PEGAWAI Daerah Tutong, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali semasa hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut. (Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman)

Acara seumpama ini, tidak syak lagi menggambarkan adanya jalinan kerjasama pihak persatuan dengan agensi-agensi kerajaan, swasta dan NGOs serta sebagai aktiviti anjuran persatuan untuk bergiat dengan lebih aktif juga menghargai sumbangan dan khidmat bakti yang telah diberikan setelah bergiat lama dalam persatuan.

- Pelita Brunei Online - Isnin, 21 April 2014.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan