BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 15 Ogos 2015 - Pada pagi ini Istiadat Barisan Kehormatan Bagi Memperingati Hari Puja Usia Yang Ke-69 KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omarali Saifuddien di sini.
Seperti di tahun-tahun yang sudah, Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam (PBSMNBD) turut menyertai istiadat berkenaan. Seramai 32 ahli PBSMNBD telah menyertai istiadat berkenaan yang diletakkan di bawah Pasukan Pertubuhan Awam berpakaian seragam. Pada tahun ini, perbarisan PBSM NBD sekali lagi diketuai oleh Timbalan Pengarah Daerah Brunei-Muara Pengiran Haji Yura Saiful Bahrin bin Pengiran Haji Yura Laila dan dibantu oleh Pegawai Kadet Dayang Mastura binti Muhamad.
Selain daripada terlibat di dalam barisan kehormatan, ahli-ahli PBSMNBD juga terlibat di dalam memberikan bantuan pertolongan cemas khusus untuk peserta dan pengunjung yang berada di luar Taman dan di sepanjang Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha menuju ke Taman.
PBSMNBD merafa'kan ucapan Daulat Kebawah Duli Patik ke Hadapan Majlis KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta didoakan Semoga Usia Baginda Dilanjutkan Di Dalam Iman dan Taqwa.
KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam membalas tabik semasa Hormat Diraja sejurus keberangkatan tiba baginda. (Sumber Gambar: Infofoto)
Kenderaan Khas membawa KDYMM bagi memeriksa Pasukan Pertubuhan Awam termasuk Pasukan PBSMNBD.
(Sumber gambar: Infofoto)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan