- Oleh: Saerah Haji Abdul Ghani / Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor
- BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 10 Januari. - Pusat Pendermaan Darah dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah hari ini mengadakan Kempen Derma Darah Sempena Hari Sukarelawan Antarabangsa 2016 untuk membantu menambah bekalan darah yang sedia ada di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).Sebanyak 20 pain darah berjaya dikumpul pada kempen berkenaan yang berlangsung di Dewan Bina Diri, Pusat Belia, di sini.Kempen yang bermula pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari itu dikendalikan oleh 10 pegawai dari Pusat Pendermaan Darah yang diketuai oleh Penyelia Simpanan Darah, Awang Haji Iqmal bin Haji Ismail.PEGAWAI Perubatan (kanan) dari Unit Pendermaan Darah, Hospital RIPAS semasa memeriksa seorang penderma.Sebelum menderma darah, para penderma diperiksa dan ditanya beberapa soalan peribadi mengenai kesihatan mereka dan dinasihatkan untuk meminum banyak air serta tidak digalakkan melakukan kerja berat dalam masa 24 jam selepas pendermaan darah.Antara syarat untuk menderma darah ialah setiap individu hendaklah bebas dari selesema, demam panas dan penyakit-penyakit lain pada waktu menderma darah, selain mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 50 kilogram atau 110 paun dan berumur 18 tahun ke atas.Dalam pendekatan bersama beberapa orang para penderma darah, Dayang Normah binti Jurulaki Haji Moksin, 57 tahun, selaku wakil ahli Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam menyatakan, aktiviti kempen menderma darah boleh menjana kehidupan yang lebih sihat.PEMERIKSAAN ujian darah sedang dijalankan ke atas seorang penderma.Beliau yang berasal dari Kampung Perpindahan Lambak Kanan itu seterusnya berkata, ianya juga boleh meningkatkan lagi kesedaran akan kepentingan pembekalan darah yang mencukupi secara berterusan.Bagi Lai jyh yih, 38, yang berasal dari Kampung Salar, Jalan Muara merasa lega dan berpuas hati kerana telah menderma sesuatu yang sangat penting dalam kehidupannya bagi sesiapa yang memerlukan.SEORANG kakitangan dari Unit Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS)
semasa memasang peralatan pendermaan darah.Beliau seterusnya mempelawa lebih ramai lagi penderma-penderma darah yang lain untuk meneruskan amalan ini, di samping menderma dengan penuh sukarela.Secara tidak langsung kempen tersebut mendedahkan penderma kepada aktiviti berbentuk kebajikan ke arah menanamkan sifat dermawan dengan cara menderma darah bagi membantu para pesakit.Pusat Pendermaan Darah Hospital RIPAS juga akan mengadakan kempen derma darah terbuka waktu malam pada hari Khamis, 14 Januari 2016 pukul 7.00 hingga 9.00 malam sebagai salah satu acara bulanan pusat berkenaan bagi memberi peluang orang ramai yang tidak berkesempatan untuk menderma darah pada waktu siang. - - Pelita Brunei Online. Ahad, 10 Januari 2016.
Blog Alternatif Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam
Khamis, 14 Januari 2016
Derma darah sambut Hari Sukarelawan Antarabangsa
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan