Waktu Bandar Utama

Khamis, 14 Januari 2016

Hari Sukarelawan Antarabangsa 2016 dilancarkan

  • Oleh:  Aimi Sani / Foto : Masri Osman
    • MENTERI  Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof menyaksikan aktiviti- aktiviti yang dilaksanakan oleh para sukarelawan sempena Hari Sukarelawan Antarabangsa 2016.
      MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof menyaksikan aktiviti- aktiviti yang dilaksanakan oleh para sukarelawan sempena Hari Sukarelawan Antarabangsa 2016.
      BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 10 Januari. - Di Negara Brunei Darussalam, perkhidmatan sukarela telah lama tertanam malah sering kali dirujuk sebagai salah satu ukuran watak masyarakat, konsep kerjasama dan gotong-royong dalam menjalankan pelbagai aktiviti masyarakat yang merupakan gambaran kewujudan semangat ini.
      Kemajuan menggalakkan bidang kesukarelaan didorong oleh terdapatnya kualiti kepimpinan yang mengajak anggota masyarakat berkhidmat secara sukarela dan berterusan.
      Kerajaan sentiasa menggalakkan penglibatan menyeluruh anggota masyarakat dalam setiap program kemasyarakatan selaras hasrat membangun bersama masyarakat.
      Sehubungan dengan itu, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan (JBS) telah mengadakan Majlis Pelancaran Day of Action (D.O.A) sempena Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa bertempat di Dewan Pusat Belia, ibu negara, di sini.
      Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.
      10012016 MASRI SEKARELAWAN 5
      MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof semasa ditemu bual.
      Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan ketika ditemui berkata, D.O.A ini adalah merupakan salah satu inisiatif murni yang dibuat oleh JBS.
      “Ternyata, pada hakikatnya ialah untuk menyahut Hari Sukarelawan Sedunia yang diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk disambut pada setiap 5 Disember sejak tahun 1985.
      “Alhamdulillah, saya sendiri rasa terharu, berbangga dan gembira dengan sambutan dari berbagai agensi yang ada di negara ini sungguh menggembirakan, di luar dugaan kerana ia pertama diadakan dengan mengambil kira bukan saja di Bandar Seri Begawan, malahan projek ini dilancarkan secara serentak di keempat-empat daerah.
      “Jadinya, satu impak yang baik kepada belia-belia yang sentiasa menceburkan diri dalam usaha kesukarelawan untuk mereka ‘networking’. Selain itu, mereka dapat saling menghubungi dan mereka sudah tahu di mana mereka perlu berhubung kait bagi menyelesaikan satu-satu masalah,” jelas Yang Berhormat.
      10012016 MASRI SEKARELAWAN 2YANG Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan semasa melancarkan Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa 2016 yang berlangsung di Pusat Belia, Bandar Seri Begawan.
      Yang Berhormat seterusnya menambah, dengan adanya ‘networking’ yang sudah dibuat pada hari ini, usaha-usaha lain akan menjadi lebih mudah.
      Kira-kira 1,000 orang sukarelawan terdiri daripada para belia dengan perlaksanaan meluas di seluruh daerah mengikuti aktiviti D.O.A dengan mempertemukan pertubuhan-pertubuhan sukarela menjalankan perkhidmatan sukarela secara besar-besaran.
      Pada D.O.A ini, bidang perkhidmatan sukarela yang diberikan oleh sukarelawan termasuk perkhidmatan sosial secara umum seperti perkhidmatan pendidikan, agama, penghantaran makanan kepada keluarga terpilih, sumbangan peralatan masjid, membersihkan masjid, membersihkan pantai, perkhidmatan kitar semula, membaik pulih rumah dan lain-lain.
      10012016 MASRI 007 SUKARELAWAN
      YANG Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan semasa menyampaikan sumbangan bantuan kepada salah seorang penerima.
      Antara pihak-pihak yang terlibat adalah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah; Majlis Perundingan Kampung Rimba; Majlis Kesejahteraan Masyarakat; Majlis Belia Brunei; Majlis AIDS Brunei; Persatuan Bulan Sabit Merah; Persatuan KESAN; Chevening Alumni; Adison Marketing Services; Borneo Guide; Green Brunei; Green Leaders Camp Alumni; Singapore-Brunei Youth Leadership Exchange Programme Alumni; SCOT; Young Entrepreneurs Association Brunei; SUKA yang dikepalai oleh Pejabat Daerah Belait; Pejabat Daerah Tutong dan Jabatan Pembangunan Masyarakat.
      Pusat Belia sering menjadi tumpuan kepada kumpulan-kumpulan menceburkan diri dalam perkhidmatan sukarela sempena Hari Sukarelawan Sedunia.
      Negara Brunei Darussalam mula menyambut hari tersebut pada tahun 2011.
    • - Pelita Brunei Online. Ahad, 10 Januari 2016.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan