Waktu Bandar Utama

Khamis, 25 April 2019

Projek Ikhlas 11.0 pada 28 April

Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 23 April – Dalam usaha membantu serta meringankan bebanan keluarga yang kurang berkemampuan, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Negara Brunei Darussalam Cawangan Daerah Brunei dan Muara akan mengadakan Projek Ikhlas 11.0 pada 28 April ini.
Menurut PBSM, melalui projek yang diadakan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas bermula pukul 9 pagi hingga 4 petang itu, pihak persatuan mengalu-alukan sumbangan dan mengumpul sumbangan atau sedekah jariah makanan asasi daripada orang ramai sempena kedatangan bulan Ramadan 1440 Hijrah yang akan diagih-agihkan kepada kumpulan asnaf fakir miskin dan asnaf mualaf yang tidak berkemampuan di Daerah Brunei dan Muara.
Kenyataan menyatakan lagi bahawa makanan asasi yang diperlukan seperti beras, gula, minyak masak, tepung, makanan dalam tin, mi segera, biskut, minuman kordial dan barangan makanan lain yang sesuai.
Dalam hubungan itu, orang ramai dialu-alukan untuk sama-sama menyumbangkan bantuan makanan asasi untuk meringankan bebanan dan kesulitan kumpulan asnaf fakir miskin dan asnaf mualaf serta daif yang tidak berkemampuan dalam bulan Ramadan yang mubarak ini.
- Media Permata Online.

Rabu, 20 Februari 2019

Red Crescent Society holds flag-hoisting ceremony

|     James Kon     |
BRUNEI Darussalam Red Crescent Society (BDRCS) held a national flag-hoisting ceremony yesterday in conjunction with Brunei Darussalam’s 35th National Day celebration.
The national flag hoisting ceremony was held at the headquarter of BDRCS in Kampong Anggerek Desa.
President of BDRCS Haji Mohd Suhaimi bin Haji Ibrahim was the guest of honour.
President of BDRCS inspected the line of parade led by Parade Commander Hairul Afandi. The President of BDRCS presented the national flag to Assistant Director of BDRCS Brunei-Muara Branch Mohd Yusi bin Haji Zolkefli.
The flag was hoisted accompanied by the singing of the national anthem.
The guest of honour also handed over the national flag to Commandant of BDRCS Belait District branch Mohammad Nizor Minssu, Director of Tutong District branch Talib bin Budin and representative from Temburong District branch Mohamad Fakri Hafiyuddin bin Sarkawi.
President of BDRCS Haji Mohd Suhaimi bin Haji Ibrahim in a group photo with officials and members of the association during the ceremony. – JAMES KON
- Borneo Bulletin - 

Selasa, 19 Februari 2019

PBSM naikkan bendera negara

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Feb – Bendera Negara Brunei Darussalam mula berkibar megah dengan seluruh rakyat dan penduduk negara bersedia untuk sama-sama meraikan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-35.
Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) turut mengadakan Upacara Menaikkan Bendera Negara Brunei Darussalam di Ibu Pejabat PBSM Negara Brunei Darussalam, Anggerek, hari ini.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Presiden PBSM Negara Brunei Darussalam, Haji Mohd Suhaimi bin Haji Ibrahim yang turut memeriksa perbarisan yang diketuai oleh Pegawai Perbarisan, Awang Hairul Afandi.
Majlis diteruskan dengan penyampaian bendera Negara Brunei Darussalam daripada Haji Mohd Suhaimi kepada Penolong Pengarah Cawangan Brunei Muara, Awang Mohd Yusri bin Haji Zolkefli untuk dinaikkan pada majlis berkenaan dengan diiringi oleh lagu kebangsaan ‘Allah Peliharakan Sultan’.
Pada majlis berkenaan, Haji Mohd Suhaimi turut menyempurnakan penyampaian bendera Negara Brunei Darussalam kepada Komandan Cawangan Kuala Belait, Awang Mohammad Nizor Minssu, Pengarah Cawangan Daerah Tutong, Awang Talib bin Budin dan wakil cawangan Daerah Temburong, Awang Mohamad Fakri Hafiyuddin bin Sarkawi.
- Media Permata Online -

Khamis, 27 Disember 2018

48 ahli PBSM tamat program kepimpinan


Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Dis – Seramai 48 orang ahli Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Negara Brunei Darussalam dari keempat-empat daerah termasuk 10 orang ahli jawatankuasa telah berjaya menamatkan Perkhemahan Kepimpinan Belia Bulan Sabit Merah Cawangan Daerah Brunei dan Muara yang berlangsung selama tiga hari hingga hari ini.
Majlis penutup dan penyampaian sijil serta hadiah telah diadakan di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Sungai Kebun, di ibu negara di mana hadir selaku tetamu kehormat majlis bagi menyempurnakan penyampaian sijil dan hadiah ialah Timbalan Setiausaha Agung Kebangsaan PBSM, Awang Ahmad Akbal Adi Yusa bin Haji Mohd Yusuf.
Perkhemahan yang bermula 22 Disember lalu itu bertujuan untuk melatih para belia PBSM dalam memimpin dan mengetahui secara mendalam tentang pertolongan cemas.
Wakil peserta, Awang Mohd Asrul Akmal Adib bin Zanudin dalam ucapannya antara lain berterima kasih kepada ahli jawatankuasa kerana mendidik mereka menjadi pemimpin yang berguna.
“Dengan adanya perkhemahan ini, kami bukan sahaja belajar menjadi seorang pemimpin, tapi kami juga diajarkan pelbagai ilmu yang amat berguna untuk masa depan dan terutama sekali diajarkan mengenai kerja berpasukan dan bersatu,” tambahnya.

Gambar ramai antara peserta Perkhemahan Kepimpinan Belia Bulan Sabit Merah Cawangan Daerah Brunei dan Muara pada majlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Sungai Kebun.

Pada akhir ucapannya, beliau mengongsikan bahawa mereka berasa amat berpuas hati dan gembira sepanjang perkhemahan tersebut dijalankan.
“Tahniah kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana berjaya menjadi seorang pemimpin yang berguna. Semoga ilmu yang kita perolehi ini amat berguna untuk dunia dan akhirat,” ujarnya lagi.
Pelbagai acara dan aktiviti telah diadakan sepanjang program tersebut berlangsung termasuk Ice Breaking, Teambuilding, FIRST AID Amazing Race Challenge, sembahyang fardu lima waktu, kuliah, senam pagi, kawad dan juga taklimat-taklimat yang berkaitan dengan Bulan Sabit Merah seperti pengenalan PBSM, taklimat kepentingan pertolongan cemas, First Aid Outdoors, mengenali perkhidmatan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam, dan pengenalan asas pertolongan cemas.
- Media Permata Online

Jumaat, 7 Disember 2018

Workshop targets local youth



|     James Kon     |
TEN local youth are taking part in a Youth as Agents of Behavioural Change (YABC) Workshop, being held at the D’Anggerek Serviced Apartment, until December 8.
The six-day event aims to boost the capacity of youth and volunteers involved with the Brunei Darussalam Red Crescent Society (BDRCS) through YABC activities which address issues of gender, diversity, social inclusion and violence.
The workshop was officially launched by Director of the BDRCS Haji Mohd Hilhamd bin Haji Johari yesterday.
Haji Mohd Hilhamd said, “The BDRCS has identified youth engagement as one of the key areas of our work, and it was agreed that the BDRCS will promote youth-led activities such as the YABC training of peer educators and youth in school safety programmes, in collaboration with the relevant ministries and other youth-oriented organisations such as the Ministry of Culture, Youth and Sports.
“This is also in line with the International Federation of the Red Cross and Red Crescent Societies’ (IFRC) proposal, endorsed at the 9th ASEAN Senior Officials’ Meeting on Youth (SOMY) in May 2018, and the Project Cooperation and Funding Agreement made on September 7.”
He advised the participants, “Don’t waste your youth, and use it to your optimum capacity. Irrespective of what you want to become in life, you should never shirk from giving your best of efforts in whatever you do. Our youth have a duty to fulfil, in remaining genuine, honest and capable of upholding good moral values.”
Also present at the launching ceremony was Reema Chopra, a master trainer affiliated with the IFRC.
YABC is IFRCs’ flagship initiative to promote a culture of non-violence and peace (CNV+P). The programme, created in 2008 empowers individuals to take up an ethical leadership role in their community by triggering a process of self-transformation among participants resulting in positive and lasting changes of mindsets, attitudes and behaviours.
Participants during the workshop. – JAMES KON


- Borneo Bulletin Online

Selasa, 4 Disember 2018

60 attend three-day, two-night cadet village

|     Ishan Ibrahim     |
THE three-day, two-night Perkampungan Agung Kadet Sekolah Pasukan Bulan Sabit Merah 2018 was organised by the Department of Co-Curriculum Education at the Ministry of Education (MoE) through its Uniformed and Social Services Unit with cooperation with the School Cadet Development Unit of Brunei Darussalam Red Crescent Society (BDRCS).
The event was held at Bintudoh Green Spring Resort, Kampong Lamunin.
Guest of honour Acting Director of Co-Curriculum Education at the MoE Mohamed Jais bin Haji Abdul Rahman was at the closing ceremony and certificate presentation.
Sixty cadets from the BDRCS School Cadet Team participated in the cadet village.
Guest of honour Acting Director of Co-Curriculum Education at the Ministry of Education Mohamed Jais bin Haji Abdul Rahman in a group photo. – ISHAN IBRAHIM
- Borneo Bulletin Online - 

Ahad, 4 November 2018

Karnival mini sempena ADDM

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Nov – Sempena memperingati Hari Pengurusan Bencana ASEAN (ADDM) 2018, Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) telah menganjurkan karnival mini di Pusat Pelajar, Universiti Brunei Darussalam (UBD), hari ini.
Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan perasmian karnival mini tersebut ialah Pengarah NDMC dan Pemangku Pengarah Bomba dan Penyelamat, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kol (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said.
Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan kerajaan, mahasiswa dan mahasiswi, agensi-agensi berkepentingan daripada sektor kerajaan dan bukan kerajaan termasuk syarikat-syarikat swasta.
NDMC dalam kenyataannya menyatakan, ADDM pada lazimnya diperingati oleh negara-negara anggota ASEAN pada 13 Oktober setiap tahun dengan membawa tema yang berbeza.
Ia bertujuan untuk mewujudkan dan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan mengambil inisiatif pengurangan risiko bencana dalam kehidupan seharian.
Tema sambutan pada tahun ini ialah Mengukuhkan Perkongsian Awam Swasta’ yang menekankan pentingnya jalinan kerjasama atau perkongsian antara pihak kerajaan dan pihak-pihak berkepentingan termasuk sektor swasta dalam usaha mengurus dan mengurangkan risiko bencana.
Sebagai pengisian karnival mini berkenaan, NDMC telah menjemput agensi-agensi berkepentingan daripada sektor kerajaan dan bukan kerajaan untuk menyertai Pameran Perkongsian Awam Swasta (PPP).
Agensi-agensi tersebut ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Takaful Brunei, Insurans Islam TAIB, Perkhidmatan Ambulans Perubatan Kecemasan (EMAS), CAE MPTC, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Persatuan Bulan Sabit Merah Brunei Darussalam, WeCare (Kami Prihatin) BN, Brumedic Enterprise, BT Forwarding Sdn Bhd, Daikyo Industrial Gas Sdn Bhd, AES Engineering Sdn Bhd, Say Cookies, SCG Cafe Loklok, KopiRoti.BN dan Red Bull Brunei.
Selain daripada Pameran PPP, pelbagai aktiviti telah disusun bagi menjayakan dan memeriahkan lagi acara tersebut termasuk pemberigaan aplikasi Safety Guide NDMC, Kaji Selidik Kesedaran Awam, kempen sumbangan Sulawesi, permainan dan kuiz-kuiz berkaitan bencana.
Turut dianjurkan ialah taklimat insurans bertajuk ‘Kepentingan Perlindungan Takaful’ yang menjelaskan tentang kepentingan perlindungan takaful dalam membantu menangani musibah yang tidak dijangka, sama ada melalui pampasan atau tuntutan jika berhadapan dengan risiko situasi yang tidak dijangkakan seperti berlakunya kejadian bencana.
Karnival mini tersebut juga merupakan satu wadah bagi agensi-agensi berkenaan mempromosikan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) masing-masing dari perspektif pengurusan bencana.
- Media Permata Online.