Waktu Bandar Utama

Ahad, 28 Julai 2013

Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja

Oleh:  Abu Bakar Haji Abd. Rahman

PERSATUAN Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam semasa mengadakan Majlis Bertahlil dan Membaca Surah Yaa Siin di Kubah Makam Diraja. (Foto: Muhammad Asri Haji Abas)

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 10 Mei. - Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam pagi tadi mengadakan Majlis Bertahlil dan Membaca Surah Yaa Siin di Kubah Makam Diraja di sini.

Majlis tersebut adalah bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit.

Ianya diadakan sebagai memperingati penubuhan Persatuan Bulan Sabit Merah yang ke-65 tahun di Negara Brunei Darussalam dan memperingati ulang tahun ke-150 tahun penubuhan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa.

Majlis turut dihadiri oleh ahli-ahli persatuan berkenaan dari keempat-empat daerah dan diketuai oleh Setiausaha Agung persatuan tersebut, Awang Haji Julaihi bin Haji Latif.

- Pelita Brunei Online - Sabtu, 11 Mei 2013.
 

BDRCS holds tahlil to mark 65th year

BANDAR SERI BEGAWAN
Saturday, May 11, 2013

MEMBERS of the Brunei Darussalam Red Crescent Society (BDRCS) held a tahlil ceremony in remembrance of Al-Marhum Sultan Hj Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien and Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit yesterday morning at the Royal Mausoleum in Jalan Tutong.

The ceremony was among other religious events held by its members in conjunction with the 65th anniversary of the BDRCS.

Present at the event was BDRCS Secretary General Hj Julaini Hj Abd Latif and several BDRCS members.

Recently, BDRCS also held Maghrib and Isya' mass prayers as well as a recitation of Surah Yaasin and thanksgiving prayer at the Ash-Shaliheen Mosque in the Prime Minister's Office (PMO) Building Complex.

BDRCS programmes and activities are held to equip the youth with trainings in first aid, Red Cross Red Crescent Fundamental principles and organising volunteers in camps.

Brunei's Red Crescent Society was officially recognised by the International Committee of Red Cross (ICRC) on November 6, 1996. May 8 is observed as the International Red Cross and Red Crescent Day. 
 
Sally Piri.
The Brunei Times
 

Red Crescent celebrates 65 years with religious events

Sally Piri
BANDAR SERI BEGAWAN
Thursday, May 9, 2013

MEMBERS of the Brunei Darussalam Red Crescent Society (BDRCS) marked its 65th anniversary with a religious activity at the Ash-Shaliheen Mosque in the Prime Minister's Office (PMO) Building Complex recently.

The event began with Maghrib mass prayer followed by a recitation of Surah Yaasin and thanksgiving prayer.

Members also performed Isyak mass prayer the dinner reception commenced.

Also present during the event was Secretary General of BDRCS Hj Julaini Hj Abd Latif.

Secretary General of BDRCS Hj Julaini Hj Abd Latif attending prayers in celebration of BDRCS 65th anniversary. Picture: BT/Aaron Alwines
 
According to a statement from BDRCS, a tahlil ceremony in remembrance of Al-Marhum Sultan Hj Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien and Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit is scheduled to take place this Friday at 9am at the Royal Mausoleum on Jalan Tutong.

BDRCS programmes and activities are held to equip the youth with trainings in first aid, Red Cross Red Crescent fundamental principles and organising volunteers in camps.

Brunei's Red Crescent Society was officially recognised by the International Committee of Red Cross (ICRC) on November 6, 1996.

May 8 is the International Red Cross and Red Crescent Day.

The Brunei Times

Doa Kesyukuran Persatuan Bulan Sabit Merah

Oleh:  Abu Bakar Haji Abdul Rahman 

BACAAN doa dipimpin oleh imam Masjid Ash Shaliheen , Awang Haji Aslenan bin Haji Metusin (Foto: Muhammad Asri Haji Awang Abas)

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 7 Mei. - Persatuan Bulan Sabit Merah, Negara Brunei Darussalam petang tadi mengadakan Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah, Membaca  Surah Yaa Siin dan Doa Kesyukuran sempena penubuhannya yang  ke-65 tahun.

Majlis yang diadakan di Masjid Ash Shaliheen di sini adalah untuk memperingati ulang tahun penubuhan ke-150 Pertubuhan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa.

Sembahyang berjemaah dan bacaan doa dipimpin oleh imam masjid berkenaan Awang Haji Aslenan bin Haji Metusin.

Antara yang hadir di majlis tersebut Setiausaha Agung Persatuan Bulan Sabit Merah, Awang Haji Julaihi bin Haji Latif berserta Ahli-ahli Majlis Kebangsaan persatuan berkenaan.

- Pelita Brunei Online - Rabu, 8 Mei 2013.
 

Pertubuhan Bulan Sabit Merah diberikan bantuan punyai Pusat Headquaters

Oleh:  Saerah Haji Abdul Ghani 

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 21 Mac. - Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Maharaja Kerna Dato Paduka Seri Awang Haji Yaakub bin Pehin Orang Kaya Maharaja Diraja Dato Paduka Awang Haji Zainal berkata, Pertubuhan Bulan Sabit Merah di antara yang tertua di Negara Brunei Darussalam selain daripada Pengakap dan Pandu Puteri.

Yang Berhormat menjelaskan, pertubuhan ini lebih menjurus ke arah kerja-kerja kemasyarakatan dan sukarelawan serta belia-belia yang mengikuti pertubuhan ini patutlah dipeduli dan diasuh kerana ia merupakan satu pertubuhan yang sihat menjurus kepada kerja-kerja amal berbentuk pertolongan cemas dan rawatan.

Menurut Yang Berhormat, aktiviti yang mereka jalankan ini setentunya boleh menimbulkan minat di kalangan ahlinya ke arah kerja sukarelawan, kejururawatan dan pertubuhan-pertubuhan awam.

Memandangkan pertubuhan ini dianggotai oleh para belia, Yang Berhormat berpendapat mereka ini patut dibantu dalam pelbagai kemudahan seperti menyediakan sebuah bangunan yang bersesuaian dan mempunyai kawasan yang luas dan selesa untuk dijadikan ibu pejabat dan melakukan aktiviti-aktiviti mingguan dan bulanan.

Sementara itu, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah mengulas mengenai perkara tersebut menjelaskan, perkara ini diberikan perhatian sebab pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam juga telah pun memberikan bantuan-bantuan kepada NGOs termasuk Bulan Sabit Merah yang memerlukan bantuan termasuk bantuan untuk mempunyai Pusat Headquaters.

Yang Berhormat juga menambah, mereka adalah disarankan bagi membolehkan dan untuk mereka boleh memohon kepada pihak Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan mengenai dengan kesesuaian mereka untuk mendapatkan bantuan-bantuan yang diberikan kepada NGOs di Negara Brunei Darussalam.

- Pelita Brunei Online - Sabtu, 23 Mac 2013.

Pengenalan Blog

Assalaamu 'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh,
Blogspot pbsmnbd ini diwujudkan sebagai blog alternatif bagi blog bruneiredcrescentsociety yang tidak dapat diakses untuk dikemaskini bagi pemberitahuan aktiviti-aktiviti Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam. Walaubagaimanapun, pengunjung masih masih boleh melayari laman blog berkenaan bagi mendapatkan info-info yang lepas sama ada kegiatan Persatuan ataupun mengetahui rawatan-rawatan kecemasan.

Info-info diperolehi dari media-media seperti Pelita Brunei, Media Permata, Borneo Bulletin, The Brunei Times, Radio Televisyen Brunei dan lain-lain atau diperolehi oleh blogger sendiri yang mana kesemua bahan akan diberikan kredit.

Sekian dari blogger.