Waktu Bandar Utama

Ahad, 28 Julai 2013

Pertubuhan Bulan Sabit Merah diberikan bantuan punyai Pusat Headquaters

Oleh:  Saerah Haji Abdul Ghani 

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 21 Mac. - Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Maharaja Kerna Dato Paduka Seri Awang Haji Yaakub bin Pehin Orang Kaya Maharaja Diraja Dato Paduka Awang Haji Zainal berkata, Pertubuhan Bulan Sabit Merah di antara yang tertua di Negara Brunei Darussalam selain daripada Pengakap dan Pandu Puteri.

Yang Berhormat menjelaskan, pertubuhan ini lebih menjurus ke arah kerja-kerja kemasyarakatan dan sukarelawan serta belia-belia yang mengikuti pertubuhan ini patutlah dipeduli dan diasuh kerana ia merupakan satu pertubuhan yang sihat menjurus kepada kerja-kerja amal berbentuk pertolongan cemas dan rawatan.

Menurut Yang Berhormat, aktiviti yang mereka jalankan ini setentunya boleh menimbulkan minat di kalangan ahlinya ke arah kerja sukarelawan, kejururawatan dan pertubuhan-pertubuhan awam.

Memandangkan pertubuhan ini dianggotai oleh para belia, Yang Berhormat berpendapat mereka ini patut dibantu dalam pelbagai kemudahan seperti menyediakan sebuah bangunan yang bersesuaian dan mempunyai kawasan yang luas dan selesa untuk dijadikan ibu pejabat dan melakukan aktiviti-aktiviti mingguan dan bulanan.

Sementara itu, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah mengulas mengenai perkara tersebut menjelaskan, perkara ini diberikan perhatian sebab pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam juga telah pun memberikan bantuan-bantuan kepada NGOs termasuk Bulan Sabit Merah yang memerlukan bantuan termasuk bantuan untuk mempunyai Pusat Headquaters.

Yang Berhormat juga menambah, mereka adalah disarankan bagi membolehkan dan untuk mereka boleh memohon kepada pihak Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan mengenai dengan kesesuaian mereka untuk mendapatkan bantuan-bantuan yang diberikan kepada NGOs di Negara Brunei Darussalam.

- Pelita Brunei Online - Sabtu, 23 Mac 2013.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan