Waktu Bandar Utama

Ahad, 28 Julai 2013

Doa Kesyukuran Persatuan Bulan Sabit Merah

Oleh:  Abu Bakar Haji Abdul Rahman 

BACAAN doa dipimpin oleh imam Masjid Ash Shaliheen , Awang Haji Aslenan bin Haji Metusin (Foto: Muhammad Asri Haji Awang Abas)

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 7 Mei. - Persatuan Bulan Sabit Merah, Negara Brunei Darussalam petang tadi mengadakan Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah, Membaca  Surah Yaa Siin dan Doa Kesyukuran sempena penubuhannya yang  ke-65 tahun.

Majlis yang diadakan di Masjid Ash Shaliheen di sini adalah untuk memperingati ulang tahun penubuhan ke-150 Pertubuhan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa.

Sembahyang berjemaah dan bacaan doa dipimpin oleh imam masjid berkenaan Awang Haji Aslenan bin Haji Metusin.

Antara yang hadir di majlis tersebut Setiausaha Agung Persatuan Bulan Sabit Merah, Awang Haji Julaihi bin Haji Latif berserta Ahli-ahli Majlis Kebangsaan persatuan berkenaan.

- Pelita Brunei Online - Rabu, 8 Mei 2013.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan