PENGHULU
Mukim Seria, Awang Haji Jamail bin Haji Linap bersama ahli-ahli PBSM
dan warga emas Mukim Seria ketika menghadiri Aktiviti Sihat bersama
warga emas. (Foto : Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli)
SERIA, Jumaat, 15 Februari. - Atas dasar pemedulian
terhadap warga emas, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dan
Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Cawangan Daerah Belait telah
menganjurkan Aktiviti Sihat bersama warga emas.
Aktiviti Sihat kali
kedua diadakan pada tahun ini disertai oleh 50 warga emas yang tinggal
di Mukim Seria yang diadakan di Dewan Pejabat Daerah, di sini.
Turut
hadir Penghulu Mukim Seria, Awang Haji Jamail bin Haji Linap, Ketua
Cawangan JAPEM Belait, Dayang Noridah binti Haji Ishak dan Pengerusi
PBSM Cawangan Daerah Belait, Chai Yum Fatt serta pegawai-pegawai JAPEM,
ahli-ahli PBSM dan ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim (MPM) Seria.
Aktiviti
Sihat diadakan berperingkat-peringkat di kesemua mukim dan kampung di
Daerah Belait dan pertama kali diadakan di Mukim Belait di Dewan
Kemasyarakatan Kampung Pandan pada 7 Jun tahun lepas dengan tujuan bagi
mengeratkan silaturahim sesama warga emas dan masyarakat di Daerah
Belait.
Objektif aktiviti itu juga bagi mengamalkan aktiviti-aktiviti
sihat meliputi sihat dari segi fizikal dan mental di semua peringkat
usia serta meningkatkan lagi penglibatan warga emas dalam aktiviti
masyarakat dan menyemai sikap keprihatinan serta pemedulian pihak
swasta, NGO dan persatuan-persatuan yang berkenaan terhadap warga emas.
Di
antara aktiviti-aktiviti yang diadakan termasuk senaman ringan,
taklimat pemakanan sihat bagi warga emas yang disampaikan oleh Pegawai
Pelajaran Kesihatan, Siti Munawarrah binti Awang Tarif selaku Pegawai
Pemakanan dari Pusat Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan dan taklimat
serta tunjuk ajar pertolongan cemas yang disampaikan oleh Setiausaha
PBSM Cawangan Daerah Belait, Awang Haji Ismail bin Kassim yang juga
selaku Timbalan Pengerusi majlis tersebut, aktiviti bersama warga emas
dan sesi sembang-sembang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan