Waktu Bandar Utama

Isnin, 5 Jun 2017

PBSM anjur majlis perhimpunan agung

Oleh Siti Nur Wasimah S.
BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Mei – Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Negara Brunei Darussalam telah mengadakan Majlis Perhimpunan Agung Kebangsaan Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia 2017 yang membawa tema ‘The Power of Humanity’ yang telah berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, di ibu negara.
Majlis Perhimpunan pagi tadi itu dimulakan dengan perarakan masuk ahli-ahli PBSM ke taman berkenaan yang disusuli dengan bacaan ikrar dan pentauliahan pangkat kepada para ahli yang disempurnakan oleh Setiausaha Agung PBSM, Sheikh Haji Abdul Kadir bin Abdullah.
Perhimpunan berkenaan turut dimuatkan dengan beberapa aktiviti PBSM seperti pertolongan cemas dan pemeriksaan kesihatan dan pengurangan risiko bencana dan bantuan pemulihan tindak balas.
Acara pentauliahan pangkat kepada para ahli yang terlibat.

Sempena sambutan ini juga, PBSM petang tadi telah mengadakan Majlis Pelancaran Persatuan Belia Bulan Sabit Merah yang berlangsung di Perkampungan Sukan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
Setiap tahun, di seluruh dunia, Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa mencatatkan lebih 160 juta ahli melalui rangkaian sekitar 17 juta sukarelawan dan 450,000 kakitangan.
Persatuan belia ini bertujuan memupuk pemimpin masa depan sebagai Kepimpinan Nexgen Bulan Sabit Merah Brunei Darussalam pada 2010-2035.
- Media Permata. Isnin. 08 Mei 2017M.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan