BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Mac – Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)
Negara Brunei Darussalam telah mengakhiri Kem Cabaran Belia Kebangsaan
‘Lencana Henry Dunant 2016’ dengan jayanya hari ini.
Perkhemahan dihadiri 145 orang ahli PBSM dari 10 buah sekolah di
seluruh negara itu juga mendapat pengiktirafan daripada Persekutuan
Palang Merah Antarabangsa (IFRC) sebagai kem cabaran terbesar dianjurkan
di Asia Pasifik bagi merebut Lencana Henry Dunant yang mencabar itu.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis penutup perkhemahan yang diadakan
di Taman Peranginan Tasik Sarubing, Kampung Belimbing, Sungai Akar itu
ialah Presiden PBSM Negara Brunei Darussalam, Haji Ismail bin Kassim.
Pengarah Komunikasi dan Perhubungan Awam, PBSM, Awang Faizal bin
Gurie ketika ditemu bual berkata, kem cabaran selama empat hari itu
melibatkan ujian ketahanan mental dan fizikal.
Tetamu kehormat memeriksa perbarisan anggota PBSM.
Tetamu kehormat menyampaikan lencana juara kepada peserta Mahad Islam Brunei.
Tetamu kehormat menyampaikan lencana kepada peserta dari pasukan naib juara.Awang Faizal menunjukkan Lencana Henry Dunant yang menjadi rebutan.
Antara kandungan perkhemahan sehari yang dianjurkan dengan kerjasama
Majlis Perundingan Kampung Belimbing itu termasuk mengajar para peserta
mengenai pertolongan cemas, perubahan cuaca dan latihan halangan ala
ketenteraan bagi merebut Lencana Henry Dunant yang diiktiraf oleh IFRC
yang berpangkalan di Geneva, Switzerland.
Beliau berkata, ahli PBSM sekolah perlu melalui proses pemilihan
untuk menjadi wakil di peringkat daerah dan seterusnya kebangsaan, bagi
pemilihan seterusnya untuk mewakili negara di perkhemahan PBSM SeBorneo
pada Disember 2016.
Pada majlis penutup itu juara Kumpulan Terbaik Cabaran Belia Lencana
Henry Dunant diraih oleh Pasukan Action 5 dari Mahad Islam Brunei,
Tutong, manakala tempat kedua disandang oleh Pasukan RC Sejun dari
Sekolah Menengah Rimba dan tempat ketiga ialah Pasukan Neon Tree dari
Sekolah Menengah Sufri Bolkiah, Tutong.
BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Feb – Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Negara Brunei Darussalam Kebangsaan akan menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan ke-6 dan Pemilihan Jawatankuasa Majlis Kebangsaan Dwi Tahunan bagi Tahun 2016 hingga 2018, di Dewan Kuliah, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
Mesyuarat yang akan diadakan pada 6 Mac jam 8:30 pagi itu, dijangka akan dihadiri oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Teknikal), di Kementerian Kesihatan, Dr. Hajah Maslina binti Haji Mohsin, selaku wakil peribadi Yang Berhormat Menteri Kesihatan.
Dalam kenyataan yang diterima, di sini, tujuan mesyuarat itu adalah bersesuaian dengan hala tuju Kertas Putih 2018-2020 persatuan itu untuk melibatkan pemimpin belia menjadi barisan kepimpinan pada peringkat kebangsaan yang akan dengan sendirinya merubah pola jentera pentadbiran Lembaga Eksekutif Kebangsaan yang bertanggungjawab dalam mencorakkan kegiatan dan aktiviti sepanjang tahun 2016 sehingga 2018 nanti.
Pada tahun ini, ahli-ahli berdaftar dari semua peringkat cawangan daerah masing-masing juga berpeluang untuk memilih calon pemimpin dan pemilihan pucuk pemimpin menerusi Mesyuarat Agung peringkat cawangan Daerah Brunei dan Muara, Tutong, Belait dan Temburong yang diadakan di setiap daerah semenjak bulan Disember yang lalu.
Bersempena dengan majlis itu juga, PBSM cawangan Daerah Brunei dan Muara akan menganjurkan gerai jualan amal di kawasan letak kereta VVIP Stadium Negara Hassanal Bolkiah dengan tujuan untuk menjana dana bagi mengisi tabung kemanusiaan persatuan berkenaan.
Sehubungan dengan itu, semua pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan ahli-ahli serta pegawai dan ahli kadet sekolah, sukarelawan dan juga orang ramai yang berminat dalam pergerakan Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam adalah dialu-alukan hadir pada majlis itu nanti.
Bagi maklumat lanjut, orang ramai yang berminat bolehlah menghubungi Ketua Pegawai Perhubungan Kebangsaan, Awang Faizal Gurie di talian 8985788.
BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jan – Ribuan belia di keempat-empat daerah, hari ini, keluar bersama-sama melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan dalam acara penuh bermakna dan simbolik iaitu Day Of Action (D.O.A), yang diadakan buat kali pertama secara besar-besaran.
Pelancaran kempen sempena Hari Sukarelawan Antarabangsa, yang disambut setiap 5 Disember sejak 1985, itu telah disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof di Pusat Belia di ibu negara.
Dalam temu bual bersama media, Yang Berhormat Pehin gembira dengan sambutan daripada pelbagai agensi dan penyumbang, “malah ia telah melebihi jangkaan kami walaupun kali pertama diadakan. Kita telah menyaksikan sokongan padu daripada keempat-empat daerah.
“Ia adalah kesan yang baik kepada pemuda yang mahu sentiasa terlibat dalam bidang sukarelawan, dengan rangkaian yang dipelajari hari ini, usaha-usaha mereka untuk sampai kepada golongan yang memerlukan akan menjadi lebih mudah, kerana masih ramai pihak yang memerlukan bantuan,” ujar Yang Berhormat Pehin.
Menurut beliau, pelbagai agensi yang terlibat mempunyai banyak pengalaman dalam program bantuan dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) akan terus memberi bantuan kepada agensi-agensi ini dalam segi bantuan dan penyelarasan.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi melancarkan Program D.O.A di Pusat Belia, semalam.
Kempen D.O.A yang telah dimulakan oleh Jabatan Belia dan Sukan menyaksikan ribuan penyertaan belia di seluruh negara yang bertujuan menggalakkan semangat sukarelawan melalui aktiviti-aktiviti pembangunan masyarakat.
Antara yang terlibat adalah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan), Majlis Perundingan Kampung Rimba, Majlis Kesejahteraan Masyarakat, Majlis Belia Brunei, Majlis AIDS Brunei, Persatuan Bulan Sabit Merah, Persatuan KESAN, Chevening Alumni, Adison Marketing Services, Borneo Guide, Green Brunei, Green Leaders Camp Alumni, Singapore-Brunei Youth Leadership Exchange Programme Alumni, SCOT, Young Entrepreneurs Association Brunei, SUKA dan dikepalai oleh Pejabat Daerah Belait, Pejabat Daerah Tutong dan Jabatan Pembangunan Masyarakat.
Dalam temu bual itu, Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi turut menyatakan bahawa program ini merupakan satu impak yang baik kepada golongan belia yang sentiasa menceburkan diri dalam khidmat sukarelawan supaya saling menghubungi dan mengetahui di mana mereka jika perlu menyelesaikan sesuatu masalah.
“Dengan adanya rangkaian kerja yang sudah ada pada hari ini, usaha-usaha lain pun akan lebih mudah kerana masih banyak juga pihak-pihak yang memerlukan bantuan. Jadi lebih senang para penderma mengumpulkan barangan dan mengagih-agihkan kepada golongan sasar,” jelas Yang Berhormat Pehin.
Sementara itu, Setiausaha Agung Majlis Belia Brunei, Awang Zefri Ariff bin Mohd Zain Ariff ketika ditemui pula berkata, kegiatan hari ini menentukan usaha daripada pelbagai sektor dan juga pelbagai kegiatan sinergi yang melibatkan seluruh daerah dengan kegiatan-kegiatan yang bervariasi.
“Ada yang berbentuk kebajikan, ada yang berbentuk kebersihan, ada berbentuk bantuan makanan dan sebagainya. Jadi, kegiatan ini merupakan satu kegiatan yang sangat bagus dan perlu disertai ramai lagi, bukan sahaja peringkat belia tetapi keseluruhan komuniti kerana sukarelawan tidak melihat usia, tidak melihat bangsa, melihat pangkat dan melihat agama. Ia adalah satu kegiatan komuniti yang akan dapat membangunkan ummah, negara dan bangsa.
“Apa yang diharapkan daripada kegiatan pada hari ini ialah ia dapat diteruskan pada bila-bila, tidak hanya pada hari sambutan yang berkaitan tetapi perlu diadakan setiap hari, setiap minggu, setiap bulan dan sepanjang tahun,” tekan beliau.
Bagi Majlis Belia Brunei, jelas beliau, mereka mengungkayahkan projek yang dinamakan ‘Kempen Kebersihan Masjid’ dengan memberikan keutamaan kepada tandas, saliran, longkang dan kawasan taman, dan ini melibatkan beberapa buah persatuan belia gabungan di seluruh daerah yang berada di kawasan zon komuniti masjid yang terpilih.
“Ia juga akan melibatkan majlis takmir masjid, belia masjid dan juga majlis perundingan kampung. Jadi, ada rakan sinergi yang kami libatkan yang ada di parameter zon masjid yang terpilih.
“Hasrat ini sebenarnya adalah untuk menggerakkan orang ramai untuk menjaga kebersihan dan juga menghargai apa saja kelengkapan dan juga prasarana yang telah tersedia di masjid agar ia dipelihara sebagai milik bersama,” kata Awang Zefri.
Sarjan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Dayang Nurul Azimah binti Awang Idris ketika ditemui pula menjelaskan, dalam kempen ini, PBSM mengadakan klinik statik dan juga kempen menderma darah hasil kerjasama dengan Kementerian Kesihatan, untuk mengumpulkan 100 pain darah agar dapat menolong sesiapa sahaja yang memerlukan.
Tambah beliau lagi, mereka juga mengadakan pameran mengenai sejarah PBSM, prinsip persatuan dan juga akademik dan aktiviti yang telah mereka lakukan sejak awal tahun ini.
THE Red Crescent Society’s Belait District branch recently held its annual general meeting (AGM) where youth leaders were elected in hopes of moulding youth as the future leaders in the Brunei Darussalam Red Crescent Society.
Nurul Raihah Syazana Syukriah @ Diana binti Abdul Rahim was elected as the female youth leader while Awangku Muhd Amiruddin bin Pengiran Jafaroddin was elected as the male youth officer for the society’s Belait District branch.
The election of youth leader was the first of its kind and is in line with the proposed white paper of Brunei Darussalam Red Crescent Society to provide an update on the establishment of youth as the future leaders, to ensure leadership succession.
Harris bin Abdul Latip was elected as the district director while Haji Bidin bin Haji Che Drahman was elected as the assistant district director. The chairperson elected was Ismail bin Kassim.
Md Nizar bin Minggu was elected as the commandant. On hand to witness the election was Sheikh Haji Abdul Kadir bin Abdullah, the Secretary-General of Brunei Darussalam Red Crescent Society and other officials.
The annual general meeting of the Red Crescent Society’s Belait District branch. – JAMES KON
THE Brunei Darussalam Red Crescent Society's (BDRCS) Belait branch recently elected its first youth leaders in a bid to move the society forward and ensure future leadership succession.
BDRCS Belait’s assistant director Mohd Mustaqim Hj Mustafa said the election of a male and female youth leader last week coincides with the establishment of a dedicated youth bureau for its Belait branch, who will be groomed by the executive committee to be future leaders.
“At our recent annual general meeting (for Belait), the executive committee made the move to set up a youth bureau to inject more energy to push and develop new initiatives while also ensuring there will be well-trained individuals to lead the society in the future,” he said.
The assistant director was speaking on the sidelines of a charity run at Sayydina Ali Secondary School last weekend.
Nurul Raihah Syazana Syukriah @ Diana Abdul Rahim was elected as the female youth leader and Ak Muhd Amiruddin Pengiran Jafaroddin as the male leader.
BDRCS Belait assistant director Mohd Mustaqim Hj Mustafa (2nd R) with co-leader of youth bureau Diana Abdul Rahim (2nd L) pose for a picture after helping out with first aid during a charity run. Picture: BT/Aaron Wong
The assistant director said Belait's youth bureau was also tasked with raising the profile of the humanitarian non-governmental organisation in the district, by attracting more members who can increase their ability to extend aid.
“We are hoping that with the establishment of the bureau, which follows the lead of BDRCS in Bandar, we can recruit members and play a part in expanding local youth’s minds to be of service to their community,” he said.
BDRCS Belait currently has 70 active youth, which the executive committee and the bureau wants to increase to at least 100.
Aside from annual obligations to assist paramedics from the Ministry of Health in providing first aid during national observance and commemorative days, the society plans to hold cleaning campaigns and charity fundraising.
Internally, the society will have regular meetings and training to make sure their first-aid skills stay sharp, with outgoing executive committee members also playing a special advisory role to the youth bureau.
Three schools in Belait currently have BDRCS cadet groups; Sayydina Ali Secondary School, Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah Secondary School and Anthony Abell College.
Oleh: Saerah Haji Abdul Ghani / Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 10 Januari. - Pusat Pendermaan Darah dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah hari ini mengadakan Kempen Derma Darah Sempena Hari Sukarelawan Antarabangsa 2016 untuk membantu menambah bekalan darah yang sedia ada di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).
Sebanyak 20 pain darah berjaya dikumpul pada kempen berkenaan yang berlangsung di Dewan Bina Diri, Pusat Belia, di sini.
Kempen yang bermula pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari itu dikendalikan oleh 10 pegawai dari Pusat Pendermaan Darah yang diketuai oleh Penyelia Simpanan Darah, Awang Haji Iqmal bin Haji Ismail.
PEGAWAI Perubatan (kanan) dari Unit Pendermaan Darah, Hospital RIPAS semasa memeriksa seorang penderma.
Sebelum menderma darah, para penderma diperiksa dan ditanya beberapa soalan peribadi mengenai kesihatan mereka dan dinasihatkan untuk meminum banyak air serta tidak digalakkan melakukan kerja berat dalam masa 24 jam selepas pendermaan darah.
Antara syarat untuk menderma darah ialah setiap individu hendaklah bebas dari selesema, demam panas dan penyakit-penyakit lain pada waktu menderma darah, selain mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 50 kilogram atau 110 paun dan berumur 18 tahun ke atas.
Dalam pendekatan bersama beberapa orang para penderma darah, Dayang Normah binti Jurulaki Haji Moksin, 57 tahun, selaku wakil ahli Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam menyatakan, aktiviti kempen menderma darah boleh menjana kehidupan yang lebih sihat.
PEMERIKSAAN ujian darah sedang dijalankan ke atas seorang penderma.
Beliau yang berasal dari Kampung Perpindahan Lambak Kanan itu seterusnya berkata, ianya juga boleh meningkatkan lagi kesedaran akan kepentingan pembekalan darah yang mencukupi secara berterusan.
Bagi Lai jyh yih, 38, yang berasal dari Kampung Salar, Jalan Muara merasa lega dan berpuas hati kerana telah menderma sesuatu yang sangat penting dalam kehidupannya bagi sesiapa yang memerlukan.
SEORANG kakitangan dari Unit Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) semasa memasang peralatan pendermaan darah.
Beliau seterusnya mempelawa lebih ramai lagi penderma-penderma darah yang lain untuk meneruskan amalan ini, di samping menderma dengan penuh sukarela.
Secara tidak langsung kempen tersebut mendedahkan penderma kepada aktiviti berbentuk kebajikan ke arah menanamkan sifat dermawan dengan cara menderma darah bagi membantu para pesakit.
Pusat Pendermaan Darah Hospital RIPAS juga akan mengadakan kempen derma darah terbuka waktu malam pada hari Khamis, 14 Januari 2016 pukul 7.00 hingga 9.00 malam sebagai salah satu acara bulanan pusat berkenaan bagi memberi peluang orang ramai yang tidak berkesempatan untuk menderma darah pada waktu siang.
MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof menyaksikan aktiviti- aktiviti yang dilaksanakan oleh para sukarelawan sempena Hari Sukarelawan Antarabangsa 2016.
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 10 Januari. - Di Negara Brunei Darussalam, perkhidmatan sukarela telah lama tertanam malah sering kali dirujuk sebagai salah satu ukuran watak masyarakat, konsep kerjasama dan gotong-royong dalam menjalankan pelbagai aktiviti masyarakat yang merupakan gambaran kewujudan semangat ini.
Kemajuan menggalakkan bidang kesukarelaan didorong oleh terdapatnya kualiti kepimpinan yang mengajak anggota masyarakat berkhidmat secara sukarela dan berterusan.
Kerajaan sentiasa menggalakkan penglibatan menyeluruh anggota masyarakat dalam setiap program kemasyarakatan selaras hasrat membangun bersama masyarakat.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan (JBS) telah mengadakan Majlis Pelancaran Day of Action (D.O.A) sempena Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa bertempat di Dewan Pusat Belia, ibu negara, di sini.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.
MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof semasa ditemu bual.
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan ketika ditemui berkata, D.O.A ini adalah merupakan salah satu inisiatif murni yang dibuat oleh JBS.
“Ternyata, pada hakikatnya ialah untuk menyahut Hari Sukarelawan Sedunia yang diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk disambut pada setiap 5 Disember sejak tahun 1985.
“Alhamdulillah, saya sendiri rasa terharu, berbangga dan gembira dengan sambutan dari berbagai agensi yang ada di negara ini sungguh menggembirakan, di luar dugaan kerana ia pertama diadakan dengan mengambil kira bukan saja di Bandar Seri Begawan, malahan projek ini dilancarkan secara serentak di keempat-empat daerah.
“Jadinya, satu impak yang baik kepada belia-belia yang sentiasa menceburkan diri dalam usaha kesukarelawan untuk mereka ‘networking’. Selain itu, mereka dapat saling menghubungi dan mereka sudah tahu di mana mereka perlu berhubung kait bagi menyelesaikan satu-satu masalah,” jelas Yang Berhormat.
YANG Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan semasa melancarkan Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa 2016 yang berlangsung di Pusat Belia, Bandar Seri Begawan.
Yang Berhormat seterusnya menambah, dengan adanya ‘networking’ yang sudah dibuat pada hari ini, usaha-usaha lain akan menjadi lebih mudah.
Kira-kira 1,000 orang sukarelawan terdiri daripada para belia dengan perlaksanaan meluas di seluruh daerah mengikuti aktiviti D.O.A dengan mempertemukan pertubuhan-pertubuhan sukarela menjalankan perkhidmatan sukarela secara besar-besaran.
Pada D.O.A ini, bidang perkhidmatan sukarela yang diberikan oleh sukarelawan termasuk perkhidmatan sosial secara umum seperti perkhidmatan pendidikan, agama, penghantaran makanan kepada keluarga terpilih, sumbangan peralatan masjid, membersihkan masjid, membersihkan pantai, perkhidmatan kitar semula, membaik pulih rumah dan lain-lain.
YANG Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan semasa menyampaikan sumbangan bantuan kepada salah seorang penerima.
Antara pihak-pihak yang terlibat adalah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah; Majlis Perundingan Kampung Rimba; Majlis Kesejahteraan Masyarakat; Majlis Belia Brunei; Majlis AIDS Brunei; Persatuan Bulan Sabit Merah; Persatuan KESAN; Chevening Alumni; Adison Marketing Services; Borneo Guide; Green Brunei; Green Leaders Camp Alumni; Singapore-Brunei Youth Leadership Exchange Programme Alumni; SCOT; Young Entrepreneurs Association Brunei; SUKA yang dikepalai oleh Pejabat Daerah Belait; Pejabat Daerah Tutong dan Jabatan Pembangunan Masyarakat.
Pusat Belia sering menjadi tumpuan kepada kumpulan-kumpulan menceburkan diri dalam perkhidmatan sukarela sempena Hari Sukarelawan Sedunia.
Negara Brunei Darussalam mula menyambut hari tersebut pada tahun 2011.