Waktu Bandar Utama

Jumaat, 6 September 2013

PBSM giat atur perubahan

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Ogos – Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam (PBSM) sedang giat dalam usaha menstrukturkan semula Piagam Persatuan dan melaksanakan pelan transformasi dengan fokus utama untuk menggiatkan lagi kerja-kerja kemanusiaan dalam kalangan ahli belia di peringkat sekolah dan sukarelawan.

Perubahan itu adalah strategi awal dalam hasrat utama PBSM untuk mengalih pandangan umum terhadap persatuan itu yang tidak hanya semata-mata sebuah persatuan yang memberikan perkhidmatan pertolongan cemas pada waktu keramaian dan kesukanan saja, malah sebuah persatuan bukan kerajaan yang berkanun dan diiktiraf di peringkat serantau dan antarabangsa.

Pengumuman itu dibuat Presiden PBSM Kebangsaan, Datin Hajah Siti Hajar binti POKSS DP Haji Mohd Yussof ketika berucap pada majlis membaca doa kesyukuran sempena bermulanya operasi di Ibu Pejabat Kebangsaan PBSM yang baru di Anggerik Desa yang diadakan serentak dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri.


Awang Haji Abd Malik menyerahkan replika anak kunci Ibu Pejabat PBSM kepada Datin Hajah Siti Hajar.



Sebahagian daripada ahli PBSM dari cawangan seluruh negara yang hadir pada majlis itu.

Hadir sebagai tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Awang Haji Abdul Malik bin Haji Muhammad dan turut hadir ialah Pengerusi PBSM cawangan Daerah Brunei dan Muara, Awang Haji Murni bin Haji Awang Damit.

“PBSM juga berhasrat untuk lebih menitikberatkan lagi usaha memberikan sokongan dan kerjasama kepada sektor kerajaan, sektor awam dan swasta dengan menyediakan platform perkhidmatan bantuan pertolongan cemas dan respons darurat dari semasa ke semasa,” ujar beliau.

Menurutnya, sebagai ahli yang ke-170 kepada The International Federation of Red Cross And Red Crescent Societies (IFRCS), PBSM Negara Brunei Darussalam mempunyai komitmen di peringkat serantau dan antarabangsa dalam menangani program pengurusan bencana dan program bantuan kemanusiaan yang lain.

Katanya, ke arah cita-cita itu PBSM sedang membuat penumpuan dalam meningkatkan kemampuan ahli-ahlinya melalui pelbagai program pembangunan keupayaan.

Di samping itu, PBSM bersama dengan pihak ICRC juga pada masa ini sedang meningkatkan penyusunan program latihan dalam bidang EHI (Meneroka Undang-undang Kemanusiaan) dengan hasrat untuk melahirkan pasukan yang dianggotai oleh ahli-ahli, terutama golongan belia, yang cintakan kedamaian, prihatin serta mempunyai nilai kemanusiaan yang sentiasa siap siaga memberikan bantuan kepada pihak yang sakit dan menderita, membantu jiran tetangga serta masyarakat sekeliling.

Datin Hajah Siti Hajar seterusnya menjelaskan, melalui Pelan Bertindak Jangka Panjang PBSM juga berhasrat untuk menubuhkan skuad sukarelawan yang tidak bergantung semata-mata kepada ahli-ahli unit sekolah-sekolah dalam menyediakan perkhidmatan pertolongan cemas dan darurat bencana.

Ujarnya, dengan bantuan khidmat pakar dari International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies (IFRC), beberapa Program Latihan Pertolongan Cemas secara profesional menerusi penubuhan Pusat Latihan Bulan Sabit Merah yang dapat menyediakan infrastruktur Latihan Pertolongan Cemas secara aktif dan berkesan, profesional dan diiktiraf dengan persijilan di peringkat kebangsaan dan serantau.

Beliau yang juga mewakili seluruh warga PBSM mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada kerajaan melalui Jabatan Belia dan Sukan atas sokongan dan bantuan yang sentiasa dihulurkan kepada PBSM alam melaksanakan program kegiatan persatuan, yang antara nya menghadiri mesyuarat dan persidangan peringkat serantau dan antarabangsa.

Ucapan beliau disusuli dengan upacara menyerahkan replika anak kunci bagi Unit Ibu Pejabat PBSM yang baru oleh Tetamu kehormat kepada Datin Hajah Siti Hajar yang kemudiannya disambut dengan majlis berzikir oleh ahli PBSM Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit (SUAM RIPAD).

Majlis itu dihadiri lebih 60 orang yang terdiri daripada pengarah dan pengawas PBSM dari seluruh negara dan perwakilan dari Persatuan Pandu Puteri Negara Brunei Darussalam.
  
- Media Permata Online - Sabtu, 24 Ogos 2013.
 

PBSM berpindah ke Ibu Pejabat baru

Oleh:  Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim 



PEMANGKU Pengarah Belia dan Sukan, Awang Haji Abdul Malik bin Haji Mohammad (dua dari kiri) semasa hadir selaku tetamu kehormat di Majlis Doa Kesyukuran di Ibu Pejabat PBSM yang baru di Berakas. (Foto: Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman)

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 23 Ogos. - Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Kebangsaan, Negara Brunei Darussalam, petang tadi mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena berpindah ke ibu pejabat baru persatuan berkenaan di Blok ‘C’, Tingkat 3, Simpang 32-5, Bangunan Anggerek Desa, Berakas, di sini.

Majlis yang diadakan di Ibu Pejabat PBSM yang baru itu dihadiri oleh Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Awang Haji Abdul Malik bin Haji Mohammad, selaku tetamu kehormat majlis.

Terdahulu, majlis bermula dengan bacaan Surah Al Faatihah beramai-ramai dipimpin oleh Pegawai Ugama PBSM Kebangsaan, Awang Haji Shahminan bin Awang Haji Tengah, diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Presiden PBSM Kebangsaan, Datin Hajah Siti Hajar binti POKSS Dato Paduka Haji Mohd. Yussof.

Dalam majlis itu, tetamu kehormat juga menyempurnakan penyerahan anak kunci ibu pejabat baru persatuan itu kepada Presiden PBSM Kebangsaan.

Majlis dihadiri oleh Ahli-ahli Majlis Kebangsaan persatuan berkenaan.

PBSM Negara Brunei Darussalam ditubuhkan pada tahun 1948 dengan dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Negeri Brunei (PPMNB).

Dengan diasaskan oleh Al-Marhum Pengiran Temenggong Sahibul Bahar bin Pengiran Haji Mohammed, penubuhan persatuan berkenaan adalah bagi menyokong salah satu keputusan Persidangan Perubatan di Cannes, Perancis yang bersidang pada 5 Mei 1918 dan menyeru agar lebih banyak Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah ditubuhkan di seluruh dunia.

PPMNB telah diiktiraf di dalam Perlembagaan Negeri Brunei 1959 yang mana pada tahun 1977, ianya diterima menjadi ahli yang ke-170 di Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC).

Setelah berada di bawah seliaan Persatuan Palang Merah British (British Red Cross Society) sehingga tahun 1984, PBSM terpisah dari seliaan Palang Merah British setelah Negara Brunei Darussalam merdeka daripada naungan British dan  pada tahun 1991.

Persatuan berkenaan didaftarkan secara rasmi di bawah Seksyen 83 (3) Akta Pertubuhan-Pertubuhan sebagai sebuah bantuan sukarela yang tertakluk di bawah syarat-syarat Konvensyen Geneva.

Pada 6 November 1996, PBSM diterima sebagai ahli yang ke-170 dalam Jawatankuasa Antarabangsa Palang/Bulan Sabit Merah (ICRC).

- Pelita Brunei Online

 

Ahad, 11 Ogos 2013

Aktiviti Sihat peduli warga emas

Oleh:  Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli

 PENGHULU Mukim Seria, Awang Haji Jamail bin Haji Linap bersama ahli-ahli PBSM dan warga emas Mukim Seria ketika menghadiri Aktiviti Sihat bersama warga emas. (Foto : Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli)

SERIA, Jumaat, 15 Februari. - Atas dasar pemedulian terhadap warga emas, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Cawangan Daerah Belait telah menganjurkan Aktiviti Sihat bersama warga emas.
 
Aktiviti Sihat kali kedua diadakan pada tahun ini disertai oleh 50 warga emas yang tinggal di Mukim Seria yang diadakan di Dewan Pejabat Daerah, di sini.
 
Turut hadir Penghulu Mukim Seria, Awang Haji Jamail bin Haji Linap, Ketua Cawangan JAPEM Belait, Dayang Noridah binti Haji Ishak dan Pengerusi PBSM Cawangan Daerah Belait, Chai Yum Fatt serta pegawai-pegawai JAPEM, ahli-ahli PBSM dan ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim (MPM) Seria.
 
Aktiviti Sihat diadakan berperingkat-peringkat di kesemua mukim dan kampung di Daerah Belait dan pertama kali diadakan di Mukim Belait di Dewan Kemasyarakatan Kampung Pandan pada 7 Jun tahun lepas dengan tujuan bagi mengeratkan silaturahim sesama warga emas dan masyarakat di Daerah Belait.
 
Objektif aktiviti itu juga bagi mengamalkan aktiviti-aktiviti sihat meliputi sihat dari segi fizikal dan mental di semua peringkat usia serta meningkatkan lagi penglibatan warga emas dalam aktiviti masyarakat dan menyemai sikap keprihatinan serta pemedulian pihak swasta, NGO dan persatuan-persatuan yang berkenaan terhadap warga emas.
 
Di antara aktiviti-aktiviti yang diadakan termasuk senaman ringan, taklimat pemakanan sihat bagi warga emas yang disampaikan oleh Pegawai Pelajaran Kesihatan, Siti Munawarrah binti Awang Tarif selaku Pegawai Pemakanan dari Pusat Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan dan taklimat serta tunjuk ajar pertolongan cemas yang disampaikan oleh Setiausaha PBSM Cawangan Daerah Belait, Awang Haji Ismail bin Kassim yang juga selaku Timbalan Pengerusi majlis tersebut, aktiviti bersama warga emas dan sesi sembang-sembang.

- Pelita Brunei Online. Sabtu, 16 Febuari 2013M.

Golongan kurang berkemampuan dapat perhatian

Oleh: Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli 

WAKIL Dayang Hajah Silandang binti Taip, Dayang Margaret binti Haji Anis menerima hamper disampaikan oleh PBSM, Cawangan Daerah Belait, Chai Yum Fatt. (Foto: Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli)
 

KUALA BELAIT, Rabu, 7 Ogos. - Atas dasar pemedulian terhadap orang susah di Daerah Belait, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Cawangan Daerah Belait telah menyampaikan sumbangan hamper sempena Hari Raya Aidilfitri kepada orang-orang tertentu.

Seramai tujuh keluarga yang terpilih menerima sumbangan berkenaan merupakan penerima Pencen Umur Tua (PUT), Bantuan Kebajikan Bulanan (BKB), Tabung Badan Kebajikan Kebangsaan Brunei Darussalam (TBKKBD), Elaun Pencen daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dan penghuni berek di bawah kawalan JAPEM.

Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi PBSM, Cawangan Daerah Belait, Chai Yum Fatt dan ahli-ahli PBSM yang diadakan hari ini di Pejabat JAPEM di sini dan disaksikan oleh Ketua Cawangan JAPEM Kuala Belait, Dayang Noridah binti Haji Ishak, pegawai-pegawai JAPEM dan ahli-ahli PBSM.

Mereka yang menerima sumbangan terdiri daripada Dayang Jamilah binti Buang, seorang balu yang mempunyai lima orang anak.

Beliau menerima bantuan kewangan daripada wang TBKKBD sebanyak BND250.00 untuk dirinya dan tiga orang anaknya.

PEGAWAI-PEGAWAI JAPEM Cawangan Daerah Belait dan ahli-ahli Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Cawangan Daerah Belait bergambar ramai bersama para penerima. (Foto : Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli) 
Dayang Salmah binti Ismail, 54, mempunyai lima orang anak, beliau bekerja secara sukarela sebagai penggapai sukarela dan mendiami berek di bawah kawalan JAPEM sejak 2011, manakala Awang Samat bin Tahir, 48, berkahwin dan mempunyai empat orang anak. Beliau menerima BKB BND260.00 untuk anak-anaknya yang bersekolah sementara beliau bekerja sebagai penjaga malam di Pejabat Daerah Belait.

Dayang Saniah binti Haji Md. Yussof, seorang balu tidak mempunyai pekerjaan hanya menerima elaun daripada JAPEM sebanyak BND363.00 untuk dirinya dan seorang anak lelakinya, sementara itu Dayang Zurina binti Mohammad Seruji, juga seorang balu, mempunyai lima orang anak. Beliau tidak mempunyai pekerjaan hanya menerima BKB untuk dirinya dan seorang anaknya yang bersekolah.

Juga menerima sumbangan ialah Dayang Hajah Silandang binti Taip, 93, balu menerima PUT sebanyak BND250.00 dan BKB sebanyak BND200.00 kerana tidak dapat berjalan/lumpuh. Beliau tinggal bersama anaknya, Dayang Margaret binti Haji Anis, 62 dan penerima seterusnya, Awang Ramlee binti Sanip, 60, berkahwin dan tidak mempunyai pekerjaan hanya menerima PUT dan BKB sebanyak BND65.00 untuk elaun sara hidup anaknya yang berusia tiga tahun.

Sumbangan merupakan salah satu aktiviti jangka panjang yang diungkayahkan oleh PBSM Cawangan Daerah Belait dengan kerjasama JAPEM Cawangan Kuala Belait dengan tujuan untuk meringankan beban orang-orang susah dan juga sikap keprihatinan serta pemedulian pihak swasta, NGO’s dan persatuan-persatuan yang berkenaan terhadap mereka yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan di daerah ini.

- Pelita Brunei Online. Khamis, 09 Ogos 2013M.
 

Khamis, 1 Ogos 2013

Enam ahli PBSM dinaikkan pangkat

Oleh:  Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli 

WANG Chung Yin Ngee menerima kenaikan pangkat dan tugas selaku Pegawai Kebajikan PBSM Cawangan Daerah Belait yang disampaikan oleh tetamu kehormat. (Foto: Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli)

KUALA BELAIT, Selasa, 2 Julai. - Enam orang ahli Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Cawangan Daerah Belait telah menerima kenaikan pangkat dan tugas di dalam Ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi persatuan bagi sesi 2013 hingga 2015.

Mereka yang dilantik terdiri daripada Tan Cho Hua sebagai Penolong Setiausaha merangkap Pegawai Perhubungan; Pang Khek Hua, Penolong Jurulatih Daerah dan Chung Yin Ngee sebagai Pegawai Kebajikan sementara Kuan Huat Chye, Shim Kin Ying dan Chan Liong sebagai Ahli Jawatankuasa Daerah.

Majlis penyampaian pangkat dan penetapan jawatan yang diadakan di Rumah Persinggahan Kerajaan di sini disempurnakan oleh tetamu kehormat, Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria, Awang Haji Ishak bin Haji Abu Hanifah yang juga selaku Penasihat Persatuan.

Terdahulu, mereka telah diberi sijil lantikan ahli jawatankuasa tambahan pada 24 April lalu. Penyampaian sijil diadakan setiap dua tahun sekali melalui persetujuan mereka yang dilantik dan berkeupayaan dengan jawatan yang diberikan.

PENGERUSI PBSM Cawangan Daerah Belait, Chai Yum Fatt menyerahkan peti-peti pertolongan cemas kepada tetamu kehormat untuk diagihkan kepada hotel-hotel di Daerah Belait. (Foto : Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli)

Pada majlis itu tetamu kehormat telah menerima peti pertolongan daripada Pengerusi PBSM Cawangan Daerah Belait, Chai Yum Fatt untuk diagihkan kepada beberapa buah hotel di daerah ini pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

PBSM Negara Brunei Darussalam (PBSM NBD) ditubuhkan pada tahun 1948 dengan dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Negeri Brunei (PPMNB) yang diasaskan oleh Almarhum Pengiran Temenggong Sahibul Bahar Pengiran Haji Mohammed.

Persatuan berkenaan mempunyai cawangan ibu pejabat di Pekan Seria di bawah seliaan pekerja-pekerja asing yang berkhidmat dengan Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP). Setelah Negara Brunei Darussalam merdeka dari naungan British pada tahun 1984, persatuan terpisah dari seliaan Palang Merah British.

Dari sejak penubuhan hingga kini persatuan tersebut berkembang bukan hanya menjalankan misi kemanusiaan dan kes-kes darurat termasuk menyelamatkan nyawa dan kesihatan manusia bahkan juga turut sama memeduli kebajikan masyarakat.

TETAMU Kehormat bergambar ramai dengan ahli jawatankuasa tadbir tertinggi PBSM Cawangan Daerah Belait. (Foto : Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli) 
PBSM Cawangan Daerah Belait kini mempunyai lebih 700 ahli dari peringkat remaja hingga dewasa serta empat orang penasihat yang dilantik kerana jawatan terdiri daripada Pegawai Daerah, PLB, Ketua JAPEM dan Ketua Pegawai Hal Ehwal Ugama di samping 48 orang sukarelawan yang berdaftar dengan persatuan tersebut dan persatuan berkenaan sangat mengalu-alukan orang ramai untuk menjadi ahli persatuan.

 - Pelita Brunei - Rabu, 3 Julai 2013.

Volunteerism a pillar of Brunei Red Crescent

Daniel Wood
BANDAR SERI BEGAWAN
Saturday, June 1, 2013

"WE JUST don't want to say things; we want to see changes."

When the ASEAN Youth Movement (AYM) delegates met in Hanoi, Vietnam, in 2012, that closing statement sums up the feelings of young people involved in volunteerism.

It must have struck a chord with the regional organisation and with young people in Brunei as recently, a Brunei proposal to establish a regional volunteer corps of young professionals that complements a youth volunteer programme in Malaysia was endorsed at the 8th ASEAN Ministerial Meeting on Youth.

A deep legacy of volunteerism runs in one of the oldest institutions in the Sultanate the Brunei Darussalam Red Crescent Society (BDRCS). Established as the Brunei Red Cross Society in 1948, the organisation was formally recognised and accepted into the International Red Cross and Red Crescent Movement in 1996 and is part of a 187-member strong global institution that prides itself on its volunteer base. BDRCS continues to maintain a unique characteristic among its sister Red Cross and Red Crescent societies: it is the only member made out entirely of volunteers (others maintain salaried staff in their structures).

"There is a great ambition from the National Society to extend on its humanitarian imperatives in the country, and building up its base of volunteers will be one way to start... its youth volunteers already benefit from the huge experience of an older group of retired volunteers," says Jeremy England, head regional delegation of the International Committee of Red Cross (ICRC).

ICRC was in Brunei on May 27 28 as part of regular visits to BDRCS to strengthen ties and continue discussions on ongoing efforts of development of the society, particularly in international humanitarian law and the protection of people in situations of conflict and armed violence, for which ICRC holds mandate.

Meetings with government officials from the Ministry of Education on May 28, was of particular success, with the department of schools throwing its full support behind a planned initiative to implement a school-based educational programme on humanitarian principles and values, and the laws that apply in conflict.

BDRCS records some 1,000 volunteers across Brunei, though it is unclear how many are active. It carries out regular activities, often coordinating with government departments such as the National Disaster Management Centre (NDMC) providing relief during natural disasters and the Ministry of Culture, Youth and Sports in community programmes such as first aid, blood donation drives and the recent Road Safety Pledge for which volunteers attracted almost 400 members of the public and schoolchildren to sign.

Its last high-profile humanitarian involvement was more than ten years ago in 2002 during the closing ceremonies of a royal birthday celebration on August 19. According to a story published by the International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies (IFRC), "volunteers from the Brunei Darussalam Red Crescent were among the first on the scene when two separate fires broke out in two water villages".

It has always stayed close to regional and international developments within the Red Cross and Red Crescent Movement, however, hosting the Regional Disaster Response Team training for Red Cross and Red Crescent societies in Southeast Asia in 2011. It is also the standing chair of the organisational development forum for the Movement in Southeast Asia.

England pledges, "ICRC stands ready to continue working with BDRCS to strengthen its programmes, and continue working with the government... as an important partner for humanitarian action in the region and around the world."

He also notes Brunei's current engagement as ASEAN chair and its clout in the Organisation of the Islamic Conference (OIC) and Non-Aligned Movement (NAM), as opportunities to influence policy-making for positive changes.

BDRCS is one of 187 member National Societies worldwide who, together with the IFRC and ICRC, form the components of the International Red Cross and Red Crescent Movement. 


 Red Crescent student volunteers from KUPU SB demonstrating their first aid skills. Picture: BT file

- The Brunei Times

KL Red Cross delegates to visit the Sultanate

Sunday, May 26, 2013

INTERNATIONAL Committee of the Red Cross (ICRC) regional office in Kuala Lumpur will be visiting Brunei Darussalam Red Crescent (BDRC) from May 27 to 28, 2013 for a series of courtesy calls and meetings with local authorities.

According to a press statement, two courtesy calls have been confirmed to take place during the visit.

On May 27, a courtesy call will be made to Datin Hjh Adina Hj Othman, Deputy Minister of Culture, Youth and Sports around 2pm in the afternoon. On the day itselfI, CRC members will also have a meeting with the board members of BDRCS at Green Room, Berakas Indoor Stadium. It will then follow by another call to Colonel (R) Pg Dato Paduka Hj Rosli Pg Hj Chuchu, the Director for National Disaster Management Centre (NDMC). The ICRC delegation will meet Senior Officials at Ministry of Foreign Affairs at 3.30pm.

On Tuesday May 28, ICRC delegation will meet Acting Director of Schools at Ministry of Education building at Jalan Ong Sum Ping around 9am.

The delegation will proceed to have a meeting with Officials from Department of Co-Curriculum at their Office at Kampung Perpindahan Lambak Kanan, Berakas.

The ICRC established in 1863 and celebrates its one hundred and fifty years of humanitarian action this year, working worldwide to provide humanitarian help for people affected by conflict and armed violence and to promote the laws that protect victims of war.

An independent and neutral organisation, its mandate stems essentially from the Geneva Conventions of 1949; the cornerstones of the International Humanitarian Law (IHL).

While based in Geneva, Switzerland, the ICRC employs some twelve hundred thousand people in eighty different countries. Its regional office in Kuala Lumpur that was launched in 2001 covered Malaysia, Brunei and Singapore. It focuses on the dialogue with national and regional bodies on humanitarian issues and IHL, among others.

This year BDRC celebrates its 65th anniversary as it was formed in 1948.