Waktu Bandar Utama

Rabu, 16 Mei 2018

Projek Ikhlas 8.0 bantu yang memerlukan




Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Mei – Unit Kebajikan Mualaf, Bahagian Pembangunan Mualaf, Pusat Dakwah Islamiah dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam sekali lagi mengungkayahkan Projek lkhlas 8.0 bagi mengumpulkan infak jariah berupa makanan asasi.
Projek Ikhlas 8.0 ini, yang diadakan di Bangunan Nurul Huda, Pusat Dakwah Islamiah, Kampung Pulaie, dibukakan kepada orang ramai bersempena bulan Ramadan yang akan menjelang tidak lama lagi.
Hadir menyempurnakan penyerahan sumbangan daripada Persatuan Bulan Sabit Merah ialah Presiden Bulan Sabit Merah, Haji Mohd Suhaimi bin Haji Ibrahim kepada Pemangku Pengarah Pusat Dakwah Islamiah, Awang Abdul Aziz bin Haji Abdul Kahar.



Haji Mohd Suhaimi ketika menyempurnakan penyerahan infak jariah kepada Awang Abdul Aziz.

Projek Ikhlas 8.0 adalah program bantuan makanan daripada orang ramai bersempena kedatangan Bulan Ramadan 1439H, diagih-agihkan kepada kumpulan Asnaf Mualaf yang kurang berkemampuan di seluruh negara ini.
Infak jariah daripada orang ramai berupa keperluan makanan harian seperti beras, tepung, gula, minyak masak, makanan dalam tin, mee segera, biskut dan barangan makanan lainnya yang bersesuaian. Projek ini merupakan kali ketiga ia diadakan, yang mana kali pertama pada bulan Disember 2016 dan kali kedua pada bulan Mei 2017.
- Media Permata Online - 

Selasa, 8 Mei 2018

Basic First Aid And Cardipulmonary Resuscitation (CPR) Workshop, First Session 2018


Tuesday, March 13, 2018 - Unit Sumber, under Jabatan Pembangunan Masyarakat had cooperated with the Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam in performing the workshop which was held for the officers and staffs for two days, on the 12th to 13th March 2018, which took place at Dewan Imtiyaz in Pusat Bahagia, Brunei and Muara District.

The workshop is very important as it provides crucial skills needed, especially in dealing with emergency situation in everyday life no matter while at work or at home.

First Aid is the first response treatment given with the intention of saving lives, also hoping to ease the pain of the person and in a way to stabilize the person’s body so that it will cause no serious injury.

A total of 18 participants, including one staff who is visually impaired, had successfully completed the workshop. The participants were then certified as “first aider” and given a legal license which can be used for two years. With this workshop, the participants will hopefully be able to practice the learnt knowledge and skills whenever needed.


(News and Pic from www.japem.gov.bn)


Khamis, 25 Januari 2018

Laporan: THE BRUNEI RED CROSS SOCIETY, SERIA / KUALA BELAIT DIVISION

Office bearers of 1970

Chairman:
Mr. Charles Hall

Secretary:                                 
Mrs. J. C. Moody Stuart

Treasurer:                                 
Mr. J. Ritchie

Medical Adviser:                                 
Dr. Panch

Divisional Director:                 
Mr. Foo Seng Kow

Commandant In-Chief:                 
Mr. Mahmud Hj. Idris

Deputy Commandant:                 
Mr. Wee Thian Peng

Quarter Master:                 
Mr. M. Abdullah M. Othman

Detachment Officer:                 
Mr. Saidi Md. Yusof

Detachment Officer:                 
Mr. Samah Lamat

(i)                  The Brunei Red Cross Society of Seria/Kuala Belait Division has 150 members. They are divided into three units. Each unit is under the command of an officer. This year, there are five officers and twelve non-commissioned officers. The members come from various secondary schools in the district.
(ii)                We attend lectures every Friday evening from 4.30 – 6.30 p.m.  Lectures on First Aid and Home Nursing are given by Sister Chia of the Kuala Belait Government Hospital. In every Sports activities, we are requested to give aid.  We also help in running the “Trolley Shop” in the two hospitals every Friday afternoon. As the Commandant-in-Chief of the Belait District Red Cross, I was sent to attend the National Youth Leadership Course in Penang from the 12th – 19th April 1970. On the 22nd April 1970, during the first term holidays, a group of cadets went camping at Kg. Rempayoh, Ulu Belait and succeeded in conquering Bukit Telingan. On 10th June 1970, an Annual General Meeting was held at the Seria Headquarters. On 20th June 1970, First Aid and Home Nursing certificates were presented to successful cadets by our President, His Excellency, the British High Commissioner, Mr. Adair.  Prizes to the winners of the Craft Competition were presented by His Excellency’s wife. Our activities for the future will be a visit to Berakas Camp and Sinaut Agriculture. A First Aid Competition may be held ini Brunei Town and a First Aid Demonstration may be conducted at the Labi Malay School in Future.

Mahmud Hj. Idris : Form V-B
Commandant-in-Chief


(Sinaran Penuntut 1970, Anthony Abbel College)







Rabu, 24 Januari 2018

Bengkel Program School Safe berakhir

Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Dis – Ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari sepanjang penyertaan Bengkel Program School Safe diharap akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peserta program berkenaan.
Di samping itu, para peserta juga diharap akan membawa pulang ilmu pengetahuan dan kemahiran berkenaan untuk disebarkan kepada rakan-rakan sebaya mereka dalam usaha untuk menjadikan sekolah masing-masing lebih baik serta berkesan.
Seruan itu dibuat oleh Naib Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam (PBSM NBD), Haji Mohd Suhaimi bin Haji Ibrahim ketika berucap di Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Bengkel Program School Safe yang berlangsung di Pusat Promosi Kesihatan, hari ini.
Bengkel itu dihadiri oleh seramai 20 orang belia daripada PBSM NBD di mana mereka diberikan penerangan serta dilatih untuk menjadi fasilitator bagi Program School Safe berkenaan apabila diperkenalkan di sekolah masing-masing.
Para peserta berkongsi pendapat dan idea dalam sesi perbincangan semasa Bengkel Program School Safe yang berlangsung di Pusat Promosi Kesihatan.
Haji Mohd Suhaimi menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta Bengkel Program School Safe di majlis penyampaian sijil bengkel berkenaan.
Haji Mohd Suhaimi bergambar ramai dengan para peserta dan fasilitator Bengkel Program School Safe selepas majlis penyampaian sijil yang berlangsung di Pusat Promosi Kesihatan, kelmarin.
Program itu merupakan projek kerjasama di antara PBSM NBD dan Kementerian Pendidikan yang mana program berkenaan akan diperkenalkan kepada sekolah-sekolah di seluruh negara sebagai sebahagian daripada Inisiatif Sekolah Selamat ASEAN (ASEAN School Safe Initiative).
Bengkel yang bermula pada 2 Disember hingga hari ini itu, bukan sahaja memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai inisiatif sekolah selamat tetapi juga untuk melatih lebih banyak fasilitator muda bagi program berkenaan.
Bengkel itu dikendalikan oleh fasilitator YSS daripada International Federation of Red Cross dan Red Crescent (IFRC), Bangkok, Kum Ju Ho dengan dibantu oleh Awang Mohd Rosdi bin Ruslan dan Dayang Farah Hanaa binti Abdul Latip.
Selain daripada bengkel yang diadakan di Pusat Promosi Kesihatan, sesi demonstrasi turut diadakan pada 4 Disember di Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit dengan disertai oleh lebih daripada 30 orang belia, ibu bapa dan guru.
- Media Permata Online. 6 Disember 2017.

Brunei Red Crescent members on better footing

 Ishan Ibrahim

THE School Safe Programme concluded yesterday with the presentation of certificates to youths.
The programme – introduced to members of the Brunei Darussalam Red Crescent Society (BDRCS) as part of a collaborative project between the BDRCS and the Ministry of Education (MoE) – is an important component of the Asean School Safe Initiative.
It is hoped that the project will be introduced across schools in the country and will see the involvement of more young facilitators.
The programme by the International Federation of Red Cross and Red Crescent (IFRC) includes the Toolkit for the School Safe Programme.
The workshop saw the participation of 20 youths being trained as facilitators. Meanwhile, the demonstration session saw 30 youths, two parents and two teachers involved in the training.
A facilitator in a discussion with participants. – ISHAN IBRAHIM

Kum Ju Ho (YSS Facilitator from IFRC, Bangkok,) Siti Ummi Az-Zahraa binti Haji M Suhaili from the BDRCS, Mohd Rosdi bin Ruslan (MOT School Safe Programme) and Farah Hanaa binti Abdullatip (YSS Instructor) facilitated the programme.
Miu Kimura from the International Committee of Red Cross and Red Crescent observed the programme.
Vice President (International) of the Brunei Darussalam Red Crescent Society Haji Suhaimi bin Haji Ibrahim handed out the certificates.
- Borneo Bulletin Online. December 16, 2017.

Khamis, 17 Ogos 2017

Bukan milik PBSMNBD

 Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Ogos – Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam (PBSMNBD) memberikan penjelasan bahawa bangunan yang diceroboh tiga orang yang telah dijatuhkan hukuman denda oleh Mahkamah Majistret Bandar Seri Begawan adalah bekas penempatan ibu pejabat persatuan itu.

Bangunan di Jalan Tasek Lama itu bukan milik PBSMNBD dan bangunan berkenaan telah pun dikosongkan sejak beberapa tahun yang lalu disebabkan keadaan struktur bangunan yang sudah tidak selamat dan sesuai diguna pakai sebagai Ibu Pejabat PBSMNBD.

Penjelasan itu dibuat menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh PBSMNBD, di sini, hari ini, bagi memperjelaskan keadaan sebenar untuk menggelakkan orang ramai tidak keliru mengenai berita mengenai hukuman denda berkenaan serta komen-komen yang ditulis menerusi laman media sosial berhubung perkara berkenaan.

Menurut kenyataan itu lagi, bangunan berkenaan telah pun diserahkan semula kepada pihak yang berkuasa dan yang bertanggungjawab ke atas bangunan berkenaan.

“Hampir lima tahun bangunan tersebut dikosongkan dan di luar tanggungjawab PBSMNBD. Walaupun dari semasa ke semasa PBSMNBD masih mengadakan perundingan dengan pihak-pihak yang berkuasa di negara ini untuk kerja-kerja membaik pulih dan sebagainya.”

PBSMNBD dalam kenyataan itu lagi, menyatakan bahawa ia maklum akan isu dan masalah pecah masuk dan ceroboh yang dilakukan semenjak lima tahun yang lalu.

Aduan-aduan orang ramai terhadap bangunan itu yang ditakuti digunakan untuk perkara-perkara yang tidak baik dan menimbulkan gejala-gejala sosial di mana aduan serta rintihan juga diterima daripada jiran-jiran yang tinggal di sekeliling bangunan berkenaan dan perkara itu dimaklumi bersama.

Aduan-aduan orang ramai terhadap isu pecah masuk dan ceroboh juga dibuat kepada pihak-pihak berkuasa seperti Pasukan Polis Diraja Brunei dan pihak PBSMNBD juga mengambil maklum bahawa pihak yang bertanggungjawab ke atas bangunan berkenaan juga telah mengambil tindakan susulan dan aduan berhubungan dengan isu pecah masuk dan ceroboh itu.

Menurut kenyataan itu lagi, tindakan yang dibuat adalah bagi menggelakkan bangunan itu digunakan untuk perkara-perkara yang menyalahi undang-undang.

Dalam masa yang sama, persatuan mengambil inisiatif dan berusaha untuk mengadakan lawatan dan perbincangan bersemuka dengan mereka yang disyaki menceroboh dan mendiami bangunan itu dan mencadangkan kepada mereka untuk memohon bantuan daripada agensi-agensi yang berkenaan dan mengaturkan perbincangan bersama agensi-agensi berkenaan.

Walau bagaimanapun, PBSMNBD tidak pernah menghalau dan mengusir mereka tanpa ihsan.

PBSMNBD juga telah menasihatkan supaya mereka berpindah atas faktor keselamatan. Mereka juga dimaklumkan tentang aduan-aduan yang diterima terhadap mereka dan akan memungkinkan pihak-pihak berkuasa melakukan tindakan. Mereka juga telah mengambil maklum tentang risiko tersebut.

Sehubungan dengan itu, PBSMNBD memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku. Sebagai sebuah organisasi dan pergerakan kemanusiaan yang berkanun di negara ini, persatuan tidak akan melakukan tindakan-tindakan di luar daripada prinsip asas pertubuhan. Isu dan masalah tangkapan dan denda yang dikenakan adalah atas kebijaksanaan pihak-pihak berkuasa mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.

“Oleh demikian besarlah harapan PBSMNBD memohon kepada orang ramai yang telah menulis dan melontarkan komen-komen yang tidak usul periksa dan tidak berasas sama sekali dan menimbulkan kebencian dan kemarahan orang ramai serta spekulasi yang mencemarkan nama baik PBSMNBD supaya akan dapat menghapuskan komen tersebut dari laman sesawang Facebook, Berita Brunei.”

Pihak persatuan tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan susulan dan tindakan undang-undang kepada sesiapa jua yang menulis komen-komen yang berunsurkan fitnah sekali gus akan menimbulkan kebencian dan kemarahan orang ramai terhadap PBSMNBD.

- Media Permata Online

Isnin, 5 Jun 2017

BDRCS gives back to underprivileged

Izah Azahari  

IN CONJUNCTION with the holy month of Ramadhan, the Brunei Darussalam Red Crescent Society (BDRCS) conducted its ‘Youth in Action Ramadhan’ where the youths held a ‘Menyulam Kaseh Ramadhan Kareem’ programme as part of the Brunei Darussalam Red Crescent Youth Engagement Programme yesterday.
The programme saw 40 food aid packs distributed to underprivileged senior citizens within the four districts to reduce their burden during the holy month which include Kampong Junjongan, Kampong Limau Manis, Kampong Wasan, Kampong Batang Perhantian, Kampong Batu Ampar, Kampong Panchor Murai, Kampong Batong, Kampong Parit, Kampong Masin, Kampong Mulaut, Kampong Rimba, Kampong Lambak Jalan Pasir Putih, Kampong Lambak Kanan, Kampong Panchor Mengkubau and Kampong Batu Marang.
The programme which was launched on May 31, was organised by the Brunei Darussalam Red Crescent Youth supported by the Challenge, Adventure, Recreation and Educate (CARE) Association.
A Brunei Darussalam Red Crescent Youth Engagement Programme participant presents a donation to a recipient. – BDRCS

- BORNEO BULLETIN. Saturday. June 03, 2017.