Waktu Bandar Utama

Isnin, 9 Mei 2022

Penyampaian Anugerah Henry Dunant sempena Hari Palang Merah, Bulan Sabit Merah 2022

 Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad / Foto : Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman

GADONG, Ahad, 8 Mei. - Bersempena Sambutan Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah 2022, Persatuan Bulan Sabit Merah Brunei Darussalam (BRC) mengadakan majlis penyerahan empat kategori Anugerah Henry Dunant, di The Centrepoint Hotel.





 


Semasa majlis anugerah penghargaan tertinggi, BRC Henry Dunant Humanitarian diberikan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah juga selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut.





Penyampaian anugerah disempurnakan oleh Presiden BRC, Pengiran Dato Paduka Haji Mohd. Yussoff bin Pengiran Haji Bahar dan De Boer, Perwakilan ICRC Geneva.

 

Sementara itu, Anugerah Henry Dunant Leaders diberikan kepada Mantan Presiden BRC, Awang Haji Julaini bin Haji Abdul Latip; dan Anugerah Henry Dunant Excellent Service diberikan kepada Naib Presiden Sumber Dana dan Projek Khas, Pengiran Haji Mashor bin Pengiran Haji Jaya; serta Naib Presiden Sumber dan Mantan Presiden BRC, Awang Haji Mohd. Suhaimi bin Haji Ibrahim.

 

Anugerah Henry Dunant Volunteers pula diberikan kepada Dayang Hajah Noor Monasalieana @ Suzie binti Haji Mohd. Salleh.

 

Kesemua penyampaian anugerah disempurnakan oleh tetamu kehormat.

 

Majlis diselajurkan dengan penyerahan BRC Medal of Honor COVID-19 kepada 90 penerima dan penyampaian Friends of BRC kepada rakan korporat persatuan tersebut, iaitu Progresif Sdn. Bhd.; Abdul Razak Holdings Sdn. Bhd.; dan Kumpulan Sukarelawan Malam Minggu Pusat Belia (MMPB).


- Pelita Brunei Online

Rabu, 6 April 2022

Donation of Bus to the Brunei Red Crescent Society

 Apr 6, 2022 | CSRProgresif News 




31 March 2022 – As part of the collaborative efforts to exhibit national unity and support to the Ministry of Health during this endemic, Progresif partnered with Takaful Brunei Sdn Bhd and GHK Motors Sdn Bhd to support Brunei Darussalam Red Crescent. During the height of cases in Brunei, there was a great need for transporting patients, volunteers and other logistics. Hence Progresif felt the Bus would be a great contribution to the cause. Takaful Brunei Sdn Bhd provided insurance coverage, and GHK Motors Sdn Bhd covered all maintenance and service for the unutilised bus.

The bus will serve as non-medical emergency transportation services provided for senior citizens, underprivileged families, different-able people, migrant workers and members of the public affected by Covid-19.

The handover ceremony was held at Progresif Headquarters on Friday, April 1, 2022.

Present to receive the bus was Haji Mohd Suhaimi bin Haji Ibrahim – President of Brunei Darussalam Red Crescent Society, Pg Dato Paduka Haji Mohd Yussof bin Pg Hj Bahar – Deputy President Policy and Finance of Brunei Darussalam Red Crescent Society and Sheikh Kadir Abdullah Secretary-General of Brunei Darussalam Red Crescent Society.



In attendance to witness the ceremony were Mohd Denny Azriman bin Hj Madni, Corporate Marketing Professional Executive from Takaful Brunei Sdn Bhd and Mr Au Thien Kiong, General Manager from GHK Motors Sdn Bhd.

According to Hajah Nurul Haniah, Chief Executive Officer of Progresif, the company has aided the nation by donating a bus to the Brunei Red Crescent Society as part of its CSR program. The collaboration is making a concerted effort to support frontline workers and the Ministry of Health who have played a crucial role during this time.

“The BRC would like to thank Progresif for their contribution and support to the BRC in assisting the Ministry of Health in curbing the spread of covid-19 in the country. With this contribution, it will be able to further facilitate the operation of BRC, especially in providing services to the general public.” Said Haji Mohd Suhaimi bin Haji Ibrahim – President of Brunei Darussalam Red Crescent Society. During the event, Haji Mohd Suhaimi presented Hjh Nurul Haniah with the BRC Award – Friends of BDRC in recognition of Progresif’s contributions.

The Brunei Darussalam Red Crescent Society honour the Friend of BRC Award to selected Donors and Contributors to their National Society’s Humanitarian Effort in Brunei Darussalam. The award was also recognised by the International Federation of Red Cross and Red Crescent.

BDRC and the Ministry of Health have been working closely together to assist Covid-19 cases in Brunei. Among their efforts include the transfer of Covid-19 positive patients to isolation centres, the provision of Bruhealth and Health Advice Line 148 support via the BRC helpline, four of which are supported by Progresif, and the swabbing of positive Covid-19 patients and close contacts.


https://progresif.com/donation-of-bus-to-the-brunei-red-crescent-society/ 

Khamis, 9 September 2021

Petugas, Sukarelawan PBSMNBD Dilindungi Di Bawah Insurans TBA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 September, 2021. Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam (PBSMNBD) merupakan salah sebuah organisasi yang terawal membantu Kementerian Kesihatan menangani wabak pandemik COVID-19 sejak 7 September 2021.

Lebih daripada 100 petugas barisan hadapan dan sukarelawan yang berdaftar di bawah PBSMNBD yang terlibat, telah pun ditugaskan di beberapa buah Pusat Pengasingan di seluruh negara di samping di beberapa buah tempat lain di bawah kendalian Kementerian Kesihatan.

PBSMNBD berkolaborasi bersama Kementerian Kesihatan dalam menubuhkan Pusat Gerakan Operasi COVID-19 yang menyediakan perkhidmatan sokongan kepada Talian BruHealth dan Healthline 148, di samping menyediakan pelbagai bantuan sokongan seperti penyediaan Bakul Makanan Kecemasan kepada masyarakat yang terkesan akibat wabak pandemik COVID-19 terutama sekali kepada masyarakat yang tidak berkemampuan, warga emas, ibu tunggal, orang berkeperluan khas dan pekerja asing.

Di samping itu, Hub Logistik dan Gerakan Kecemasan, PBSMNBD juga menyediakan perkhidmatan Ambulan (Non-Medical) kepada Kementerian Kesihatan dalam membantu mobilisasi pesakit COVID-19 dan keluarga mereka yang sedang menjalani Kuarantin dan Isolasi Kendiri.

Perkhidmatan pengangkutan itu juga dari semasa ke semasa menangani penghantaran sampel spesimen, ubat-ubatan dan pelbagai perkhidmatan lainnya di bawah arahan Kementerian Kesihatan.

Untuk memastikan keselamatan, kesejahteraan, kebajikan dan kemaslahatan semua petugas dan sukarelawan yang berdaftar di bawah PBSMNBD, mereka diberikan latihan asas dan latihan spesifik berhubung dengan pengendalian tugas yang diperlukan mengikut Terma Rujukan dan Standard Operasi Prosedur yang ketat. Selain itu mereka juga dilindungi oleh insurans berkelompok yang komprehensif.

Sehubungan itu, Insurans ‘Group Personal Accident’ adalah perlindungan komprehensif yang disediakan oleh Takaful Brunei Am (TBA) yang melindungi semua petugas dan sukarelawan di bawah PBSMNBD menerusi satu kolaborasi bersama.

Perlindungan insurans tersebut adalah salah satu keutamaan dan keistimewaan yang disediakan kepada semua petugas dan sukarelawan PBSMNBD dalam melindungi keselamatan dan kesejahteraan mereka yang bertugas di barisan hadapan yang berdepan dengan keadaan yang sukar dalam sama-sama memberikan perkhidmatan sukarela untuk mengekang merebaknya wabak pandemik COVID-19 di Negara Brunei Darussalam.

Dalam pada itu, PBSMNBD merakamkan ucapan terima kasih kepada Takaful Brunei Am di atas kolaborasi dan sokongan yang diberikan kepada persatuan tersebut.

 



- Pelita Brunei - 

Isnin, 10 Mei 2021

PBSM sambut Hari Palang Merah, ulang tahun ke-73

 

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MEI – Pandemik COVID-19 merupakan ujian dan cabaran terbesar kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam (PBSM) dalam menyediakan bantuan sokongan sukarelawan, kepakaran tenaga, perkhidmatan bantuan kemanusiaan untuk memastikan kemaslahatan dan kesejahteraan masyarakat ditangani dengan efisien untuk mengawal merebaknya virus berkenaan di negara ini.

“Dengan kepakaran yang terbatas dan kemampuan logistik yang terhad di samping peruntukan kewangan yang kecil dan bergantung sepenuhnya daripada ihsan rakan korporat, Alhamdulillah Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam dengan sokongan padu yang diberikan oleh Persekutuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (IFRC) dan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) Geneva, kita telah berupaya membantu apa adanya dengan memberikan perkhidmatan secara sukarela dan penuh masa di bawah Kementerian Kesihatan.”

Perkara itu dinyatakan oleh Presiden PBSM, Haji Mohd Suhaimi bin Haji Ibrahim dalam kata alu-aluannya di Majlis Sambutan Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia 2021 serta Majlis Sambutan Ulang Tahun Penubuhan PBSM ke-73 yang berlangsung di Hotel Centrepoint, Gadong, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis berkenaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Timbalan Presiden Polisi dan Kewangan, PBSM, Pengiran Dato Paduka Haji Mohd Yussoff bin Pengiran Haji Bahar; Setiausaha Agung PBSM, Sheikh Haji Abdul Kadir Abdullah bin Sheikh Haji Omar; Ketua Pegawai Operasi Bank Islam Brunei Darussalam Berhad (BIBD), Haji Minorhadi bin Haji Mirhassan; setiausaha tetap dan timbalan setiausaha tetap, pegawai-pegawai kerajaan serta pegawai dan ahli pasukan-pasukan kadet beruniform yang dijemput.

Haji Mohd Suhaimi turut menyatakan bahawa tema Sambutan Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia 2021 bagi Negara Brunei Darussalam ialah ‘Memperkasa Kesejahteraan Masyarakat’.

Menurutnya persatuan berkenaan akan melancarkan beberapa inisiatif menerusi Projek dan Program Kemasyarakatan berdasarkan kepada gagasan Pelan Bertindak Strategik Lima Tahun 2020 – 2025 dengan menitik beratkan dalam hal ehwal kemaslahatan, kesejahteraan dan keselamatan awam sebagai faktor utama.

Di majlis berkenaan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bersempena dengan Sambutan Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia 2021 telah menyempurnakan pelancaran rasmi penubuhan Pasukan Khas Kumpulan Bertindak Bantuan Kecemasan Sivil (CER Team) yang dihasratkan untuk sama-sama membantu agensi kerajaan yang bersangkutan dalam menangani tindak balas kecemasan, pengurusan bencana dan bantuan kemanusiaan di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa.

Yang Berhormat Dato turut menyempurnakan Pelancaran Rasmi Perkhidmatan Ambulan Masyarakat serta penyerahan logo baharu Pasukan kadet PBSM serta penyerahan surat nyempurnakan penyampaian Surat Lantikan Ahli Kehormat dan Sijil Tauliah Pangkat kepada tiga orang penerima.

 
Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti menyampaikan logo baharu Pasukan Kadet Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam kepada Awang Mohammad Nor Ilham. 
 
- Media Permata Online - 

Isnin, 20 April 2020

Projek Ikhlas 12.0 Menyulam Kasih Ramadan Mendapat Sambutan

Projek Ikhlas 12.0 Menyulam Kasih Ramadan hari ini mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada para dermawan yang sudi menghulurkan bantuan kepada mereka yang kurang berkemampuan.

Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Negara Brunei Darussalam, Awang Haji Muhammad Suhaimi bin Haji Ibrahim ketika ditemu bual menjelaskan, sebanyak 110 sumbangan diterima berupa barangan keperluan asasi harian yang dikendalikan secara pandu lalu di pejabat persatuan berkenaan, di sini.

''Pihak persatuan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada syarikat-syarikat dan orang-orang persendirian yang menyumbang pada projek hari ini dan barang-barang tersebut akan diagih-agihkan dan diserahkan kepada keluarga-keluarga yang sangat memerlukan.

''Semoga semua penyumbang akan mendapat ganjaran dan rahmat daripada Allah Subhanahu Wata'ala serta berkat daripada sumbangan ini, mudah-mudahan akan dapat mengangkat penularan wabak COVID-19 di negara ini,'' doanya.

Beliau juga menjelaskan, pihaknya mengagihkan sumbangan barang-barang berkenaan kepada seramai 80 keluarga yang mereka senaraikan di keempat-empat daerah.

Sejurus selesai penerimaan sumbangan, penyerahan diselajurkan kepada sebahagian keluarga di Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Temburong, serta pengagihan selebihnya akan diteruskan pada masa yang akan diumumkan nanti.

Penyerahan sebahagian sumbangan tersebut disempurnakan oleh Timbalan Presiden PBSM, Pengiran Dato Paduka Haji Md. Yussof bin Pengiran Haji Bahar.

PENYERAHAN sebahagian sumbangan disempurnakan oleh Timbalan Presiden PBSM, Pengiran Dato Paduka Haji. Md. Yussof bin Pengiran Haji. Bahar.

Pihak persatuan juga melahirkan ucapan penghargaan terima kasih kepada 40 orang sukarelawan yang membantu dalam melancarkan lagi urusan dan kerja projek berjalan lancar.

- Pelita Brunei Online via BruDirect

Ahad, 19 April 2020

Projek Ikhlas 12.0 serlah keprihatinan masyarakat

Oleh: Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi / Foto: Ihsan Persatuan Bulan Sabit Merah
 

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 17 April. - Projek Ikhlas 12.0, Menyulam Kasih Ramadan anjuran Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam akan diadakan pada 19 April 2020 ini.

Sehubungan itu, pihak persatuan berharap orang ramai yang berkesudian untuk tampil dalam sama-sama menghulurkan sumbangan berbentuk barangan keperluan harian seperti beras, tepung, minyak masak, gula, makanan ringan, malah mereka juga menerima baucar barangan dari pasar raya.

Presiden persatuan, Awang Haji Muhammad Suhaimi Haji Ibrahim ketika ditemu bual menjelaskan, orang ramai yang hendak menyumbangkan derma barangan tersebut bolehlah datang menyerahkan secara pandu lalu (drive-thru) di Ibu Pejabat Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam di Kawasan Letak Kereta, Pejabat Pos Bunut iaitu di belakang Stesen Minyak Shell Bunut. Penyerahan tersebut katanya, akan bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.


PRESIDEN persatuan bulan sabit merah NBD, Awang Haji Muhammad Suhaimi Haji Ibrahim semasa ditemui Pelita Brunei.

Mengulas tujuan projek tersebut, beliau menjelaskan bahawa barang-barangan yang diterima itu nanti akan disumbangkan kepada keluarga-keluarga yang kurang berkemampuan di negara ini termasuk golongan asnaf fakir miskin, asnaf mualaf daif, warga emas yang bersendirian serta orang yang berkeperluan khas. Selain itu, sumbangan turut disedekahkan kepada keluarga-keluarga pesakit COVID-19 yang sedang menjalani kuarantin di kediaman masing-masing.

Beliau seterusnya berkata bahawa sumbangan ini diselenggarakan bagi sama-sama menyambut kedatangan bulan suci Ramadan yang akan menjelma tidak lama lagi. Tambahnya, inisiatif yang disokong oleh para sukarelawan persatuan ini, diharap akan dapat membantu pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam menangani isu kemaslahatan asnaf fakir miskin dan mereka yang memerlukan.

Persatuan ini memang aktif dalam mengungkayahkan tiga hingga empat projek ikhlas, di antaranya Projek Ikhlas Kembali ke Sekolah pada setiap bulan Disember, Projek Ikhlas Menyulam Kasih Ramadan yang diadakan setiap bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri. Manakala Projek Ikhlas Khusus diselenggarakan jika ada musibah seperti banjir kilat, kebakaran rumah dan bencana-bencana alam yang lain.

Menerusi Projek Ikhlas ini juga, pihak persatuan juga berupaya menyediakan BRC Food Aid bertujuan menyediakan bantuan makanan asasi pada bila-bila masa diperlukan oleh masyarakat yang memerlukan tidak kira siapa dan dalam keadaan apa sekalipun.

Manakala School Aid juga disediakan untuk membantu kanak-kanak terutama pelajar di pelbagai peringkat dari rendah ke institusi pengajian tinggi yang memerlukan peralatan persekolahan.

"Seperti lazimnya, Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam di keempat-empat cawangan daerah mempunyai daftar senarai nama penerima yang terdiri dari golongan asnaf fakir miskin dan asnaf mualaf dan yang berkeperluan. Walau bagaimanapun dari semasa ke semasa menerusi Food Aid boleh diagihkan kepada mereka yang memerlukan,'' katanya lagi.

Selaku sebuah masyarakat yang prihatin, kita digalakkan untuk sama-sama menyokong serta menghulurkan sumbangan demi kebajikan mereka yang memerlukan kerana tangan yang memberi itu adalah lebih baik apatah lagi dengan kedatangan bulan Ramadan ini, segala usaha dan sumbangan akan diberikan rahmat dengan pahala yang berlipat ganda.

- Pelita Brunei Online.