Waktu Bandar Utama

Jumaat, 4 Disember 2015

30 ahli PBSM dirai

Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Sept – Seramai 30 ahli Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dari keempat-empat daerah diraikan dalam majlis penyampaian sijil setelah menamatkan Program Perkhemahan Belia Sebagai Ejen kepada Perubahan Tingkah Laku (YABC), hari ini.
Majlis penutupan rasmi di Dewan Perkampungan Sukan di Berakas itu dihadiri oleh Mantan Presiden PBSM Negara Brunei Darussalam, Datin Hajah Siti Hajar binti Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof yang seterusnya menyampaikan sijil kepada para peserta.
Pengarah Perkembangan Belia PBSM Negara Brunei, Dayang Ya-Aneta Wati binti Haji Mohd Yusuf pula berkata, program selama lima hari itu dihasratkan dapat mencetuskan proses transformasi jati diri dalam kalangan peserta belia dengan harapan dapat mewujudkan proses perubahan positif dari segi cara berfikir, sikap dan tingkah laku.
“Ini termasuk menjana keupayaan sebagai pemimpin dan mampu bergerak membawa perubahan pada orang lain selaras dengan prinsip asas tujuh fundamental palang merah dan bulan sabit merah,” jelasnya.
Salah seorang peserta program menerima sijil daripada Datin Hajah Siti Hajar.

Gambar ramai peserta program bersama tetamu kehormat.
Gambar ramai peserta program bersama tetamu kehormat.

Beliau juga menyatakan harapan agar peserta program berkenaan akan menjadi belia yang bertanggungjawab dalam menanai tujuh fundamental persatuan sebagai pemangkin penerus perkembangan PBSM Negara Brunei Darussalam.
Pada majlis itu, beliau juga mengumumkan penubuhan Kelab YABC PBSM NDB, bermula hari ini, di bawah tanggungjawab dua orang ketua belia yang dilantik sebagai pemimpin bagi memimpin satu Jawatankuasa Bertindak (Task Force Committee) Program YABC bagi persatuan berkenaan.
Kelab berkenaan akan diurus tadbir sepenuhnya oleh 30 orang belia sedia ada dan di bawah kepimpinan bersama Ketua Pergerakan Belia Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam, Dayang Adinana binti Abdul Rashid dan Awang Abdul Muntaqim dan tarikh lantikan ini mula berkuat kuasa hari ini.
Sementara itu, Program YABC akan tetap diwujudkan menerusi penganjuran bengkel dan pertemuan serta perhimpunan belia bulan sabit merah di peringkat cawangan daerah dan di peringkat platun kadet belia sekolah di bawah Jabatan Pendidikan Kokurikulum yang akan diaktifkan.
“Ini adalah untuk menjana penyediaan barisan kepimpinan belia sebagai pelapis kepada kepimpinan Majlis Kebangsaan,” jelasnya.
Beliau menyuarakan harapan, dengan pelantikan dua pemimpin belia berkenaan akan meneruskan tanggungjawab mereka untuk memimpin dan meneruskan kegiatan yang berorientasikan Program YABC seterusnya dapat menghasilkan kegiatan prototaip yang berprestij dapat diungkayahkan oleh 30 belia yang sedia ada itu.
Program selama lima hari itu dibimbing oleh tiga fasilitator yang berpengalaman luas dari Persatuan Palang Merah Singapura dan Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir.
YABC-Belia sebagai Ejen Perubahan Tingkah Laku adalah inisiatif perdana yang diwujudkan oleh Persekutuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa untuk mempromosi budaya tanpa keganasan dan memupuk kedamaian.
- Media Permata Online. 9 September 2015.

Annur Harapan Centre, Brunei Red Crescent hold Korban ceremony

Izah Azahari

THE Annur Harapan Centre in cooperation with the Brunei Darussalam Red Crescent Society yesterday organised a Korban ceremony in conjunction with the Hari Raya Aidiladha celebration at the VIP Parking Area at the Hassanal Bolkiah National Stadium, Berakas.
The guest of honour was Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman bin Pengiran Haji Damit, who later presented the Korban meat.
Two cows were sacrificed for the ceremony.
The Korban meat was distributed to 100 individuals with financial constraints under the categories of Asnaf Fakir Miskin, single mothers and ‘Friends under Supervision’.
The event began with the recitation of the Surah Al-Fatihah and Doa Selamat led by a member of the Red Crescent Society.
The guest of honour, Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman bin Pengiran Haji Damit presenting the Korban meat to a recipient. - YUSRIN JUNAIDI
The guest of honour, Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman bin Pengiran Haji Damit presenting the Korban meat to a recipient. – YUSRIN JUNAIDI

- Borneo Bulletin Online - September 28, 2015.

Khamis, 8 Oktober 2015

Kursus Pertolongan Cemas, kesiapsiagaan hadapi situasi kritikal

  • Oleh:  Aimi Sani / Foto : Hamzah Mohiddin
    • MENTERI Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof semasa berucap pada Majlis Pertauliahan Pensijilan dan Akreditasi Jurulatih Bertauliah Pertolongan Cemas.
    • MENTERI Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof semasa berucap pada Majlis Pertauliahan Pensijilan dan Akreditasi Jurulatih Bertauliah Pertolongan Cemas.

    • BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 28 Ogos. - Kursus Pertolongan Cemas adalah merupakan kursus kemahiran asasi yang sangat berguna dan tinggi manfaatnya yang perlu diserapkan serta diperluaskan kepada lebih banyak lagi individu di kalangan organisasi serta masyarakat di negara ini.
      Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof menyatakan ia adalah sebagai langkah kesiapsiagaan menghadapi sebarang situasi kritikal dan kecemasan sama ada dalam kehidupan seharian mahupun dalam kemungkinan keadaan berlakunya sebarang bencana alam.
      Pertolongan cemas atau 'first aid', katanya, merupakan respons rawatan pertama yang diberikan dengan tujuan utama untuk menyelamatkan nyawa, di samping membantu meringankan penderitaan atau kesakitan sekali gus berusaha bagi menstabilkan seterusnya mengelakkan sebarang kecederaan menjadi lebih serius.
      Berucap pada Majlis Pertauliahan Pensijilan dan Akreditasi Jurulatih Bertauliah Pertolongan Cemas bertempat di Dewan Kuliah Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Yang Berhormat  seterusnya berkata, prosedur pertolongan cemas sebagai respons rawatan pertama ini bukanlah sebagai pengganti kepada perkhidmatan kecemasan tetapi ianya sangat diperlukan iaitu sebagai langkah awal yang cepat yang boleh meningkatkan peluang survival sebelum intervensi atau rawatan lanjut dilakukan oleh para profesional perubatan bertauliah sama ada melalui perkhidmatan paramedik ambulans atau perkhidmatan kecemasan di hospital-hospital.
      “Seperti kita sedia maklum bahawa Kementerian Kesihatan telah mengenal pasti kepentingan serta keutamaan kursus pertolongan cemas ini di mana melalui Pusat Kebangsaan Resusitasi (PKR) telah menganjurkan kursus-kursus ini dengan dikendalikan oleh jurulatih-jurulatih bertauliah termasuk dari kumpulan jururawat berkemahiran,” terang Yang Berhormat.

      Sejak tahun 2010 hingga 2014, secara purata PKR, ujar Yang Berhormat telah menjalankan lebih 50 Kursus Pertolongan Cemas dengan keramaian 1,600 sehingga 1,800 peserta dalam setahun yang mana ini termasuklah latihan kemahiran Cardio Pulmonary Resuscitation (CPR) dan Automated External Defibrillator (AED) bagi agensi-agensi kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan di negara ini.

      Program seperti ini jelas Yang Berhormat, adalah juga mendukung kepada pembangunan kapasiti serta kemahiran untuk memberikan pertolongan cemas sebagai respons atau rawatan pertama dengan serta- merta kepada mereka yang memerlukan.
      Permintaan untuk menjalani kursus ini, kata Yang Berhormat, semakin meningkat dari setahun ke setahun yang mana ini menunjukkan satu trend yang sangat positif dan memberangsangkan serta jelas memperlihatkan peningkatan dan pemahaman dari pihak organisasi bukan sahaja di kalangan agensi-agensi kerajaan, malahan juga dari pihak swasta mengenai kepentingan untuk memperolehi kemahiran pertolongan kecemasan.

      “Dalam usaha memantapkan dan mengukuhkan lagi program Kursus Pertolongan Cemas (First Aid) di negara ini, adalah diharapkan Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam akan secara berterusan bekerjasama rapat dengan PSK, Kementerian Kesihatan terutama sekali ke arah individu yang bukan sahaja berkemahiran dalam pertolongan cemas, malahan juga membantu kesiapsiagaan serta meningkatkan keyakinan mereka untuk memberikan pertolongan cemas dengan betul dan berkesan kepada mereka yang memerlukan dalam apa jua situasi dan persekitaran.

      Kemahiran pertolongan cemas, ujar Yang Berhormat, boleh menyumbang kepada pembinaan masyarakat yang lebih kuat dan kukuh.

      Oleh yang demikian, tegasnya, adalah wajar bagi bidang pertolongan cemas ini dipromosikan dan dipertingkatkan kemudahan akses supaya lebih ramai daripada kalangan masyarakat akan dapat mempelajarinya dan mereka yakin mengamalkannya dalam situasi memerlukan.

      Selain itu, tambah Yang Berhormat, ianya adalah sangat bermanfaat dalam mendukung kesiapsiagaan negara dalam menghadapi keadaan kecemasan seperti mana bencana banjir dan sebagainya.
    • - Pelita Brunei Online. Jumaat, 28 Ogos 2015.

Jurulatih Bertauliah Pertolongan Cemas terima sijil

  • Oleh:  Aimi Sani / Foto : Hamzah Mohiddin
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 28 Ogos. - Seramai 20 orang Jurulatih Bertauliah Pertolongan Cemas Akademi Pertolongan Cemas Bulan Sabit Merah, Negara Brunei Darussalam menerima sijil masing-masing pada Majlis Pertauliahan Pensijilan dan Akreditasi Jurulatih Bertauliah Pertolongan Cemas bertempat di Bilik Kuliah, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, di sini.
Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan sijil-sjil kepada para peserta ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof.
Para peserta kursus Jurulatih Bertauliah Pertolongan Cemas ini diiktiraf sebagai jurulatih bertauliah dan berdaftar dengan Federasi Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (IFRC).
Peserta kursus diperlengkapkan dengan ilmu pengetahuan teori malahan diberikan pelbagai kemahiran secara praktikal dalam bidang pertolongan cemas bertaraf antarabangsa.
Turut hadir ialah Yang Dipertua Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam, Awang Haji Julaini bin Haji Latif yang juga selaku Presiden persatuan tersebut.
HAMZAH2 280815 FIRSTAID
YANG Berhormat Menteri Kesihatan semasa hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut.


HAMZAH6 280815 FIRSTAID

HAMZAH7 280815 FIRSTAID
YANG Berhormat Menteri Kesihatan menyampaikan sijil kepada perserta yang mengikuti kursus tersebut.


MENTERI Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof bergambar ramai bersama para perserta krusus.
MENTERI Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof bergambar ramai bersama para peserta kursus.

- Pelita Brunei Online. Jumaat. 28 Ogos 2015.

Kemalangan libatkan penunggang basikal membimbangkan

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Sept – Statistik kemalangan melibatkan kematian telah menunjukkan penurunan pada tahun 2014 jika dibandingkan dengan tahun 2013, tetapi, tahun ini, dua kes kemalangan maut melibatkan penunggang basikal telah berlaku.
“Ini adalah sangat membimbangkan,” ujar Setiausaha Tetap di Kementerian Perhubungan, Awang Abdul Mutalib bin POKSSDP Haji Mohd Yusof selaku pengerusi Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) semasa menyampaikan ucapan di majlis pelancaran Program Kesedaran Pertolongan Cemas bersama Persatuan dan Kelab Motosikal Negara Brunei Darussalam sempena Hari Pertolongan Cemas Sedunia 2014 yang berlangsung di Bilik Kuliah, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, hari ini.
Beliau seterusnya menekankan, MKKJR dan pihak berkepentingan yang berkenaan turut memberikan perhatian yang serius bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya berisiko tinggi yang lain.
“Oleh itu,MKKJR melalui Kementerian Perhubungan telah mengambil langkah dengan mengundang semua persatuan, kelab, kumpulan dan penunggang basikal persendirian ke majlis dialog yang diadakan pada 7 September lalu untuk sama-sama menangani isu ini,” katanya.
Menurut beliau, dialog berkenaan antara lain bertujuan untuk membincangkan dan berkongsi mengenai amalan terbaik berbasikal yang selamat.
Hasil daripada sesi dialog itu, beberapa cadangan dan tindakan susulan telah diambil kira, dan antara tindakan yang akan disusul bersama dengan persatuan dan kelab berkenaan dalam masa terdekat ini ialah Program Klinik Berbasikal untuk semua penunggang basikal termasuk kanak-kanak sekolah.
“Ini adalah untuk memastikan penunggang basikal mahir dan faham etika berbasikal yang betul dan selamat di atas jalan raya,” jelas beliau.
Sementara itu, Kempen Kongsi Jalan Raya pula adalah untuk memberi kesedaran yang berterusan kepada pemandu untuk sentiasa peka tentang kewujudan pengguna jalan raya lain seperti penunggang basikal, pejalan kaki dan motosikal.
Selain itu, tambah beliau, penggubalan peraturan berbasikal yang sedia ada supaya selaras dengan perubahan semasa dan akan datang.
Terdahulu, menyentuh mengenai program anjuran Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dengan kerjasama persatuan dan kelab motosikal di negara ini, beliau berkata inisiatif seumpama ini disokong penuh dan digalakkan oleh MKKJR, yang mana ia juga bertepatan dengan salah satu teras utama di bawah ‘Decade of Action for Road Safety (2011-2020)’, iaitu, ‘post-crash accident response’.
Katanya, usaha bersepadu ini menunjukkan komitmen persatuan-persatuan dan kelab serta penunggang bebas dalam memastikan pengguna jalan raya yang berisiko tinggi sentiasa selamat dan bersedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan kecemasan semasa menunggang motosikal.
“Semangat kerjasama yang ditunjukkan ini wajar dicontohi dan adalah sangat-sangat dihargai,” ujarnya.
“Usaha sama persatuan dan kelab seperti PEMODA dan pertubuhan seperti PBSM dalam menangani isu-isu keselamatan jalan raya, merupakan antara amalan terbaik yang perlu dikekalkan,” ujar beliau lagi.
“Dengan adanya penglibatan kelab-kelab seperti PEMODA dan penunggang motosikal bebas, perkara yang melibatkan penunggang motosikal dapat dikenal pasti dan ditangani dengan berkesan,” ujar beliau lagi.
Sejak beberapa tahun ini, kerjasama di antara MKKJR dan PEMODA telah dapat mengusahakan beberapa inisiatif untuk meningkatkan kepekaan tentang keselamatan jalan raya, khususnya bagi para penunggang motosikal.
Usaha-usaha kerjasama ini telah menunjukkan hasil yang positif, iaitu kurangnya kemalangan yang melibatkan penunggang motosikal (5 pada tahun 2013, 4 tahun 2014 dan dari bulan Januari-Ogos 2015, 1 nyawa terkorban), ujarnya lagi.
Program berkenaan telah dihadiri oleh ahli-ahli PBSM, persatuan-persatuan dan kelab motosikal serta penunggang motosikal bebas.
Atur cara program antara lain diisi dengan seminar mengenai pertolongan cemas khusus untuk penunggang motosikal di samping demonstrasi pertolongan cemas.
- Media Permata. 14 September 2015.

Pendekatan pertolongan cemas

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Sept – Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Brunei Darussalam akan sama-sama memperingati Hari Pertolongan Cemas Sedunia yang disambut di seluruh dunia esok dengan mengadakan pelbagai aktiviti sehingga 30 September.
Bagi memeriahkan sambutan itu, PBSM Brunei Darussalam akan menganjurkan Program Pertolongan Cemas untuk Penunggang Motosikal pada 13 September ini di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, bermula 9.30 pagi.
Program ini antara lain bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang cara-cara memberi bantuan awal sekali gus dapat menyelamatkan nyawa.
Dalam program itu nanti, beberapa aktiviti akan diadakan antaranya taklimat dan demonstrasi pertolongan cemas termasuk mengenai 4 B’s (Pernafasan, pendarahan, patah dan terbakar) serta pengenalan kecemasan.
Program ini dianjurkan bersama kelab penunggang motosikal bebas yang menjangkakan penyertaan kira-kira 100 penunggang di seluruh negara dan bagi sesiapa yang berminat untuk menyertainya, pendaftaran adalah percuma.
- Media Permata. 12 September 2015.

Rabu, 16 September 2015

Tahniah kepada Presiden PBSM NBD

BERAKAS, Selasa, 1 September.- Pada hari ini telah diadakan Sambutan Hari Belia Kebangsaan 2015 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan bagi menghadiri majlis berkenaan. Pada kebiasaannya majlis ini diadakan pada 1 Ogos setiap tahun. Tema bagi sambutan pada tahun ini ialah "Belia Berwawasan, Menjana Ekonomi".


ARIF-2
KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam beserta Paduka-Paduka Anakanda Baginda berangkat hadir ke majlis berkenaan.

Acara kemuncak di majlis berkenaan ialah Anugerah Belia Kebangsaan 2015 yang dibahagikan kepada empat kategori iaitu Anugerah Persatuan Belia, Anugerah Pemimpin Belia Berjasa, Anugerah Sukarelawan Belia dan Anugerah Belia Cemerlang. Salah seorang penerimanya ialah Yang Mulia Datin Siti Hajar binti Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd. Yusof iaitu Presiden PBSM NBD yang menerima Anugerah Pemimpin Belia Berjasa.

ARIF-25
Datin Hajah Siti Hajar dengan diiringi oleh pegawai-pegawai kanan PBSM NBD menghadap ke hadapan majlis KDYMM bagi menjunjung kurnia anugerah.

ARIF-30
Datin Hajah Siti Hajar menjunjung kurnia anugerah dari KDYMM.

Datin Siti Hajar menerima anugerah berupa wang tunai berjumlah BND3,000, sebuah plak, kain tenunan dan sijil penghargaan.

ARIF-67
KDYMM serta Paduka-Paduka Anakanda berkenan bergambar bersama para penerima setiap kategori anugerah.

PBSM NBD dengan ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datin Siti Hajar binti Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof, Presiden PBSM NBD di atas anugerah yang berkenaan.

(Sumber Gambar: Infofoto)

Selasa, 15 September 2015

Majlis Persantapan untuk Pegawai-Pegawai Keselamatan dan Pegawai Beruniform serta Pertubuhan-Pertubuhan Awam Beruniform sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-69

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 17 Ogos. - Bersempena dengan Hari Puja Usia KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-69, Majlis Persantapan Pasukan Beruniform telah diadakan di Dewan Persantapan, Istana Nurul Iman malam ini.

Berangkat hadir ke majlis tersebut ialah KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri serta kerabat-kerabat diraja yang lain. Seramai 80 orang pegawai dan ahli PBSM NBD dari seluruh negara menghadiri majlis berkenaan.

Di antara yang hadir ialah Awang Haji Ismail bin Kassim, Pengarah Perancangan Strategik dan Perkembangan Polisi Persatuan, Timbalan Pengarah Daerah Brunei-Muara Pengiran Haji Yura Saiful Bahrin bin Pengiran Haji Yura Laila, Pengarah Daerah Belait Awang Harris bin Haji Abdul Latif serta beberapa pegawai kanan persatuan yang lain.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah berkenan berangkat ke Majlis Persantapan untuk Pegawai-Pegawai Keselamatan dan Pegawai Beruniform serta Pertubuhan-Pertubuhan Awam Beruniform sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda Ke-69 yang berlangsung di Istana Nurul Iman. (Teks & Gambar: Pelita Brunei)

Majlis dimulakan dengan bacaan Doa Selamat yang dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan. Selesai santap, KDYMM berkenan bagi menerima junjung ziarah dengan pegawai-pegawai beruniform terdiri dari pasukan-pasukan keselamatan dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pasukan Polis Diraja Brunei dan pertubuhan awam beruniform seperti Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Penjara, Pasukan Bomba Lapangan Terbang, Persekutuan Pengakap, Persatuan Pandu Puteri, Persatuan Bulan Sabit Merah, Kadet Tentera, Kadet Polis, Kadet Bomba dan Penyelamat dan Program Khidmat Bakti Negara.


Selasa, 8 September 2015

Sertai Istiadat Barisan Kehormatan Bagi Memperingati Hari Puja Usia Yang Ke-69 KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam


BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 15 Ogos 2015 - Pada pagi ini Istiadat Barisan Kehormatan Bagi Memperingati Hari Puja Usia Yang Ke-69 KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omarali Saifuddien di sini.

Seperti di tahun-tahun yang sudah, Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam (PBSMNBD) turut menyertai istiadat berkenaan. Seramai 32 ahli PBSMNBD telah menyertai istiadat berkenaan yang diletakkan di bawah Pasukan Pertubuhan Awam berpakaian seragam. Pada tahun ini, perbarisan PBSM NBD sekali lagi diketuai oleh Timbalan Pengarah Daerah Brunei-Muara Pengiran Haji Yura Saiful Bahrin bin Pengiran Haji Yura Laila dan dibantu oleh Pegawai Kadet Dayang Mastura binti Muhamad.

Selain daripada terlibat di dalam barisan kehormatan, ahli-ahli PBSMNBD juga terlibat di dalam memberikan bantuan pertolongan cemas khusus untuk peserta dan pengunjung yang berada di luar Taman dan di sepanjang Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha menuju ke Taman. 

PBSMNBD merafa'kan ucapan Daulat Kebawah Duli Patik ke Hadapan Majlis KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta didoakan Semoga Usia Baginda Dilanjutkan Di Dalam Iman dan Taqwa.

ARIF-15
KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam membalas tabik semasa Hormat Diraja sejurus keberangkatan tiba baginda. (Sumber Gambar: Infofoto)

HERNIE_20
Kenderaan Khas membawa KDYMM bagi memeriksa Pasukan Pertubuhan Awam termasuk Pasukan PBSMNBD. 
(Sumber gambar: Infofoto)

Selasa, 18 Ogos 2015

PBSM anjurkan makan malam

  • Oleh:  Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad / Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 30 Mei. - Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menghargai sumbangan persatuan-persatuan, badan-badan bukan kerajaan (NGOs), para sukarelawan termasuk Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Negara Brunei Darussalam kepada pemedulian masyarakat dan pembangunan negara.
Sumbangan yang diberikan seharusnya tidak dipandang ringan atau diperkecilkan oleh masyarakat kerana jika jumlah waktu masa dan tenaga yang disumbangkan serta produktiviti kerja sukarela yang dihasilkan diterjemah dan diukur dalam konteks waktu bekerja dan pendapatan kasar negara (KDNK) akan mencapai puluhan ribu jam dan puluhan juta ringgit setahun.
MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Perkerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah ketika hadir selaku tetamu kehormat dalam Majlis Makan Malam Sempena Ulang Tahun Ke-67  Penubuhan Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam.
MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Perkerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah ketika hadir selaku tetamu kehormat dalam Majlis Makan Malam Sempena Ulang Tahun Ke-67 Penubuhan Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam.
Berucap demikian di Majlis Makan Malam Sambutan Ulang Tahun Penubuhan PBSM Negara Brunei Darussalam Ke-67, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah menyatakan perkhidmatan seorang sukarelawan adalah dilihat lebih tinggi nilainya kerana ia berasaskan kepada keikhlasan hati nurani dan budi pekerti yang luhur yang tidak mengenal ganjaran dan upah.
Menyentuh mengenai sumbangan PBSM kepada masyarakat dan negara, Yang Berhormat menyatakan, ia adalah sangat bermakna dan besar nilainya dari aspek memberikan perkhidmatan bagi tujuan meringankan kesengsaraan dan penderitaan yang dialami oleh masyarakat setempat sama ada di waktu hari-hari biasa, perayaan-perayaan, bencana alam dan malapetaka.

30052015 AMPUAN BULANSABIT 2
YANG Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan ketika berucap dalam Majlis Makan Malam
Sempena Ulang Tahun Ke-67 Penubuhan Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam.
"PBSM memberikan rawatan kecemasan barisan hadapan bagi menyelamatkan nyawa sebelum pesakit atau mangsa mendapatkan rawatan seterusnya," jelas Yang Berhormat.
Menurut Yang Berhormat, sumbangan PBSM dalam melatih dan mendidik para sukarelawan untuk sentiasa prihatin, bertanggungjawab dan bersifat ihsan kepada masyarakat yang memerlukan, sama ada dalam keadaan aman ataupun darurat, telah melahirkan barisan kepimpinan belia yang dedikasi, berintegriti dan dapat menyumbang kepada pembangunan negara melalui kerja-kerja kesukarelawanan.
Pada kesempatan itu, Yang Berhormat menyeru masyarakat umum di luar sana khususnya para belia negara untuk meningkatkan penglibatan diri dalam bidang kesukarelawanan sama ada secara persendirian mahupun melalui persatuan-persatuan sukarela seperti PBSM kerana, di samping ganjaran pahala di sisi Islam, penglibatan dalam bidang kesukarelawanan dan kemasyarakatan boleh menyediakan 'platform' peningkatan kapasiti dan pengalaman bagi melengkapkan keperibadian dan jati diri pada belia untuk menghadapi cabaran masa kini dan hadapan.
30052015 AMPUAN BULANSABIT 3
YANG Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyampaikan Anugerah 'Henry Dunant Leaders Award'.
Majlis pada malam itu diselajurkan dengan penyampaian sijil-sijil penghargaan 'Jasa Bakti Pemimpin' kepada para pemimpin, ahli dan sukarelawan PBSM dan 'Henry Dunant Leaders Award' yang disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Turut hadir ialah perwakilan daripada International Committee of Red Cross, Claire Servoin dan Ketua Delegasi Fedoras Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC), Anne Leclerc.
Objektif majlis diadakan adalah untuk memperingati Ulang Tahun Ke-67 Penubuhan PBSM Negara Brunei Darussalam yang diselajurkan bersempena dengan Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa yang dirayakan pada setiap 8 Mei di seluruh dunia yang bertemakan pada tahun ini ialah 'Memperingati 50 Tahun 7 Prinsip Fundamental Palang Merah dan Bulan Sabit Merah'.
Negara Brunei Darussalam menjadi ahli yang Ke-170 dalam Pertubuhan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Dunia dan mempunyai seramai 200 pegawai, ahli dan sukarelawan dari seluruh daerah.

- Pelita Brunei Online - Ahad, 31 Mei 2015.

Minister Urged Volunteers to Explore New Opportunities, Be Innovative

BERAKAS, BRUNEI-MUARA: Contributions made by associations, non-government organisations and volunteers should not be taken lightly. This is because, if the total time and energy as well as productivity produced by the volunteers are interpreted in the context of working hours and gross national income, it will reach thousands of hours or tens of millions of dollars per year.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah, the Minister of Culture, Youth and Sports voiced the matter at a dinner reception in conjunction with the 67th Anniversary of the Brunei Red Crescent Association.
As an effort to ensure every volunteer body remains relevant in facing changing times and latest developments, the Minister of Culture, Youth and Sports urged all Red Crescent Association volunteer bodies to explore new opportunities and to be innovative for a series of programme in cooperating with government agencies with mutual interest. The programmes such as awareness programme to combat and reduce the vulnerability to disaster risk and programme to increase capacity in efficiency and response capabilities to deal with local emergencies. He added that such opportunities can be explored based on the action plans under the National Council for National Issues such as combating poverty, family institution and women, special needs people and senior citizens action plans. The increase in the number of cooperation programmes will create stronger synergies and at the same time can strengthen the social protection strategies towards achieving the Brunei Vision 2035.
The ceremony coincided with presentation of contribution amounting BND$13,000 from the officers and members as well as corporate volunteers of the Brunei Darussalam Red Crescent Association to the Director of Policy and National Strategic Planning of the association, as well as appreciation certificates to the Corporate Partner and the leaders of the association. The highlight of the event was the presentation of the Henry Dunant Leaders Award to Sheikh Kadir Abdullah, the Secretary-General of the Brunei Darussalam Red Crescent Association. The celebration ran concurrently with the International Red Cross and International Red Crescent Day that is celebrated worldwide on every May 8.
- BRUDIRECT.COM

Red Crescent Society celebrates anniversary


Sunday, May 31, 2015

Minister of Culture, Youth and Sports Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Hj Hazair Hj Abdullah (C) during last night’s dinner to commemorate the 67th anniversary of the Brunei Darussalam Red Crescent Society.BT/ Abdul Aziz Ismail

THE Brunei Darussalam Red Crescent Society celebrated its 67th anniversary with a ceremonial dinner last night.
Present as the guest of honour was Minister of Culture, Youth and Sports Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Hj Hazair Hj Abdullah.
Over 200 officers, members and cadets of the society participated in the celebration.
The minister also handed over certificate of appreciations for the corporate partners who help fund the society’s developments, operations and activities.
The Brunei Times

Two-day Red Crescent course ends

Thursday, May 28, 2015
TWENTY teachers from several schools around the country as well as 10 members from the Red Crescent branches in Kuala Belait, Tutong, and Brunei-Muara districts completed a two-day Red Crescent course yesterday.
The closing ceremony for the Red Crescent Colloquium Learning Module Programme — which was organised by the the Co-curriculum Department of the Ministry of Education and the Brunei Darussalam Red Crescent Society (BDRCS) — was held at Rimba II Secondary School.
Present as the guest of honour was the Director of Strategic Planning and Policy Development, Hj Ismail Kassim.
Also present was the Deputy Director of Red Crescent Brunei Muara, Pg Hj Yura Saiful Bahrin, the Red Crescent coordinator from the Co-curriculum department, Hj Md Sofeni Hj Abd Majid, the Secretariat Director for the Belait District Harris Hj Abd Latif and the programme’s facilitator, Fiona Barnaby from the International Committee of the Red Cross.
During the two days, the youth cadet officers were taught the basics and background of the Red Crescent, its seven fundamentals — Humanity, Impartiality, Neutrality, Independence, Voluntary Service, Unity and Universality — and did group work.
The aim of the course was to enable participants to share the knowledge that they’ve gained to the youth cadets that they are supervising in their respective schools.
The Brunei Times 

Selasa, 3 Mac 2015

Red Crescent Society vouch for climate change

Monday, March 2, 2015
CLIMATE change refers to changes in the measures of climate lasting for an extended period of time, which include in temperature, precipitation or wind patterns, among others, that occur over several decades or longer.
It is an important issue that needs to be addressed in Brunei, said Harris Abd Latip, Director of Brunei Darussalam Red Crescent Society (BDRCS) of the Belait District.
“The public need to know what steps to take to prevent or help reduce climate change. However not a lot of people are aware of it, despite it being an important issue.”
The Belait BDRCS director recently attended a “Master Training for Southeast Asia Climate Change” course in Phuket, Thailand, titled and learned about climate adaptation and mitigation, early warning and early action.
“Since me and another member of the BDRCS have attended the talk, we feel that it is our role to disseminate information on this important issue.
“We will be compiling all the information we gained and produce a book. Members of the public can then read on the issue and know what steps to take to prevent it.”
It will be a challenging task to disseminate information to the public, said Harris.
“But we will try. Our strategy is to start with our members who mostly consist of students then we will raise awareness to village heads and government agencies.”
“Other countries already have an early warning system to warn them before a Tsunami happens.”
In Brunei, there have been efforts made he said, particularly on early prevention for flooding.
“Government agencies have already expanded drains and have machines that can pump water from the drains.”
“However I believe there are a few other things that need to be improved especially concerning remote areas – communication and accessibility. There have been cases where it was hard for relevant authorities to contact and access areas that were affected.”
Another member of the BDRCS who also went for the course, Ahmad Akbal Adiyusa Hj Mohd Yusuf said that Brunei should do more to prevent climate change from happening.
“One of the great things Brunei is doing is the “No Plastic Bag” campaign. This I believe helps a lot to save the environment.”
Ahmad Akbal Adiyusa said that more should be done including the banning of open burning.
“We should encourage the act of planting more trees. This will definitely help in decreasing the effects of climate change.”
The BDRCS member who is a fireman said that climate change awareness should also be emphasised more in schools.
“It’s better to start educating the younger generation early and to encourage them to help reduce climate change especially since they’ll be the future leaders of our nation.”
The Brunei Darussalam Red Crescent Society does not only focus on first aid but other factors including spreading the awareness of climate change.
The society launched a green project which involves youths through a programme called Youth Engagement that focuses on educating them about climate change, which leads to disasters.
The society’s Secretary General Sheikh Kadir Abdullah said they want to try and reduce the risk of disasters.
“One way is by educating our members and the public as we want them to understand that preserving the earth is important.”
In May, the society launched the green project with the Municipal Department and planted more than 100 trees in Jubilee Perak Park and started a public recycling campaign.

Students reciting a pledge during the Brunei Darussalam Red Crescent Society's election of new members at Dato Marsal Primary School. BT file
The Brunei Times