Waktu Bandar Utama

Khamis, 17 Ogos 2017

Bukan milik PBSMNBD

 Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Ogos – Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam (PBSMNBD) memberikan penjelasan bahawa bangunan yang diceroboh tiga orang yang telah dijatuhkan hukuman denda oleh Mahkamah Majistret Bandar Seri Begawan adalah bekas penempatan ibu pejabat persatuan itu.

Bangunan di Jalan Tasek Lama itu bukan milik PBSMNBD dan bangunan berkenaan telah pun dikosongkan sejak beberapa tahun yang lalu disebabkan keadaan struktur bangunan yang sudah tidak selamat dan sesuai diguna pakai sebagai Ibu Pejabat PBSMNBD.

Penjelasan itu dibuat menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh PBSMNBD, di sini, hari ini, bagi memperjelaskan keadaan sebenar untuk menggelakkan orang ramai tidak keliru mengenai berita mengenai hukuman denda berkenaan serta komen-komen yang ditulis menerusi laman media sosial berhubung perkara berkenaan.

Menurut kenyataan itu lagi, bangunan berkenaan telah pun diserahkan semula kepada pihak yang berkuasa dan yang bertanggungjawab ke atas bangunan berkenaan.

“Hampir lima tahun bangunan tersebut dikosongkan dan di luar tanggungjawab PBSMNBD. Walaupun dari semasa ke semasa PBSMNBD masih mengadakan perundingan dengan pihak-pihak yang berkuasa di negara ini untuk kerja-kerja membaik pulih dan sebagainya.”

PBSMNBD dalam kenyataan itu lagi, menyatakan bahawa ia maklum akan isu dan masalah pecah masuk dan ceroboh yang dilakukan semenjak lima tahun yang lalu.

Aduan-aduan orang ramai terhadap bangunan itu yang ditakuti digunakan untuk perkara-perkara yang tidak baik dan menimbulkan gejala-gejala sosial di mana aduan serta rintihan juga diterima daripada jiran-jiran yang tinggal di sekeliling bangunan berkenaan dan perkara itu dimaklumi bersama.

Aduan-aduan orang ramai terhadap isu pecah masuk dan ceroboh juga dibuat kepada pihak-pihak berkuasa seperti Pasukan Polis Diraja Brunei dan pihak PBSMNBD juga mengambil maklum bahawa pihak yang bertanggungjawab ke atas bangunan berkenaan juga telah mengambil tindakan susulan dan aduan berhubungan dengan isu pecah masuk dan ceroboh itu.

Menurut kenyataan itu lagi, tindakan yang dibuat adalah bagi menggelakkan bangunan itu digunakan untuk perkara-perkara yang menyalahi undang-undang.

Dalam masa yang sama, persatuan mengambil inisiatif dan berusaha untuk mengadakan lawatan dan perbincangan bersemuka dengan mereka yang disyaki menceroboh dan mendiami bangunan itu dan mencadangkan kepada mereka untuk memohon bantuan daripada agensi-agensi yang berkenaan dan mengaturkan perbincangan bersama agensi-agensi berkenaan.

Walau bagaimanapun, PBSMNBD tidak pernah menghalau dan mengusir mereka tanpa ihsan.

PBSMNBD juga telah menasihatkan supaya mereka berpindah atas faktor keselamatan. Mereka juga dimaklumkan tentang aduan-aduan yang diterima terhadap mereka dan akan memungkinkan pihak-pihak berkuasa melakukan tindakan. Mereka juga telah mengambil maklum tentang risiko tersebut.

Sehubungan dengan itu, PBSMNBD memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku. Sebagai sebuah organisasi dan pergerakan kemanusiaan yang berkanun di negara ini, persatuan tidak akan melakukan tindakan-tindakan di luar daripada prinsip asas pertubuhan. Isu dan masalah tangkapan dan denda yang dikenakan adalah atas kebijaksanaan pihak-pihak berkuasa mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.

“Oleh demikian besarlah harapan PBSMNBD memohon kepada orang ramai yang telah menulis dan melontarkan komen-komen yang tidak usul periksa dan tidak berasas sama sekali dan menimbulkan kebencian dan kemarahan orang ramai serta spekulasi yang mencemarkan nama baik PBSMNBD supaya akan dapat menghapuskan komen tersebut dari laman sesawang Facebook, Berita Brunei.”

Pihak persatuan tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan susulan dan tindakan undang-undang kepada sesiapa jua yang menulis komen-komen yang berunsurkan fitnah sekali gus akan menimbulkan kebencian dan kemarahan orang ramai terhadap PBSMNBD.

- Media Permata Online

Isnin, 5 Jun 2017

BDRCS gives back to underprivileged

Izah Azahari  

IN CONJUNCTION with the holy month of Ramadhan, the Brunei Darussalam Red Crescent Society (BDRCS) conducted its ‘Youth in Action Ramadhan’ where the youths held a ‘Menyulam Kaseh Ramadhan Kareem’ programme as part of the Brunei Darussalam Red Crescent Youth Engagement Programme yesterday.
The programme saw 40 food aid packs distributed to underprivileged senior citizens within the four districts to reduce their burden during the holy month which include Kampong Junjongan, Kampong Limau Manis, Kampong Wasan, Kampong Batang Perhantian, Kampong Batu Ampar, Kampong Panchor Murai, Kampong Batong, Kampong Parit, Kampong Masin, Kampong Mulaut, Kampong Rimba, Kampong Lambak Jalan Pasir Putih, Kampong Lambak Kanan, Kampong Panchor Mengkubau and Kampong Batu Marang.
The programme which was launched on May 31, was organised by the Brunei Darussalam Red Crescent Youth supported by the Challenge, Adventure, Recreation and Educate (CARE) Association.
A Brunei Darussalam Red Crescent Youth Engagement Programme participant presents a donation to a recipient. – BDRCS

- BORNEO BULLETIN. Saturday. June 03, 2017.

Ahli PBSM hulur sumbangan

Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Mei – Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Negara Brunei Darussalam turut menyemarakkan bulan Ramadan ini dengan mengadakan Program Menyulam Kasih Ramadan Kareem bagi memberi peluang kepada ahli-ahli persatuan berkenaan untuk berkunjung ke rumah-rumah mereka yang memerlukan dan menyampaikan sumbangan berupa barangan asasi kepada asnaf fakir miskin, ibu tunggal dan warga emas.
Program yang bermatlamat untuk membantu mengurangkan beban mereka yang memerlukan semasa bulan Ramadan berkenaan, bermula hari ini dengan rombongan terdiri daripada ahli-ahli PBSM menghantar barangan sumbangan kepada seramai 40 buah keluarga di Daerah Brunei dan Muara.
Timbalan Setiausaha Majlis Belia Kebangsaan PBSM, Sheikh Ahmad Wa’ez bin Haji Sheikh Aubid, semasa ditemu bual Media Permata berkata setelah pelancaran program berkenaan, para sukarelawan yang terdiri daripada ahli-ahli PBSM telah mengadakan lawatan dan menghantar barangan bantuan seperti beras, minyak, makanan tin dan barangan asasi yang diperlukan pada bulan puasa ini kepada 40 buah keluarga di Daerah Brunei dan Muara.
Menurutnya lagi, program itu juga akan dilaksanakan di keempat-empat daerah dalam masa yang terdekat ini, di mana penyampaian sumbangan diteruskan ke Daerah Tutong, kemudian ke Daerah Belait dan berakhir di Daerah Temburong.
Kumpulan sukarelawan ahli PBSM bergambar ramai sebelum memulakan perjalanan menghantar sumbangan kepada keluarga-keluarga yang terpilih di Daerah Brunei dan Muara.

Barangan yang dikumpul dan dihantar kepada keluarga yang terpilih bagi Program Menyulam Kasih Ramadan Kareem.

Mengulas mengenai jumlah penerima di keempat-empat daerah, Sheikh Ahmad Wa’ez berkata terdapat seramai 100 buah keluarga yang telah dikenal pasti untuk menerima bantuan dalam program berkenaan iaitu sebanyak 40 keluarga di Daerah Brunei dan Muara, masing-masing 20 buah keluarga di setiap ketiga-tiga daerah.
Program berkebajikan itu, katanya lagi, memberi peluang kepada golongan belia untuk menghulurkan sumbangan khidmat bakti kepada masyarakat dan beliau amat kagum dengan penyertaan golongan belia yang sungguh menggalakkan bukan sahaja terdiri daripada ahli persatuan tetapi juga belia sukarelawan yang tampil untuk sama-sama menjayakan program berkenaan.
Pada masa yang sama, beliau menyatakan penghargaan kepada pihak swasta dan orang ramai yang sama-sama menghulurkan sumbangan bagi menjayakan program berkenaan menerusi Projek Ikhlas yang dilaksanakan baru-baru ini di mana barangan yang diterima telah dikumpul serta diagih-agihkan kepada para penerima yang dikenal pasti bagi Program Menyulam Kasih Ramadan Kareem.
- Media Permata. Khamis. 01 Jun 2017M.


BDRCS achieves another milestone

Syazwani Hj Rosli 

THE Brunei Darussalam Red Crescent Society (BDRCS) conducted a mass gathering for its members yesterday to celebrate the World Red Cross and Red Crescent Day 2017.
The gathering was held at the Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.
The guest of honour was Sheikh Haji Abdul Kadir bin Abdullah, Secretary General of BDRCS.
With the theme ‘The Power of Humanity’, the ceremonial parade began with the recitation of Surah Al-Fatihah and Doa Selamat followed by the inspection of guard of honour by Sheikh Haji Abdul Kadir.
Members of BDRCS then recited the oath followed by the rank commissioning ceremony for selected members of BDRCS.
During the rank commissioning ceremony. – PHOTOS: SYAZWANI HJ ROSLI

Members of the BDRCS at the ceremonial parade

The event preceded with demonstrations and activities including First Aid and Health Check, Disaster Risk Reduction Awareness and Response Recovery Relief Activities and Humanitarian Volunteer Recruitments conducted by BDRCS members.
BDRCS launched the Brunei Red Crescent Youth Council (BRC YOUTH) at the Games Village in Berakas in the afternoon, marking another milestone for the association.
“The objective is to nurture the future leaders as the Nexgen Leadership of Brunei Darussalam Red Crescent by BDRCS 2010 – 2035,” the BDRCS Secretary General said.
Senior officers, officers, representatives from branches, the BDRCS School Cadets and BDRCS Youth Volunteers were also present.
- BORNEO BULLETIN. Monday. May 08, 2017.


PBSM anjur majlis perhimpunan agung

Oleh Siti Nur Wasimah S.
BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Mei – Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Negara Brunei Darussalam telah mengadakan Majlis Perhimpunan Agung Kebangsaan Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia 2017 yang membawa tema ‘The Power of Humanity’ yang telah berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, di ibu negara.
Majlis Perhimpunan pagi tadi itu dimulakan dengan perarakan masuk ahli-ahli PBSM ke taman berkenaan yang disusuli dengan bacaan ikrar dan pentauliahan pangkat kepada para ahli yang disempurnakan oleh Setiausaha Agung PBSM, Sheikh Haji Abdul Kadir bin Abdullah.
Perhimpunan berkenaan turut dimuatkan dengan beberapa aktiviti PBSM seperti pertolongan cemas dan pemeriksaan kesihatan dan pengurangan risiko bencana dan bantuan pemulihan tindak balas.
Acara pentauliahan pangkat kepada para ahli yang terlibat.

Sempena sambutan ini juga, PBSM petang tadi telah mengadakan Majlis Pelancaran Persatuan Belia Bulan Sabit Merah yang berlangsung di Perkampungan Sukan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
Setiap tahun, di seluruh dunia, Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa mencatatkan lebih 160 juta ahli melalui rangkaian sekitar 17 juta sukarelawan dan 450,000 kakitangan.
Persatuan belia ini bertujuan memupuk pemimpin masa depan sebagai Kepimpinan Nexgen Bulan Sabit Merah Brunei Darussalam pada 2010-2035.
- Media Permata. Isnin. 08 Mei 2017M.

Red Crescent Society elects new leaders during AGM

James Kon

THE Chairman of Brunei Darussalam Red Crescent Society’s Belait District branch, Tuan Haji Ismail bin Kassim, has been elected to lead the association after he was elected as President during the National Level 6th Annual General Meeting (AGM) yesterday morning, while the post of Deputy President (National) went to Haji Morni bin Haji Awang Damit and Haji Mohd Suhaimi bin Haji Ibrahim was elected Deputy President (International).
Sheikh Haji Abdul Kadir bin Abdullah meanwhile retained his position as the Secretary-General, while Hajah Asmah binti Haji Omar was named Deputy Secretary General.
Pengiran Haji Yusoff bin Pengiran Haji Bahar was selected as the Treasurer and assisting him will be Haji Mohd Rafee bin Haji Safaras as Deputy Treasurer and Head of Fundraising, while put in charge of leading the youths was Adinana binti Haji Abdul Rashid.
Officiating the AGM yesterday was Dr Hajah Maslina binti Haji Mohsin, the guest of honour and Deputy Permanent Secretary (Professional) at the Ministry of Health (MoH) who came as a personal representative and got the chance to inspect the static parade line that comprised 120 Red Crescent cadets.
Deputy Permanent Secretary (Professional) at the Ministry of Health and personal representative, Dr Hajah Maslina binti Haji Mohsin, inspecting the static parade line of Red Crescent cadets

Sheikh Haji Abdul Kadir bin Abdullah putting on badges on promoted officers on the sidelines of the AGM yesterday. – PHOTOS: JAMES KON

In her speech, Dr Hajah Maslina said, “The Ministry of Health welcomes the initiatives of Brunei Darussalam Red Crescent Society in facing the challenges of global uncertainty and the increase of non-communicable diseases.
“Strong cooperation with the Brunei Darussalam Red Crescent Society is needed to play a role in raising public awareness on the importance of maintaining a healthy lifestyle.”
- Borneo Bulletin. Tuesday. March 07, 2017.


CARE, BDRCS reach out to less privileged students

Ishan Ibrahim

THE big-hearted efforts by the Community and Resilient Empowerment (CARE) and Brunei Darussalam Red Crescent Society (BDRCS) in facilitating and participating in the public donations of school books are examples of their invaluable contribution towards the less privileged section of society.
The donations were collected and sorted at Room 8, the VVIP car park of Hassanal Bolkiah National Stadium.
Hisham Ismail, the Director of CARE, explained that the activity dubbed ‘Project Ikhlas 5.0’ for Basic School Necessities 2017 featured primarily donations of school books and other school items from the general public to be later distributed to children from underprivileged families.
He added that their target of around 100 schoolchildren is well within reach, as the response from the public was excellent.
The personnel who participated in the one-day session comprised members of the BDRCS, Hisham added.
A Brunei Darussalam Red Crescent Society member helping to pack up some school books.

Hisham Ismail, the Director of CARE, talking to the press. – PHOTOS: ISHAN IBRAHIM

The much-needed school items included school bags, school uniforms, stationery, school workbooks, shoes, songkok and tudong, among others.
This was the first time that donations were managed specifically for schoolchildren.
In the past, CARE was actively involved with donations for victims of fire incidents.
- Borneo Bulletin. Monday. January 09, 2017.